Zahid Muhyiddin Hentilah Merengek




Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan sekutunya berhenti “merengek” dan sebaliknya belajar menjadi pembangkang berwibawa

Kata Zahid, Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu kerana dilihat gila kuasa sehingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-raja Melayu melantik Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri

“Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu,” katanya.
Kata Zahid, pengerusi PN itu dan sekutunya perlu belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya merengek dan terus tidak dapat menerima hakikat gagal menjadi perdana menteri dan gagal membentuk kerajaan

Zahid, yang dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Anwar berkata, Muhyiddin mesti akur bahawa kuasa melantik perdana menteri terletak pada Yang di-Pertuan Agong

"Muhyiddin seolah-olah terus meroyan apabila gagal dilantik sebagai perdana menteri dan tidak sampai 24 jam kabinet angkat sumpah Muhyiddin menuduh pembentukan kerajaan dan kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat yang tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.
"Muhyiddin lupa kuasa perlantikan perdana menteri ialah atas kuasa baginda Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
"Pelantikan yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini juga selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara,” kata Zahid dalam satu kenyataan hari ini.
Zahid berkata perbincangan khas itu bertujuan agar Yang di-Pertuan Agong mendapat pandangan Raja-raja Melayu bagi membolehkan baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat

"Begitu pelantikan kabinet. Perdana menteri telah mempersembahkan senarai semua ahli jemaah kabinet kerajaan perpaduan bagi mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah," kata Zahid

Tambahnya, selepas mendapat perkenan daripada Agong barulah diumumkan oleh perdana menteri

"Ini berbeza dengan situasi pelantikan duta Indonesia suatu ketika dahulu yang seolah-olah tiada perkenan Istana Negara," katanya merujuk kepada pengumuman awal ahli parlimen Pasir Salak ketika itu Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang kemudiannya ditarik balik pada bulan Julai.
“Muhyiddin perlu menghormati segala pelantikan ini dan tindakan Muhyiddin dan sekutunya yang cuba mempertikaikan segala pelantikan ini adalah gambaran wajah sebenar Muhyiddin dan sekutunya yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu," kata Zahid.
Zahid turut mempertahankan pelantikan Anwar sebagai menteri kewangan dengan menyorot prestasi Anwar sebelum ini

"Kritikan Muhyiddin bahawa tindakan perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan tidak melihat keperluan semasa yang memerlukan Anwar yang dikenali berprestasi tinggi pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia pernah surplus budget, iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan negara.
"Anwar juga pernah diiktiraf sebagai menteri kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine dan Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh Asia Money Magazine.
"Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia mendapat gelaran The Asian Tiger kalangan negara Asia ketika Anwar menjadi menteri kewangan," kata Zahid sambil menambah bahawaekonomi merosot semasa pentadbiran Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Malaysiakini 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/12/zahid-muhyiddin-hentilah-merengek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Emulate Dap And Quit Whining Zahid Scoffs At Muhyiddin

Emulate Dap And Quit Whining Zahid Scoffs At Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 157 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi urged Perikatan Nasional chairperson Muhyiddin Yassin to emulate the DAP instead of being power crazy Muhyiddin and his allies need to feel ashamed that they are so power crazy to extent of disputing the wi...
Muhyiddin Sekutu Perlu Contohi Dap Yang Pentingkan Negara Hormat Kedudukan Islam Raja Orang Melayu Zahid Hamidi

Muhyiddin Sekutu Perlu Contohi Dap Yang Pentingkan Negara Hormat Kedudukan Islam Raja Orang Melayu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 138 hits
Tiga hari lalu Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menggesa Muhyiddin dan sekutunya berhenti meroyan dan belajar menjadi pembangkang berwibawa Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaika...
Anwar Akan Gugurkan Segala Kes Di Mahkamah Muhyiddin Buka Rahsia Zahid Hamidi

Anwar Akan Gugurkan Segala Kes Di Mahkamah Muhyiddin Buka Rahsia Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 206 hits
Keputusan rasmi bagi penamaan calon Perdana Menteri yang ke sepuluh masih lagi menjadi tanda tanya hingga kini apabila Yang Di pertuan Agong telah melanjutkan tarikh proses hingga esok
Politics How Zahid Out Maneuvered Muhyiddin

Politics How Zahid Out Maneuvered Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 131 hits
Jab cross hook and Zahid knocked out Muhyiddin s dream to be PM for the second time Philip Golingai The Star WITH 114 SDs signed in support of Tan Sri Muhyiddin Yassin as PM Team Muhyiddin was overconfident that the Perikatan Nasional chair...
Anwar Sends Condolences To Muhyiddin Over Brother S Death

Anwar Sends Condolences To Muhyiddin Over Brother S Death

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 161 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim expressed his condolences to Perikatan Nasional chairperson Muhyiddin Yassin and his family on the death of the latter s brother Abdul Aziz Mohd Yassin who passed away at 9 50am today May the spirit of the decea...
Rm600 Bilion Muhyiddin Tidak Perlu Jawab Di Media Atau Bersumpah Jawab Sahaja Di Rci

Rm600 Bilion Muhyiddin Tidak Perlu Jawab Di Media Atau Bersumpah Jawab Sahaja Di Rci

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 304 hits
Oleh Adam MalikDalam perkembangan terkini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan sekeras keras nya dia tidak mengambil langsung wang RM600 bilion masuk kedalam akaun peribadi nya Jawapan diberi oleh TSMY juga jelas untuk menyindir Datuk ...
Mof Officials Confirm Serious Procedure Breach By Muhyiddin S Govt On Rm600 Bil Fund

Mof Officials Confirm Serious Procedure Breach By Muhyiddin S Govt On Rm600 Bil Fund

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 137 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim says case handed over to authorities for investigation Officials from the Finance Ministry have confirmed that there were serious breaches of procedure regarding the alleged RM600 billion misappropriation of governm...
Sprm Siasat Dakwaan Muhyiddin Beri Umno Jutaan Ringgit

Sprm Siasat Dakwaan Muhyiddin Beri Umno Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 157 hits
freemalaysiatoday com December 6 2022 7 32 PMSPRM dijangka memanggil Muhyiddin Yassin dan Annuar Musa untuk membantu siasatan PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat dakwaan bekas Ahli Parlimen Ketereh Annuar M...
Macc To Probe Claim Muhyiddin Gave Umno Millions

Macc To Probe Claim Muhyiddin Gave Umno Millions

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 116 hits
The Malaysian Anti Corruption Commission is investigating Tan Sri Annuar Musa s claim that then prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had given Umno millions of ringgit to help the party during the 2020 Sabah state elections Sources said ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach