Zahid Hamidi Tak Berhasrat Undur Diri Ikrar Bina Semula Kekuatan Parti






 Di sebalik desakan dan asakan yang semakin lantang mendesak dirinya berundur, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk bergerak ke hadapan dan “melakukan lebih banyak” untuk membantu parti itu mengembalikan semula keyakinan rakyat.
Sambil mengambil maklum, bahawa ini bukan kali pertama seseorang presiden Umno didesak meletak jawatan susulan keputusan pilihan raya yang lesu, katanya tanggungjawab prestasi buruk sepatutnya dipikul bersama oleh kepimpinan Umno.
“Walaupun saya bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya, seperti yang ditegaskan Johari, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kepimpinan Umno,” katanya, yang dipetik oleh akhbar The Star, hari ini.
Zahid merujuk kenyataan Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani, yang pada Ahad lalu berkata, semua pemimpin Umno mesti bertanggung jawab terhadap keputusan memalukan parti itu pada enam pilihan raya negeri Sabtu, lalu.
Pilihan raya negeri pada 12 Ogos itu menyaksikan Umno sekadar mampu memenangi hanya 19 kerusi DUN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, dan Kelantan.
Parti itu juga mencatatkan prestasi terburuk apabila gagal merampas atau mengekalkan mana-mana kerusi yang ditandinginya di Terengganu dan Kedah.
Bagaimanapun, ia memperoleh 14 kerusi di Negeri Sembilan dan dua kerusi masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor. Di Kelantan, parti itu hanya memenangi kerusi DUN Galas.
Berikutan itu, timbul semula gesaan untuk melakukan reformasi parti, termasuk Zahid bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai presiden Umno.
Zahid memberitahu akhbar berbahasa Inggeris itu bahawa dia menyedari desakan sedemikian, dan sebagai tindak balasnya, timbalan perdana menteri itu berjanji untuk berusaha ke arah mendapatkan semula keyakinan rakyat dengan bantuan pemimpin Umno yang lain.
“Kita akan meneliti pendekatan dan strategi. Kita akan menerima pakai yang baharu, supaya kami boleh memenangi hati dan fikiran pengundi sekali lagi,” katanya dilaporkan.
Menurut Zahid, parti itu perlu menangani kekeliruan dalam kalangan ahli Umno berhubung keputusannya untuk bekerjasama dengan DAP.
Walaupun usaha telah dibuat sebelum pilihan raya negeri untuk menjelaskan perkara itu, dia percaya lebih banyak perkara perlu dilakukan.
“Kami melakukan beberapa sesi untuk menjelaskan perkara ini di peringkat bahagian. Mungkin, mesej itu tidak sampai ke akar umbi atau mungkin perlu dijelaskan lagi di peringkat itu.”
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/675710








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/zahid-hamidi-tak-berhasrat-undur-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 Undi Untuk Ph 1 Undi Untuk Zahid Hamidi

1 Undi Untuk Ph 1 Undi Untuk Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 284 hits
agendaily com06 08 2023Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan pengundi DUN Bukit Antarabangsa bahawa mengundi Pakatan Harapan adalah tanda sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Za...
Zahid Hamidi Dia Ini Gila Ke Apa

Zahid Hamidi Dia Ini Gila Ke Apa

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 289 hits
Mohd Iskandar Ibrahimmohd iskandar bh com myPutrajaya Dia ini gila ke apa Tak perlu mempolitikkan perkara ini kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari mengenai kemu...
Najib Letak Jawatan Presiden Masalah Umno Tak Selesai Puad Ulas Desakan Zahid Undur

Najib Letak Jawatan Presiden Masalah Umno Tak Selesai Puad Ulas Desakan Zahid Undur

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 316 hits
Puad Zarkashi berkata mencari apa yang salah lebih penting bukannya mencari siapa salah PETALING JAYA Puad Zarkashi berkata tuding jari mencari siapa salah membawa prestasi buruk Umno pada PRN baru baru ini tidak akan menyelesaikan masalah ...
Undur Undur Undur Zahid

Undur Undur Undur Zahid

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 170 hits
TIDAK ada tanda tanda gelombang hijau yang dikaitkan peralihan besar sokongan pengundi Melayu terhadap parti PAS serta Perikatan Nasional akan mereda kata penganalis politik Mereka memberitahu gelombang hijau akan semakin kuat menjelang Pil...
Muhyiddin Desak Anwar Dan Zahid Hamidi Letak Jawatan

Muhyiddin Desak Anwar Dan Zahid Hamidi Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 379 hits
Nora MahparSHAH ALAM Muhyiddin Yassin berkata Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan referendum rakyat hasil keputusan PRN di enam negeri yang majoritinya dikuasai Perikatan Nasional Tuntutan sama turut dibuat k...
Zahid Langgar Janji No Anwar No Dap Punca Imej Parti Terjejas Pemerhati

Zahid Langgar Janji No Anwar No Dap Punca Imej Parti Terjejas Pemerhati

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 307 hits
agendaily com16 08 2023Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar janjinya No Anwar No DAP sebelum ini menyebabkan punca utama imej UMNO terjejas sehingga dijauhi akar umbi sendiri Pemerhati...
Azmin Ali Nafi Diri Pengkhianat Tapi Dipecat Dari Pkr Saya Tak Pernah Lompat Parti

Azmin Ali Nafi Diri Pengkhianat Tapi Dipecat Dari Pkr Saya Tak Pernah Lompat Parti

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 235 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal tuduhan kononnya beliau adalah pengkhianat dalam partinya terdahulu iaitu Parti Keadilan Rakyat Menurut laporan Sinar Harian Azmin mendakwa Perdana Menteri Datuk ...
Peguam Persoal Sikap Berdiam Diri Peguam Negara Berhubung Pengguguran Ketua Pendakwa Kes Zahid

Peguam Persoal Sikap Berdiam Diri Peguam Negara Berhubung Pengguguran Ketua Pendakwa Kes Zahid

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 262 hits
malaysianow comOgos 8 2023 11 45Rafique Rashid berkata penjelasan mesti diberikan segera Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Ogos Gambar BernamaSeorang peguam menggesa Peguam Negara Idrus Harun menj...
Laluan Elmina Akan Dibuka Semula Tengah Hari Ini Seelepas Kerja Pembersihan Selesai

Laluan Elmina Akan Dibuka Semula Tengah Hari Ini Seelepas Kerja Pembersihan Selesai

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 328 hits
SHAH ALAM Persiaran Elmina Seksyen U16 yang ditutup susulan nahas pesawat Beechcraft Model 390 semalam dijangka dibuka tengah hari ini Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihak berkuasa akan memulakan kerja kerja pe
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah