Zahid Hamidi Perlu Berundur


admin01/07/2019
Kalah sekali sudah terbenam, sekali lagi mungkin tertimbus

UMNO ibarat seorang pesakit jantung. Disebabkan cara hidupnya yang tidak sihat selama beberapa dekad, jantungnya tersumbat. Pada umur 72 tahun, ia kena serangan jantung, hampir mati. Tetapi, ia pulih semula. Belum dapat berjalan dengan baik, ia kena serangan lagi.

Kali ini tidak ada jalan lain. Pembedahan jantung terbuka perlu dilakukan. Dalam rencana saya “Siapa patut memimpin UMNO untuk menghadapi PRU15?” bertarikh 16 April 2019, antara lain, saya berkata:

“Untuk menghadapi PRU15, UMNO perlu tampil ke hadapan dengan wajah baharu dan sifat-sifat baharu. Ia perlu membersihkan diri daripada politik wang, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Untuk itu, pemimpin-pemimpin utamanya hendaklah orang yang berintegriti.

“Bagaimana dengan Datuk Seri Najib Razak (DS Najib) dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (DS Zahid)? Melainkan mereka telah dibebaskan oleh mahkamah daripada semua pertuduhan, adalah lebih baik bagi imej UMNO jika mereka tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti.

“Malah, pada pandangan saya, DS Najib lebih baik tidak cuba untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri semula. Sehingga beliau dibebaskan daripada semua pertuduhan, jika itu berlaku, persepsi negatif terhadapnya, betul atau tidak, adalah terlalu tebal untuk dilupai dalam sekejap masa. Juga, adalah tidak elok bagi imej Malaysia jika Perdana Menterinya berulang-alik ke mahkamah, kerana menghadapi tuduhan jenayah. Jangan ikut teladan Lim Guan Eng.

“Bagaimana dengan DS Zahid? Beliau eloklah mengikut teladan DS Najib dengan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO. Berhentilah cakap-cakap untuk menjalankan tugas sebagai Presiden semula. Jika beliau berbuat demikian, populariti UMNO yang mula meningkat itu akan merudum semula. Sudah tiba masanya beliau berhenti daripada politik atau hanya menjadi ahli biasa. Beliau patut bersyukur beliau telah naik setinggi itu. Beliau bukanlah material Perdana Menteri.”

Saya masih berpendirian demikian. Maka, berita bahawa DS Zahid telah menamatkan percutiannya dan kembali semula memimpin UMNO sebagai presiden sangat mengecewakan saya. Bagi saya, dengan berbuat demikian, pemulihan UMNO yang sedang berlaku bukan sahaja akan terbantut, malah akan mundur ke belakang.

Maka, saya ulangi, demi memulihkan UMNO dan masa depan bangsa Melayu, DS Zahid sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh DS Najib.

Jika beliau enggan berundur dengan sukarela, maka Ahli-Ahli Majlis Tertinggi perlulah mengambi pendirian, diikuti oleh pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri, malah bahagian-bahagian dan ahli-ahli UMNO. Mereka hendaklah mengetepikn kepentingan diri terdekat dan memikirkan kepentingan parti dan bangsa Melayu.

Ini adalah ujian terbesar bagi mereka. Dari situ kita boleh lihat mereka berpolitik untuk apa, tak usahlah bertempik di Dewan Merdeka di perhimpunan agung lagi. Mungkin suara saya sumbang dalam hal ini. Jika ya pun tidak mengapa. Ini pendapat saya. Betul atau tidak belum tahu. Biarlah sejarah menjadi penentu.

Bagi saya, sama ada saya betul atau tidak dalam hal ini, tiada apa bezanya. Saya terlentang juga. Tetapi, bagi UMNO dan orang Melayu, ia mungkin akan menjadi penentu masa depan kedua-duanya.
Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/zahid-hamidi-perlu-berundur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Cuti Dan Kembali Presiden Umno Zahid Hamidi Memimpin Parti

Kronologi Cuti Dan Kembali Presiden Umno Zahid Hamidi Memimpin Parti

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 570 hits
Kronologi Cuti dan Kembali Presiden Umno Memimpin Parti Semalam Ahad 30 Jun 2019 di Bagan Datuk Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penamatan cuti beliau selama enam bulan semasa Majlis Hari Raya Aidilfitri Bagan Datuk...
Zahid Hamidi Dipanggil Sprm Lagi

Zahid Hamidi Dipanggil Sprm Lagi

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 363 hits
Bekas timbalan perdana menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya kira kira jam 9 30 pagi tadi bagi memberi keterangan Jurucakap SPRM mengesahkan bahawa presiden ...
Infografik Kronologi Zahid Hamidi Didakwa

Infografik Kronologi Zahid Hamidi Didakwa

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 499 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Boss Kita Zahid Hamidi Didakwa Terima Rasuah Duit Singapore

Boss Kita Zahid Hamidi Didakwa Terima Rasuah Duit Singapore

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 891 hits
KEHEBATAN Ahmad Zahid Hamidi semasa memegang jawatan kerajaan dan Presiden Umno semakin terserlah hari ini Zahid didakwa MENERIMA 4 24 JUTA dalam matawang Singapura daripada sebuah syarikat pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan...
Zahid Hamidi Hero Tak Di Dendang

Zahid Hamidi Hero Tak Di Dendang

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 621 hits
Ini lah Hero yg tak di dendang Nama nya Ahmad Zahid Hamidi Terpilih dari tangan ahli UMNO Beliau juga tercatit dalam sejarah sebagai Presiden UMNO yang pertama yang tidak mewarisi jawatan Perdana Menteri Selain tidak memegang jawatan Perdan...
Zahid Hamidi Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen Esok

Zahid Hamidi Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen Esok

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 394 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor pada Khamis ini Suruhanjaya P...
Untuk Memulihkan Umno Zahid Perlu Berundur

Untuk Memulihkan Umno Zahid Perlu Berundur

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 299 hits
UMNO ibarat seorang pesakit jantung Disebabkan cara hidupnya yang tidak sihat selama beberapa dekad jantungnya tersumbat Pada umur 72 tahun ia kena serangan jantung hampir mati Tetapi ia pulih semula Belum dapat berjalan dengan baik ia kena...
Kes Rasuah Sistem Visa Luar Negara Sprmmalaysia Dapat Izin Dakwa Dato Seri Dr Zahid Hamidi

Kes Rasuah Sistem Visa Luar Negara Sprmmalaysia Dapat Izin Dakwa Dato Seri Dr Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 557 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Semuga Zahid Hamidi Dapat Tidur Nyenyak

Semuga Zahid Hamidi Dapat Tidur Nyenyak

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 670 hits
SENARAI DAKWAAN TERHADAP ZAHID HAMIDI HARI INI Lihat rajah bawah https www malaysiakini com news 481397 Senarai dakwaan sebelum ini dah teliti tarikh tarikhnya Jika dikira jumlah wang yang terlibat dalam semua kes kes ini sudah hampir RM180...
Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled

The Colours Of Life Ps5 Tekken 8

Anwar Makes High Stakes Bid To Boost Pkr S Fortunes In Sabah

Sukar Bernafas Punca Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kumpulan Dolla Terbela

Program Arab Saudi Winter Is Alive

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

10 Cadangan Perfume Lelaki Bau Alam Air Terjun Segar Natural Menarik

Bila Dah Lama Tak Update Blog

Heidi Klum S Legs And Feet In Tights 22