Jangan Lagi Jemput Umno Sertai Pn Kami Selesa Dengan Kerajaan Perpaduan Zahid Hamidi




 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa parti itu, selesa bekerjasama dalam kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Justeru, katanya yang juga adalah timbalan perdana menteri dan pengerusi BN, tidak timbul persoalan gabungan itu akan menyertai Perikatan Nasional (PN).
“Bagi kami, kami selesa dengan penglibatan kami dalam kerajaan perpaduan, dan jangan buang masa jemput kami menyertai PN,” katanya mengulas saranan pembangkang agar Umno menyertai PN.
Zahid berkata demikian kepada media selepas majlis penutup Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) (MAKSPEN) XIV di Putrajaya, semalam.
Sabtu lalu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berpandangan penyertaan Umno dalam PN dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu yang antara lain bertujuan membantu masyarakat Melayu Islam di negara ini.
Ahmad Zahid berkata kerajaan hari ini bukan hanya bertanggungjawab terhadap masyarakat Melayu dan Islam malah bagi keseluruhan rakyat Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Zahid berkata, BN menerusi Umno akan meletakkan anak kelahiran Kemaman, Terengganu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini.


Menurutnya, Umno telah menerima beberapa nama sebagai calon dan ia akan disenarai pendek dalam masa terdekat.


“Yang pastinya kami akan ambil tokoh anak Kemaman yang berada di peringkat nasional atau di peringkat negeri untuk bertanding bagi PRK Kemaman,” katanya.
Dia berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang juga Pengarah Jentera BN bagi PRK Parlimen Kemaman Ahmad Said akan mengumumkan nama calon berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov.
PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/683815








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/jangan-lagi-jemput-umno-sertai-pn-kami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyertaan Pas Hapus Pengaruh Umno Dalam Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

Penyertaan Pas Hapus Pengaruh Umno Dalam Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 229 hits
Amirul Aiman dan Lynelle ThamPETALING JAYA Kemungkinan PAS menyertai kerajaan perpaduan boleh menghapuskan pengaruh Umno dalam pentadbiran kata seorang penganalisis Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata sokongan kuat Melayu terhadap pa...
Pas Sudah Ada Tun Mahathir Jangan Buang Masa Nak Bawanya Sertai Kerajaan

Pas Sudah Ada Tun Mahathir Jangan Buang Masa Nak Bawanya Sertai Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 371 hits
Tidak kira siapa yang memulakan bicara sebarang usaha untuk membawa masuk Pas ke dalam kerajaan adalah suatu langkah yang sia sia serta membuang masa Tidak lama sebelum ini veteran DAP Lim Kit Siang pernah mencadangkan agar Pas dibawa menye...
Bukan Apa Pun Saja Nak Gunakan Peluang Nak Burukkan Kerajaan Perpaduan

Bukan Apa Pun Saja Nak Gunakan Peluang Nak Burukkan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 256 hits
Lebai PAS kata bahaya ada ramai MP DAP dalam parlimen Nanti akan buat undang undang yang tak menyebelahi Islam Hakikatnya di DUN Terengganu yang mana PAS PN sapu bersih telah memutuskan pelancong asing dibenarkan berbikini di pantai negeri ...
Dua Bekas Pemimpin Umno Sertai Dap

Dua Bekas Pemimpin Umno Sertai Dap

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 167 hits
SAIFULLAH AHMADTarmizi menerima borang keahlian baharu daripada Abdul Mukmin bersama ahli UMNO yang lain dalam satu majlis di sebuah restoran di sini pada Jumaat SERI ISKANDAR Dua bekas pemimpin UMNO cawangan di Bahagian Parit bersama lapan...
Pm Tak Tolak Pas Sertai Kerajaan Jika Syarat Dasar Diterima

Pm Tak Tolak Pas Sertai Kerajaan Jika Syarat Dasar Diterima

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 219 hits
MalaysiakiniKetika Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sebuah kerajaan perpaduan tahun lalu dia telah memberikan tawaran untuk PAS menyertai kerajaan Walaupun PAS menolak tawaran itu ketika itu Anwar berkata dia tidak ak...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama

Bersatu Terperangkap Permainan Kayu 3 Rakan Kongsi

Cultural Rhythms Festival Celebrating Diversity In Arts

Nak Elak Tarif Tinggi Malaysia Jadi Senjata Rahsia China Untuk Menang Lawan Amerika