Zahid Boleh Bawa Usul Undi Tak Percaya Di Parlimen
agendaily.com10/06/2022
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai pilihan sekiranya mahu mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) segera dengan membawa usul tidak percaya di Parlimen apabila sidang dibuka nanti,
Presiden UMNO itu tidak perlu membuang masa dan menyalahkan pembangkang yang tidak mahu PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat, sebaliknya langkah awal sendiri boleh diambil UMNO dengan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Mahathir Mohd Rais melontarkan cadangan kepada Zahid untuk membawa usul tersebut memandangkan sering membangkitkan desakan agar PRU-15 diadakan segera.
“Kemuka undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, apakah beliau masih mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Mahathir berpendirian PRU-15 tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat memandangkan banyak isu rakyat yang masih belum ditangani kerajaan.
Menurutnya, semua sedia maklum bahawa pilihan raya akan menelan kos berbilion ringgit.
“Di saat rakyat sedang dihimpit kesusahan nyata pada hari ini, Presiden UMNO seharusnya cakna dalam memastikan wang sebanyak itu digunakan untuk membantu rakyat dan bukannya berhabis berbilion ringgit untuk nafsu politik beberapa kerat manusia,” katanya
Jelasnya, langkah ‘demokratik’ yang Zahid cadangkan agar rakyat mendapatkan semula sebuah kerajaan yang kukuh bukanlah dengan mengadakan PRU15.
“Bukan isu ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi sahaja yang perlu difikirkan kerana negara kira juga belum selesai berperang dengan wabak Covid-19.
“Saya menyeru agar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak menjadi ‘badut’ kepada kepimpinan tertinggi parti masing-masing sebaliknya perlu fokus kepada isu untuk menyelesaikan masalah rakyat,” ujarnya.
Tambahnya lagi, rakyat menuntut wakil rakyat berwibawa dapat membela nasib mereka bukannya menjaga kepentingan pemimpin yang sedang bergelut dengan tuduhan dan salah guna kuasa.
Zahid terdahulu mendakwa pembangkang memberi pelbagai alasan untuk melengahkan PRU15 demi ‘membeli masa’ untuk mendapatkan ruang mencukupi membohongi rakyat sekali lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/zahid-boleh-bawa-usul-undi-tak-percaya.html