Zahid Membodohkan Ahli Anwar Membodohkan Diri
Asal buka mulut pasti akan menyebabkan dunia mentertawakan watak, lagak dan tindak tanduknya. Komen Zahid -
Bukan benci individu tertentu tapi selamatkan parti - ZahidBoleh baca lanjut disini. Bagi Zahid dan konco baruanya, usaha mengalih tiang gol dan menggelapkan pemikiran ahli UMNO perlu di lakukan secara berterusan supaya segala pengkhianatan dan kepincangan yang telah dan sedang mereka lakukan tidak menjadi isu utama dalam sessi pemilihan Cawangan dan Bahagian Bahagian yang bermula bulan ini. Hakikatnya ramai ahli UMNO yang sudah muak dan jelak dengan siri penipuan yang di mainkan oleh pemimpin yang hanya tahu mengatur langkag bagi menjaga kepentingan diri dan puak mereka semata mata.
Sama lah macam tokey@cikgu Zahid, Anwar Aljuburi yang tetap mempertahankan isu perlantikan anak sendiri di dalam pentadbiran kerajaan sekarang ini.
Anwar dalam usaha untuk menutup pekung di dada di laporkan berkata..
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini menolak dakwaan bahawa pelantikan anak perempuannya, Nurul Izzah, sebagai penasihat kewangan dan ekonominya, adalah satu kes nepotisme.
Nepotisme, katanya, ialah apabila ahli keluarga diberi jawatan untuk menyalahgunakan kuasa, memperkayakan diri, mendapatkan kontrak dan mendapat bayaran yang besar.
Anwar berkata, beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.
Persoalannya, apakah Anwar sedang memberitahu dunia bahawa beliau sendiri sebagai Perdana Menteri tidak mempunyai keyakinan kepada kecekapan, ketelusan seterusnya kewibawaan pegawai kerajaan? Apakah Anwar selaku Perdana Menteri sebenarnya tidak yakin kepada sistem perolehan yang selama ini di laksanakan dengan jujur dan berintegriti oleh kakitangan awam? Apakah Anwar sedang memberitahu alam ini bahawa dengan melantik dan meletakkan anak nya Nurul sahaja lah segala kepincangan, penyelewengan dan korupsi perolehan dapat di jayakan dengan penuh amanah?
Kenapa hanya itu sahaja jalan yang mampu Anwar fikir dan lakukan demi memperbaiki mutu dan kelancaran operasi di dalam sektor awam..? Apakah itu sahaja tahap kemampuan akal fikir yang Anwar Aljuburi mampu canai selama ini?
Bodoh sangat la..! Jelas Zahid dan Anwar memang regu yang baik dalam isu ini.Bodoh membodoh membawa kehancuran..! Tunggu la binasanya tiba.
Bila? Lu Fikir La Sendiri..!
psst- pemimpin dan ahli ameno boleh buat apa?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://politikputramerdeka.blogspot.com/2023/02/zahid-membodohkan-ahli-anwar.html