Zahid Hamidi Bakal Pm11




Beberapa hari lalu, sahabat saya penulis Mohd Sayuti Omar atau MSO menulis satu artikel bertajuk – Siapa Perdana Menteri selepas Anwar Ibrahim?


Saya segera tercuit hati dengan tulisan beliau itu, lantaran saya juga terfikir isu yang sama sejak dua tiga minggu kebelakangan ini.


Cuma, berikutan Anwar belum lagi setahun memegang jawatan Perdana Menteri, saya merasakan agak terlalu awal jika saya menulis mengenai pengganti beliau buat masa sekarang ini.


Tetapi, terlanjur MSO sudah menulis mengenainya, maka saya berasakan tidak perlu lagi saya pendam apa yang saya rasa itu.


Siapa sebenarnya paling berpotensi untuk jadi Perdana Menteri selepas Anwar?


Anwar, sementara hampir pasti akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU16 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2027, PH dan BN juga dipercayai akan terus bekerjasama dalam menghadapi PRU tersebut.


Gabungan PH/BN secara realitinya adalah kerjasama paling ideal dan saling melengkapi, bukan saja bagi memimpin negara, tetapi juga untuk bertahan memenangi pilihan raya dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ini.


PH dengan empat parti gabungan di dalamnya, begitu juga dengan BN hanya tinggal empat parti komponen bersamanya, tidak sesuai lagi bertanding secara sendirian, sebaliknya lebih cocok dan mantap jika saling bekerjasama antara satu sama lain.


Dalam masa yang sama, seiring dengan Bersatu yang makin melemah dengan seorang demi seorang Ahli Parlimennya memberi sokongan kepada Anwar, ini sekaligus akan memberi kesan yang ketara kepada kekuatan PN bagi menghadapi PRU16 akan datang.


Selain Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan yang sudah berbuat demikian, difahamkan ada lagi lima atau enam Ahli Parlimen Bersatu lain yang condong untuk mengambil langkah yang sama.


Jika itu berlaku, PN dengan sendirinya tiada lagi masa depan yang cerah dan hanya Pas yang mampu bertahan di kerusi dan negeri sedia ada yang dimenanginya.


Lantaran perpecahan yang berterusan dalam Bersatu, selain beberapa pemimpinnya pula barangkali sudah didapati bersalah oleh mahkamah ketika PRU16 nanti dilangsungkan, sentimen Melayu/Islam yang didendang PN tidak lagi mampu menjelmakan kemenangan kepada gabungan itu.


Dengan yang demikian, PH/BN bersama sokongan daripada GPS dan GRS, lebih berpotensi untuk menang PRU16 dan dalam masa yang sama, Anwar pun kekal lagi sebagai Perdana Menteri bagi penggal yang kedua.


Memandangkan Anwar sudah berusia 80 tahun pada tahun 2027 ketika PRU16 diadakan, penggal tersebut mungkin yang terakhir baginya.


Dalam hal ini, penyerahan kuasa akan berlaku sama ada sebelum tiba PRU17 atau PRU17 itu Anwar tidak bertanding lagi, sekaligus terus bersara.


Pada ketika itu, pemimpin paling berpotensi untuk menjadi PM11 selepas Anwar tidak lain ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.


Selain ada rekod dua kali menjadi Timbalan Perdana Menteri serta banyak pengalaman menerajui beberapa kementerian, istimewanya Zahid Hamidi ialah beliau seorang pemimpin yang cekal dan berjaya mengatasi segala rintangan di hadapannya sejak memegang jawatan Presiden UMNO bermula 2018 lalu.


Beliau berjaya mengatasi semua rintangan di hadapannya, berjaya mengusir semua musuhnya dalam UMNO, membebaskan dirinya daripada igauan kes mahkamah, berjaya kembali memegang kuasa sebagai orang nombor dua dalam kerajaan dan kini hampir tidak tergugat lagi di kedudukan singgahsana kepresidenan parti Melayu itu untuk beberapa tahun akan datang.


Di samping cekal, tidak pernah putus asa, malah licik, Zahid Hamidi dan UMNO juga dikira berjasa besar dalam memastikan Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri setelah berjuang selama 25 tahun lamanya.


Dengan demikian, dirasakan tidak sukar bagi penyokong PH menerima Zahid Hamidi sebagai PM11 bila tiba masanya nanti, meskipun bagi penyokong PH sekarang ini, rata-ratanya lebih cenderung mahukan sama ada Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution Ismail atau Nurul Izzah Anwar menjadi Perdana Menteri selepas Anwar.


Tiga pemimpin tersebut dianggap pelapis paling berpotensi yang dirasa dan diharapkan oleh penyokong masing-masing akan memimpin negara ini selepas Anwar.


Bagi saya, meskipun ketiga-tiga mereka itu ada bakat kepimpinan yang baik, tetapi kesemuanya masih dikira mentah daripada segi pengalaman untuk mengambil alih kepimpinan negara sebagai sebagai PM11.


Mereka hanya sesuai jadi PM12, PM13, PM14 dan yang seterusnya, dalam erti kata lain selepas PM11 dirangkul Zahid Hamidi terlebih dahulu.


Firasat dan rasa hati saya dalam hal ini mungkin betul dan mungkin juga salah, bahkan barangkali ramai yang tidak setuju, tetapi kita boleh sama-sama simpan tulisan ini untuk melihat sama ada ia akhirnya akan menjadi kenyataan atau sebaliknya. –ShahbudinHusin 02/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/02/zahid-hamidi-bakal-pm11.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/zahid-hamidi-bakal-pm11.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Beri Bayangan Bakal Tamatkan Karier Politik

Zahid Hamidi Beri Bayangan Bakal Tamatkan Karier Politik

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 278 hits
Muhamad Lokman Khairibhnews bh com myBAGAN DATUK Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa beliau berhasrat menamatkan karier politiknya selepas berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak 1995...
Jangan Lagi Jemput Umno Sertai Pn Kami Selesa Dengan Kerajaan Perpaduan Zahid Hamidi

Jangan Lagi Jemput Umno Sertai Pn Kami Selesa Dengan Kerajaan Perpaduan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 116 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa parti itu selesa bekerjasama dalam kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim Justeru katanya yang juga adalah timbalan perdana menteri dan pengerusi BN tidak tim...
11 Konsert Artis Antarabangsa Bakal Berlangsung Di Kuala Lumpur

11 Konsert Artis Antarabangsa Bakal Berlangsung Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 200 hits
Musim konsert ramai artis antarabangsa memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan mereka Konsert ialah acara yang ditunggu tunggu oleh peminat untuk melihat dan mendengar persembahan artis kegemaran mereka secara langsung Walaupu...
Dah Mula Persiapan Khabar Angin Moon Gayoung Son Heungmin Bakal Berkahwin Tular

Dah Mula Persiapan Khabar Angin Moon Gayoung Son Heungmin Bakal Berkahwin Tular

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 95 hits
Tiada angin tiada ribut Moon Ga young dikatakan bakal berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini topik mengenai Moon Ga young didakwa akan berkahwin dengan Son Heung min telah heboh menjadi per...
Gara Gara Bakal Suami Tak Hafal Sifir Dua Wanita Ini Batalkan Perkahwinan

Gara Gara Bakal Suami Tak Hafal Sifir Dua Wanita Ini Batalkan Perkahwinan

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 209 hits
Jika ingat balik zaman sekolah kita biasanya di sekolah dulu kita akan disuruh oleh cikgu untuk menghafal sifir dari sifir 1 hingga sifir 12 Perkahwinan Batal Gara gara Pengantin Lelaki Gagal Hafal Sifir Dua Macam ini pun ada Gara gara baka...
Kasus Naik Penyidikan Bareskrim Bakal Periksa Lagi Rocky Gerung Terkait Hoaks

Kasus Naik Penyidikan Bareskrim Bakal Periksa Lagi Rocky Gerung Terkait Hoaks

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 108 hits
Bareskrim telah menaikkan status kasus penyebaran berita bohong alias hoaks yang menjerat Rocky Gerung dari penyelidikan ke penyidikan
Bebas Dari Lapas Salemba Munarman Bakal Sowan Ke Habib Rizieq

Bebas Dari Lapas Salemba Munarman Bakal Sowan Ke Habib Rizieq

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 151 hits
Kuasa hukum Munarman Aziz Yanuar menyebut selepas dari lapas Salemba kliennya berencana untuk sowan ke Habib Rizieq
Ini Bencana Yang Bakal Menimpa Jika Talian Internet Seluruh Dunia Terputus

Ini Bencana Yang Bakal Menimpa Jika Talian Internet Seluruh Dunia Terputus

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 195 hits
Internet hari ini menjadi satu keperluan yang utama jika mahu aktiviti harian berjalan dengan lancar Jika dahulu banyak urusan perlu dijalankan secara surat menyurat ataupun berurusan menerusi kaunter di premis premis berkaitan Kini segala ...
Cerita Di Balik Rencana Ugm Bakal Larang Dosen Killer Mengajar

Cerita Di Balik Rencana Ugm Bakal Larang Dosen Killer Mengajar

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 88 hits
Harapannya persoalan kesehatan mental tak dialami oleh mahasiswa UGM
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha