Zahid Hamidi Bakal Dipecat 27 Mac Ini




 Secara rasmi, apa yang semua orang faham, Perhimpunan Agung UMNO atau PAU pada 27 dan 28 Mac ini antara agenda utamanya adalah untuk mengesahkan ketetapan putus hubungan parti itu dengan Bersatu bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Ia berikutan majoriti UMNO bahagian-bahagian telah meluluskan usul putus hubungan itu dalam mesyuarat masing-masing sebelum ini.
Oleh kerana isu putus hubungan itu dalam bentuk usul, meskipun ia kemudian diterima dan dipersetujui oleh MT UMNO, ia perlu dibawa ke PAU untuk disahkan bagi menjadikannya suatu ketetapan yang muktamad.
Tetapi, berikutan Bersatu tidak senang dengan usul tersebut dan sedar mereka tidak mampu menang sebarang kerusi dalam PRU15 jika tanpa ada kerjasama dengan UMNO, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengubah keputusan itu.
Setelah pelbagai usaha yang ke arah itu sebelum ini tidak menemui kejayaan, langkah terakhir yang cuba dilakukan ialah melalui PAU pada hujung bulan ini.
Dengan itu, PAU kali ini secara tidak rasmi turut menjadi medan bagi puak kiri dalam UMNO yang pro Bersatu untuk mengubah ketetapan putus hubungan tersebut.
Makna kata, akan berlaku pertembungan dalam PAU kali ini antara urusan rasmi untuk mengesahkan usul putus hubungan dengan Bersatu dengan urusan tidak rasmi bagi tujuan mengubah keputusan tersebut.
Diberitakan usaha tersebut sudah dikesan sejak dua tiga minggu lalu dan didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri yang diketahui pro kepada Bersatu dan Muhyiddin Yassin.
Ada laporan mengatakan mereka juga sudah mula bergerak ke negeri-negeri bagi mempengaruhi pewakilan agar menolak usul putus hubungan dengan Bersatu.
Alasan mereka ialah UMNO perlu terus bekerjasama dengan Bersatu dan PN dalam PRU15 bagi memastikan kemenangan lebih terjamin, selain membesar-besarkan kedudukan PN sebagai kerajaan lebih mempunyai sumber kewangan yang mantap berbanding BN yang terhad kemampuannya.
Berdasarkan gerakan yang dijalankan, termasuk mempengaruhi jurucakap negeri-negeri agar menyampaikan ucapan yang senada dengan keinginan untuk melihat UMNO dan Bersatu kekal bekerjasama, ada maklumat mengatakan ramai yang dikatakan mula terpengaruh dan condong bersetuju untuk mengubah usul putus hubungan itu.
Kiranya gerakan ini berjaya akhirnya, ia bukan saja suatu tamparan kepada masa depan UMNO dan kedudukan Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, bahkan suatu kejayaan besar buat Muhyiddin dan Bersatu dalam memastikan survival politik mereka.
Lebih tersenyum lebar dengan kejayaan itu nanti tentunya adalah Kumpulan Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali dalam Bersatu yang secara tidak langsung bermakna UMNO akhirnya terpaksa tunduk hormat serta memberi laluan kepada mereka.
Di sebalik itu, suatu gerakan tidak rasmi lain yang lebih besar dan utama, namun tidak disedari banyak pihak yang dikatakan turut dirancang dalam waktu yang sama ialah untuk menyingkirkan Ahmad Zahid Hamidi daripada kedudukannya sebagai Presiden UMNO.
Usaha menyingkirkan Ahmad Zahid ini adalah tindakan fasa kedua setelah gerakan mengubah keputusan putus hubungan dengan Bersatu berjaya dilaksanakan.
Mengikut apa yang dirancang, selepas pengundian untuk menentukan sama ada UMNO setuju atau tidak putus hubungan dengan Bersatu, sekiranya kejayaan memihak kepada kumpulan kiri yang pro Bersatu itu, satu usul tergempar lain akan dikemukakan untuk “memecat” Ahmad Zahid dengan serta-merta.
Perkiraan mudah mereka, jika usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan bahagian-bahagian dan MT pun berjaya diubah, maka dengan sendirinya selepas itu tindakan melucutkan jawatan Ahmad Zahid juga akan turut jadi mudah.
Dengan berjaya menyingkirkan Ahmad Zahid pada PAU hujung bulan ini, maka akan sempurnalah gerakan untuk Bersatu menguasai UMNO sepenuhnya.
Adakah Ahmad Zahid menyedari sepenuhnya gerakan ini atau beliau tetap merasakan dirinya masih popular serta beranggapan sebarang gerakan untuk mengubah ketetapan putus hubungan itu sesuatu yang mustahil dilakukan?
Ingatan buat Ahmad Zahid, kalau Ahli-Ahli Parlimen pun ada tanda harga yang boleh “dibeli”, apakah harga perwakilan UMNO begitu mahal nilainya?


 (Shahbudindotcom 20/03/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/zahid-hamidi-bakal-dipecat-27-mac-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Commentary Umno President Zahid Hamidi S Many Headaches

Commentary Umno President Zahid Hamidi S Many Headaches

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 413 hits
UMNO president Ahmad Zahid Hamidi is typically the embodiment of calm Going forward however Zahid and his faction will have to hunker down to confront multiple challenges says ISEAS Yusof Ishak s Francis E Hutchinson Francis E Hutchinson CN...
Umno Ada Pelan B Jika Zahid Hamidi Disabitkan Bersalah

Umno Ada Pelan B Jika Zahid Hamidi Disabitkan Bersalah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 563 hits
Umno Ada Pelan B Jika Zahid Hamidi Disabitkan Bersalah Penganalisis politik berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kekal tidak bersalah selagi tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah Bagaimanapun mereka menggesa parti Melayu itu menyediak...
Kerajaan Pusat Perlu Merayu Di Mahkamah Zahid Hamidi

Kerajaan Pusat Perlu Merayu Di Mahkamah Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 430 hits
Tanggal 10 Mac 2021 kita dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam Selain kalimah Allah perkataan lain yang dibenarkan adalah solat Kaabah dan Baitullah Beberapa pihak men...
Dua Ahli Majis Tertinggi Umno Suka Bocor Rahsia Mesyuarat Akan Dipecat Keahlian Zahid

Dua Ahli Majis Tertinggi Umno Suka Bocor Rahsia Mesyuarat Akan Dipecat Keahlian Zahid

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 455 hits
tuncarlos com Dua ahli Majlis Tertinggi Umno yang dikatakan dalang sering membocorkan rahsia mesyuarat MT sudah dikenal pasti Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber hal itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Umno Ahmad Zahid dal...
Terkini Perbicaraan Kes Zahid Hamidi Pihak Pendakwaan Tutup Kes Se

Terkini Perbicaraan Kes Zahid Hamidi Pihak Pendakwaan Tutup Kes Se

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 243 hits
Perbicaraan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang melibatkan 12 kes pecahan amanah lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram berlangsung selama 53 hari dengan 99 saksi pendakwaan
Adakah Surat Annuar Musa Kepada Zahid Hamidi Ini Bukti Wujudnya Gerakan Mengubah Keputusan Mt Umno

Adakah Surat Annuar Musa Kepada Zahid Hamidi Ini Bukti Wujudnya Gerakan Mengubah Keputusan Mt Umno

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 383 hits
UMNO Bahagian Ketereh Kelantan yang dipimpin oleh Annuar Musa dilaporkan telah menghantar surat kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan empat pendirian bahagian berkenaan berkaitan politik semasa dan hubungan dengan kerajaan PN ...
Berdepan Tiga Cabaran Zahid Hamidi Perlu Segera Menukar Dirinya Jadi Pendekar Yang Berani

Berdepan Tiga Cabaran Zahid Hamidi Perlu Segera Menukar Dirinya Jadi Pendekar Yang Berani

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 210 hits
Sekurang kurangnya ada tiga cabaran besar di depan Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung parti itu pada 27 Mac ini Pertama melawan adanya cubaan yang dikatakan didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO...
Zahid Hamidi Gunakan Dana Yayasan Akalbudi Hampir Rm1 5 Juta Untuk Kegunaan Peribadi

Zahid Hamidi Gunakan Dana Yayasan Akalbudi Hampir Rm1 5 Juta Untuk Kegunaan Peribadi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Saksi pendakwaan terakhir dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu menggunakan dana Yayasan Akalbudi miliknya berjumlah RM1 469 547 36 untuk memba...
Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani