Zahid Cadang 3 Jawatan Tpm Dimasukkan Dalam Manifesto Bn


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Oct 23, 2022 5:51 PM
PRU15 | Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan agar tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM), masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung, diwujudkan jika BN menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Zahid berkata BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya cadangan berkenaan dimasukkan dalam manifesto BN dan GPS, pada PRU15 ini.

“Ini adalah pendekatan baharu dicadangkan oleh BN agar BN Sabah, GPS di Sarawak serta BN di Semenanjung, memasukkan ia dalam manifesto,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Gelombang Biru BN Zon 3 Sabah melibatkan Kimanis, Papar, Beaufort, Sipitang di Kimanis, hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO; Naib Pengerusi BN Datuk Arthur Kurup yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Hadir sama Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Ahmad Zahid berkata adalah tidak mustahil untuk mempunyai tiga TPM masing-masing satu dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung, selain yakin perdana menteri akan menerima cadangan berkenaan.

“Ini kerana jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan. Itu sebabnya tidak ada jawatan TPM (ketika ini) yang ada hanyalah empat jawatan menteri kanan.

“Jadi, tidak mustahil kalau (ada) tiga jawatan TPM jika BN menang dengan dominan, maka jawatan itu akan disandang oleh mana-mana pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk menduduk jawatan kedua penting negara,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid pelantikan tiga TPM berkenaan juga adalah selaras dengan semangat Sabah dan Sarawak, sebagai sebuah wilayah.

Mengulas lanjut mengenai cadangan lantikan TPM dari Sabah dan Sarawak itu, Ahmad Zahid berkata BN tidak pernah berbohong, dalam melaksanakan manifesto.

“BN tidak pernah bohong dari segi manifesto. Jadi, oleh kerana ini merupakan manifesto BN (jika dimasukkan), maka wajib kita akan laksanakan apa yang ditulis dalam manifesto, TPM dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ahmad Zahid juga mencadangkan BN Sabah memohon kepada kerajaan Persekutuan agar setiap peruntukan untuk Sabah, disalurkan terus kepada kerajaan negeri bagi membolehkan ia dilaksanakan sendiri oleh kementerian, jabatan dan agensi peringkat negeri.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/zahid-cadang-3-jawatan-tpm-dimasukkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Janji Tiga Jawatan Tpm Ismail Sabri Kata Tunggu Menang Dulu

Zahid Janji Tiga Jawatan Tpm Ismail Sabri Kata Tunggu Menang Dulu

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 296 hits
agendaily com24 10 2022Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan menjadi Perdana Menteri Barisan Nasional perlu menang terlebih dahulu Pilihan Raya Umum Ke 15 baharu isu berhubung tawaran tiga jawatan Timba...
Tawaran Tpm Buat Sabah Sarawak Jadi Manifesto Ph Kata Pemimpin Dap

Tawaran Tpm Buat Sabah Sarawak Jadi Manifesto Ph Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 294 hits
Chan Foong Hin berkata janji sama dibuat pada PRU14 tetapi tidak dimasukkan dalam manifesto PH ketika itu KOTA KINABALU Manifesto Pakatan Harapan bagi pilihan raya umum ke 15 turut termasuk janji melantik seorang timbalan perdana menteri da...
Bagi Sabah Sarawak Kehendak Politik Lebih Penting Daripada Jawatan Tpm Kata Penganalisis

Bagi Sabah Sarawak Kehendak Politik Lebih Penting Daripada Jawatan Tpm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 242 hits
Rahezzal Shah Abd Karim berkata memberi kuasa kepada Sabah dan Sarawak menguruskan sendiri peruntukan pembangunan bagi Malaysia Timur lebih baik daripada tawaran jawatan timbalan perdana menteri untuk Sabah dan Sarawak PETALING JAYA Seorang...
Anwar Jauh Meninggalkan Mahiaddin Dan Zahid Untuk Jawatan Pm

Anwar Jauh Meninggalkan Mahiaddin Dan Zahid Untuk Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 230 hits
Satu tinjauan menerusi twiter telah dibuat oleh sdr Hasmi Hashim sebaik sahaja pengumuman pembubaran parlimen dibuat oleh Ismail Sabri Tinjauan atau poll itu untuk mengetahui siapakah yang layak untuk diangkat jadi PM ke 10 selepas pilihan ...
Jawatan Tpm 2 Bukan Tawaran Semberono

Jawatan Tpm 2 Bukan Tawaran Semberono

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 144 hits
Jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 bukanlah tawaran semberono kepada parti parti politik di Malaysia Timur untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kelvin Yii Lee Wuen berkata tawaran PH mewujudkan jawatan itu bag
Selari Dengan Amaran Zahid Hamidi Di Himpunan Mic Membebaskan Najib Sepatutnya Jadi Manifesto Utama Bn

Selari Dengan Amaran Zahid Hamidi Di Himpunan Mic Membebaskan Najib Sepatutnya Jadi Manifesto Utama Bn

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 204 hits
Walaupun berada di penjara dan berstatus banduan UMNO Bahagian Pekan dilaporkan masih meletakkan nama Najib Razak sebagai calon dalam PRU15 akan datang Najib disenaraikan bersama empat yang lain untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan Kep...
Bubar Parlimen Antara Musim Banjir Dan Faktor Zahid

Bubar Parlimen Antara Musim Banjir Dan Faktor Zahid

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 262 hits
ISMAIL HASHIM YAHAYAAkhirnya segala tanda tanya telah dijawab Parlimen telah dibubarkan Kekalutan Umno bagaikan siri drama Jenaka Kampung Kalut siaran di TV3 sembang sembang di kedai Pak Kodi dan mesyuarat di dewan komuniti JKK dalam situas...
Pas Straight Fight Proposal Could Be A Ploy Zahid

Pas Straight Fight Proposal Could Be A Ploy Zahid

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 149 hits
PAS proposal to avoid multi corner contests by cooperating with BN and Perikatan Nasional has not gone down well with BN chairperson Ahmad Zahid Hamidi We respect PAS decision It s up to them how they want the upcoming general election If t...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak