Zahid Beri Amaran Kepada Ahli Bersatu Agar Undi Bn Di Prk Slim



Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada PPBM untuk membuktikan nilai perkongsian sebenar dalam Muafakat Nasional (MN) dengan mendapatkan undi buat calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Slim.

Beliau berkata, PPBM perlu membalas jasa persahabatan mereka dengan memberikan 6,000 undi yang diterimanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kepada calon BN.

Jika gagal berbuat demikian, katanya, PPBM perlu mengkaji nilai persahabatannya dengan BN dan MN selama ini.

“Betul kita sokong Perikatan Nasional (PN), tapi jangan jadi BN melukut di tepi gantang. Hendak berkawan biar sebenarnya dan hendak berkongsi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Felda Residence Trolak hari ini.

“Tidak ada agenda di belakang tabir dan tidak mahu BN dan MN digunakan sebagai batu loncatan selama ini.

“Jangan main-main dengan BN dan MN serta jangan ingat bila ada cahaya di hujung terowong yang kerap bergerak, kita tidak mahu mana-mana pihak terhegeh-hegeh. Bukti di Slim mereka jujur dan ikhlas.”

PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandang Khushairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.

Calon BN itu berjaya mempertahankan kerusi Slim dengan majoriti 2,183 undi pada PRU14, selepas menewaskan calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim yang mendapat 6,144 undi dan calon PAS, Zulfadli Zainal dengan 4,103 undi.

Terdahulu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai MN, kerjasama rasmi antara Umno dan PAS.

Katanya, ia adalah pilihan terbaik untuk PPBM kerana penyatuan itu akan mewujudkan kestabilan politik negara

Sementara itu, Zahid memberi jaminan tidak akan ada lagi budaya lompat parti dalam kalangan pemimpin parti itu kelak.

“Kalau lompat kita cincang. Yang mana-mana yang lompat, kita minta mereka taubat.

“Kita tahu kemenangan di PRK Slim akan menjadi penanda aras PRU15 kerana saya telah memberi kuasa kepada Pemuda MN dan BN, buka sahaja atas nama gerak-gempur tetapi menjadi ejen mengundi.

“Kita ada di sini bukan kerana elaun, t-shirt dan penaja, tetapi semangat Pemuda MN dan BN. Pastikan 6 saluran di semua pusat daerah mengundi tiada siapa (anak muda) yang tertinggal.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/15/ppbm-perlu-buktikan-nilai-perkongsian-dalam-pn-di-prk-slim-kata-zahid/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/zahid-beri-amaran-kepada-ahli-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 418 hits
TAPAH Jentera parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia bergerak seiring bagi membantu perjalanan kempen calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Fa
Prk Slim Kempen Bn Masuk Quot Gear Lima Quot Zahid Hamidi

Prk Slim Kempen Bn Masuk Quot Gear Lima Quot Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 346 hits
TANJUNG MALIM Kempen Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Slim kini memasuki gear lima kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata calon BN Mohd Zaidi Aziz 43 telah diminta mempergiatkan
Mungkinkah Calon Bebas Akan Hilang Wang Pertaruhan Prk Slim

Mungkinkah Calon Bebas Akan Hilang Wang Pertaruhan Prk Slim

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 1063 hits
HAMDAN TAHACalun BEBAS yang mewakili parti baru Tun Dr M berumur 38 tahun Saya kenal atok dia dan aruah ayah dia Keluarga baik baik asal di Selabak di Teluk Intan atok dia Wak Maulut sahabat baik aruah ayah saya Ayah kepada calun muda ini u...
Petunjuk Penting Prk Slim

Petunjuk Penting Prk Slim

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 475 hits
Via WhatsApp 1 Adakah parti yg x bertanding atas kapasiti PH boleh menang 2 Sejauh mana Mahadhir faktor kemenangan geng black out 3 Sejauh mana sokongan Amanah dan Dap membawa sokongan terhadap Black out 4 Krisis dalaman antara gabungan PN ...
2000 Ahli Bersatu Melaka Pula Isytihar Keluar Parti Beramai Ramai

2000 Ahli Bersatu Melaka Pula Isytihar Keluar Parti Beramai Ramai

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 795 hits
800 total views 262 views today MELAKA Nampaknya gelombang keluar Bersatu belum reda Malam ini hampir 2 000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia pelbagai peringkat jawatan di sini pula mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta Me...
24 000 Ahli Bersatu Kelantan Bakal Keluar Parti

24 000 Ahli Bersatu Kelantan Bakal Keluar Parti

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 475 hits
FAZLI RADZI Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Sazmi Miah mendakwa seramai 24 000 daripada 42 000 ahli parti negeri itu bakal meninggalkan Bersatu dalam masa terdekat Menurutnya mereka akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air yang baha...
Pertandingan Tiga Penjuru Di Prk Dun Slim

Pertandingan Tiga Penjuru Di Prk Dun Slim

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 326 hits
TANJUNG MALIM DIKEMASKINI Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional dan dua calon Bebas Calon BN Mohd Zaidi Aziz 43 yang bertanding bagi mempertahankan...
Prk Dun Slim Spr Laksana Garis Panduan Pencegahan Covid 19 Dengan Ketat

Prk Dun Slim Spr Laksana Garis Panduan Pencegahan Covid 19 Dengan Ketat

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 327 hits
UMNO ONLINETANJUNG MALIM Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengguna pakai Garis Panduan Pencegahan COVID 19 sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim yang akan dilaksanakan dengan ketat Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata gari...
Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Misi Kemanusiaan Zizi Kirana Jarang Buat Video Call Tak Mahu Keluarga Menangis

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Recognised International Medical Degree Study Options Pathways

Barisan Peserta Coach The Chosen One Xtra

Sepanyol Ugut Boikot Piala Dunia 2026 Jika Israel Layak

Rakyat Malaysia Kumpul Sumbangan Dalam Talian Bantu Mangsa Banjir Sabah

Drama Takdir Cinta Terlarang

Pertandingan Teh Tarik King Queen Gegarkan Rasa Layan Curry Fiesta 2025