Zahid Dicabar Bersumpah Depan 31 Mp Umno Klip Audio Macam Mana



AGENDA DAILY

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bersumpah.
Seorang pemimpin senior UMNO mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya bersumpah di depan 31 Ahli-ahli Parlimen (MP) yang tidak menyokongnya untuk meneruskan kerjasama dengan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan tindakan Zahid tersebut yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi menyakinkan MP UMNO untuk menyokongnya walaupun sudah berkali-kali ditangkap menipu walhal sebelum ini juga pernah membuat penafian berhubung surat yang dihantar kepada Istana Negara dan juga klip audio mesra dengan Anwar.
“Bersumpah nama Allah tak sokong Anwar jadi Perdana Menteri (PM) tapi audio dia (Zahid) dengan anwar tu macam mana?
“Apakah sanggup buat apa saja asalkan dapat menyakini MP UMNO,” katanya kepada Agenda Daily.
Nazri juga menggesa Zahid supaya mendedahkan jika tidak menyokong Anwar, siapa yang akan beliau sokong untuk menjadi PM.
“Kalau tak sokong Anwar dia sokong siapa jadi PM?” soal beliau.
Sekiranya Zahid berani untuk mempertahankan sumpahnya seperti yang didedahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini, Nazri kini mencabar beliau untuk melakukan perkara sama dihadapan MP UMNO dan Barisan Nasional supaya ia dapat menyakinkan mereka.
“Saya mintak Zahid sumpah depan kami 31 orang supaya kami juga yakin dengan Zahid,” katanya lagi.
Ahmad Maslan sebelum ini mendedahkan Zahid bersumpah dengan nama Allah tidak akan menyokong Anwar dan bagi orang Islam tindakan bersumpah terutamanya melibatkan kalimah suci bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main.
“Presiden UMNO telah bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar untuk jadi perdana menteri dan tidak akan bersama dengan PH (Pakatan Harapan) dan DAP di hadapan beberapa Ahli Parlimen (MP).
“Saya ada ketika itu, ini baru lagi baru sehari dua yang lalu. Jadi tuduhan terhadap beliau itu adalah yang tidak berasas,” katanya dipetik dalam satu program bual bicara secara maya baru-baru ini.
14 MP UMNO diketuai Zahid sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Anwar, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.
Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.
Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.
Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/zahid-dicabar-bersumpah-depan-31-mp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 303 hits
Kenyataan pemimpin Umno yang manakah betul kini menjadi persoalan di kalangan orang ramai kerana semuanya berbeza antara satu sama lain Ketika Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata 40 ahli Par...
Peletakan Jawatan Shamsul Anuar Mengesahkan Skrip Dalam Klip Audio Anwar Zahid

Peletakan Jawatan Shamsul Anuar Mengesahkan Skrip Dalam Klip Audio Anwar Zahid

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 232 hits
AGENDA DAILY Klip audio tular melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Peletakan jawatan Menteri UMNO Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah hari ini mengesahkan skrip pakatan sulit antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...
100 Ketua Bahagian Umno Mahu Zahid Berundur

100 Ketua Bahagian Umno Mahu Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 272 hits
August 8 2021 Lebih 100 ketua bahagian UMNO di seluruh negara didakwa bersepakat untuk meminta Presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur dan berehat pada pemilihan parti akan datang Perkara itu didedahkan Ketua UMNO Ba...
Langkah Pn Paksa Pemilihan Umno Beri Kelebihan Pada Zahid

Langkah Pn Paksa Pemilihan Umno Beri Kelebihan Pada Zahid

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 304 hits
Hariz MohdUsaha untuk menjatuhkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan memaksa pemilihan parti itu diadakan boleh memakan diri bagi Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional menurut penganalisis Mereka percaya tindakan Jabatan Pen...
Sebenarnya Pak Zahid Ingin Membawa Umno Kemana

Sebenarnya Pak Zahid Ingin Membawa Umno Kemana

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 430 hits
Zahid tak jawab saya tanya apa perancangan seterusnyaDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawab berhubung perancangan parti seterusnya selepas menarik sokongan daripada kerajaan Per...
Lari Macam Mana Pun Muhyiddin Tetap Akan Tersungkur Kata Ahli Parlimen Amanah Pkr

Lari Macam Mana Pun Muhyiddin Tetap Akan Tersungkur Kata Ahli Parlimen Amanah Pkr

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 342 hits
Nora MahparPETALING JAYA Muhyiddin Yassin tetap akan tersungkur dari jawatan Perdana Menteri dalam masa terdekat ini walaupun beliau menggunakan pelbagai helah untuk terus mengelak daripada sebarang pembuktian bahawa Presiden Bersatu itu su...
Langkah Letak Jawatan Uji Kewibawaan Zahid Sebagai Presiden Umno

Langkah Letak Jawatan Uji Kewibawaan Zahid Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 496 hits
ismaweb netPresiden hilang wibawa Hanya 2 menteri sahut gesaan letak jawatanOleh Athirah Huda ZalheBANGI 28 Zulhijjah 1442H Sabtu Tindakan peletakan jawatan pemimpin UMNO khususnya sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan minggu ini...
Opposition Leader Anwar And Umno Chief Zahid Team Up To Oust Pm Muhyiddin

Opposition Leader Anwar And Umno Chief Zahid Team Up To Oust Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 346 hits
Leslie Lopez The Straits Times Plans for a video campaign to chip away at support for the embattled Malaysian Prime Minister have been hatched by factions aligned to opposition leader Anwar Ibrahim and Ahmad Zahid Hamidi the president of Um...
Hiburan Rumah Dbkl Yang Saya Harapkan Tak Tahu Statusnya Macam Mana Fendy Caliph Busker

Hiburan Rumah Dbkl Yang Saya Harapkan Tak Tahu Statusnya Macam Mana Fendy Caliph Busker

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 354 hits
Sebelum ini pemain dram Caliph Busker Fendy Adlun telah dihubungi oleh Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Rina Mohd Harun yang datang ke kediamannya untuk melawat dan dalam pada itu beliau turut berkata pihaknya akan memastikan permohona...
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Tentera Israel Serbu Wilayah Selatan Syria

Ajak Melissa Janjimu Chord

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official