Zahid Mohon Tangguh Prosiding Bela Diri


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 27, 2022 2:01 PM

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding membela diri dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sehingga rayuannya untuk mendapatkan salinan percakapan saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diputuskan Mahkamah Rayuan

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa pihaknya memfailkan permohonan itu pada 23 Jun lepas.

“Kami mohon tarikh segera untuk pendengaran permohonan ini,” katanya sebelum prosiding membela diri bekas timbalan perdana menteri itu atas 47 pertuduhan melibatkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob berkata pihaknya menerima salinan notis permohonan itu menerusi e-mel pada Sabtu lepas dan akan membantah permohonan tersebut.

“Kami memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan itu,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Julai untuk pihak pendakwaan memfailkan afidavit balasan dan permohonan itu didengar pada 7 Julai ini.

Berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul permohonan itu, Ahmad Zahid berkata beliau dinasihatkan oleh peguamnya bahawa keterangan saksi-saksi yang akan beliau sebutkan (di mahkamah) adalah mustahak dan material untuknya mendapatkan salinan rakaman-rakaman percakapan mereka.

Menurut Ahmad Zahid, ini kerana beliau dapat melihat wujudnya sokongan antara keterangannya dan keterangan mereka.

Saksi-saksi itu termasuk anaknya Datuk Nurulhidayah, adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi dan seorang ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Ahmad Zahid berkata tanpa salinan rakaman percakapan saksi-saksi berkenaan, haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil akan terjejas dan beliau ingin memberikan keterangan yang penuh serta lengkap semasa pemeriksaan utama di mahkamah sebelum disoal balas.

“Permohonan ini bukan bertujuan untuk melengahkan atau melewatkan perbicaraan kes saya kerana saya telah memberikan keterangan di peringkat keterangan utama di mahkamah. Permohonan ini adalah bersifat bona fide (niat baik) untuk memastikan saya mendapat perbicaraan yang adil dalam penyediaan pembelaan di mahkamah.

“Adalah wajar dan adil bagi saya untuk mendapat penangguhan perbicaraan sementara menunggu keputusan atau pelupusan daripada Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan salinan rakaman percakapan saksi-saksi itu sebelum saya diarahkan untuk disoal balas,” katanya dalam afidavit itu.

Pada 9 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi daripada SPRM kerana saksi boleh terdedah kepada intimidasi dan sebagai contoh, diugut agar memberikan keterangan yang berbeza daripada yang terdapat dalam rakaman kenyataan.

Ahmad Zahid diperintah membela diri atas 47 pertuduhan itu pada 24 Jan selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pada prosiding hari ini, Ahmad Zahid menyambung membacakan pernyataan saksi.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/zahid-mohon-tangguh-prosiding-bela-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Dakwa Pertemuan Dengan Tun M Hal Politik Bukan Kes Mahkamah

Zahid Dakwa Pertemuan Dengan Tun M Hal Politik Bukan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 191 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa lima pertemuan membabitkan mereka antara Jun 2018 dan Februari 2020 adalah untuk membincangkan kes mahkamah dihadapi Presiden Umno itu Pengerusi Barisan Nasio...
In Court Filing Zahid Says Dr M Asked Him To Dissolve Umno

In Court Filing Zahid Says Dr M Asked Him To Dissolve Umno

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 165 hits
Ahmad Zahid Hamidi in his response to Dr Mahathir Mohamad s defence statement said the meetings were not to discuss criminal cases against him KUALA LUMPUR Ahmad Zahid Hamidi has claimed that his five meetings with Dr Mahathir Mohamad from ...
Sprm Siasat Penerima Wang Disebut Saksi Kes Zahid

Sprm Siasat Penerima Wang Disebut Saksi Kes Zahid

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 185 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 18 2022 10 26 PMSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka kertas siasatan terhadap nama nama yang didakwa menerima wang seperti keterangan saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana m...
Zahid Dan Najib Wajar Senaraikan Penerima

Zahid Dan Najib Wajar Senaraikan Penerima

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 227 hits
Senarai ini kemudiannya serahkan kepada lokman Adam untuk dibuat laporan kepada pdrm dan sprm Wajar semua kawan dan lawan turut tanggung risiko tidak Zahid dan Najib sahaja
Najib Tak Berani Cabar Pemimpin Umno Dipetik Dalam Kes Rasuah Zahid

Najib Tak Berani Cabar Pemimpin Umno Dipetik Dalam Kes Rasuah Zahid

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 255 hits
agendaily com18 06 2022Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak Najib 68 berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2 3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumla...
Muhyiddin 2 Ex Ministers Received Uksb Funds Zahid Trial Told

Muhyiddin 2 Ex Ministers Received Uksb Funds Zahid Trial Told

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 269 hits
During the material time Muhyiddin Yassin was home minister in the Pakatan Harapan administration SHAH ALAM A former Ultra Kirana Sdn Bhd administrative manager told the High Court in Ahmad Zahid Hamidi s corruption trial that Muhyiddin Yas...
Dr M Meetings Were On Politics Not Court Cases Zahid

Dr M Meetings Were On Politics Not Court Cases Zahid

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 195 hits
Ahmad Zahid Hamidi denied Dr Mahathir Mohamad s allegations that their five meetings between June 2018 and February 2020 were to discuss the former s criminal court cases Zahid who is the Umno president contended that the 2018 meetings invo...
Foreign Visa Trial Ultra Kirana Ex Staff Says Sent Rm3m In Suitcase To Zahid At Dpm S Official Residence

Foreign Visa Trial Ultra Kirana Ex Staff Says Sent Rm3m In Suitcase To Zahid At Dpm S Official Residence

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 207 hits
A former Ultra Kirana Sdn Bhd employee testified today he once delivered RM3 million in cash inside a luggage to Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi at the deputy prime minister s official residence in Putrajaya the High Court heard today Former ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba