Zahid Akui Muhyiddin Miliki Majoriti Awal Jadi Pm 10 Sd Ditandatangani Mp Bn Laporan


agendaily.com
11/01/2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Foto kredit UMNO Online
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pada awalnya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memiliki majoriti untuk dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Media melaporkan Presiden UMNO itu membuat pengakuan tersebut semasa taklimat khas tertutup menjelang Perhimpunan Agung parti itu dengan menamakan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menandatangani surat akuan berkanun (SD) menyokong Muhyiddin.

Portal Berita Harian mendakwa 10 SD tersebut didedahkan Zahid sendiri semasa taklimat tersebut, malah menuduh terdapat cubaan untuk menjatuhkannya sebagai Pengerusi BN.

“Ahli Parlimen ini adalah mereka yang menyokong Muhyiddin ketika kemelut pembentukan kerajaan tercetus selepas PRU-15 lalu.

“Nama Ahli Parlimen BN yang dirujuk Zahid itu pula bukan sepenuhnya daripada UMNO, sebaliknya sebahagian mereka mewakili parti komponen BN lain.

“Mereka diminta untuk membatalkan SD ditandatangani (untuk menyokong Muhyiddin) dan semuanya akur dengan arahan itu kerana parti tidak membuat sebarang keputusan untuk menyokong sama ada PN (Perikatan Nasional) atau PH (Pakatan Harapan) ketika itu,” menurut laporan BH yang memetik sumber.

Untuk rekod, Zahid selepas PRU-15 lalu mengumumkan pendirian UMNO untuk bekerjasama dengan PH dan DAP bagi membentuk kerajaan campuran yang menyaksikan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM Ke-10.

Anwar juga sebelum ini mengakui pada pusingan awal pemilihan bakal PM-10 lalu tidak memiliki majoriti sehinggalah kemudiaannya mendapat sokongan anak muridnya itu.

“Berapa pun jumlah diperolehi, itu telah ditetapkan waktunya. Seperti mana dalam perlumbaan, dia boleh potong pusingan pertama, kita potong di pusingan ketiga, tetapi yang penting garis penamat.

“Apabila di garis penamat, saya perolehi jumlah terbesar… kerana orang beri pengakuan (Akuan Bersumpah) sebelumnya telah menarik balik (sokongan) sebelum tempoh 2 petang,” kata pada 11 Disember lalu, dua minggu selepas dilantik menjadi PM dalam satu program di Kompleks Seri Perdana.

Sekiranya laporan media ini benar, ia secara tidak langsung menunjukkan Muhyiddin sebelum ini berkata benar berhubung jumlah SD dimilikinya dan layak untuk dilantik sebagai PM-10.

Sementara itu, laporan NST pula mendakwa beberapa pemimpin utama UMNO tidak kelihatan menghadiri taklimat dengan Zahid hari ini, antaranya Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketiadaan mereka tidak disedari oleh petugas media yang membuat liputan perhimpunan empat hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula hari ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/zahid-akui-muhyiddin-miliki-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Namakan 10 Tandatangan Sd Sokong Muhyiddin Kata Sumber

Zahid Namakan 10 Tandatangan Sd Sokong Muhyiddin Kata Sumber

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 380 hits
freemalaysiatoday com January 11 2023 5 42 PMSumber berkata peserta taklimat khas mengebu 10 nama yang disebut Presiden Umno Zahid Hamidi kerana menandatangani SD menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Sumber dalaman mend...
Zahid Hamidi Dedah Nama 10 Pengkhianat Umno Bn Yang Sokong Muhyiddin Jadi Pm 10 Antaranya

Zahid Hamidi Dedah Nama 10 Pengkhianat Umno Bn Yang Sokong Muhyiddin Jadi Pm 10 Antaranya

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 301 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi semalam mendedahkan nama 10 Ahli Parlimen dari UMNO terbabit dalam Langkah St Regis untuk bersama pemimpin Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan baharu selepas tamatnya PRU15 lalu 10 individu itu bukan ...
Mp Jelebu Tandatangan Sd Sokong Muhyiddin Bukan Khianat Bn

Mp Jelebu Tandatangan Sd Sokong Muhyiddin Bukan Khianat Bn

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 287 hits
Haspaizi ZainMenandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas PRU15 bukan bermaksud mengkhianati parti jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jalaluddin Alias Sebaliknya kata Jalal...
Muhyiddin Terima Kunjungan Menteri Luar Singapura

Muhyiddin Terima Kunjungan Menteri Luar Singapura

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 239 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan 223SharesTan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan yang mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan mantan Perd...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Gobind Death In Custody Probe Delays Unacceptable

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

Roti Sardin

Hattusa Keajaiban Kota Yang Terukir Dalam Batu Dan Keheningan

Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri

Lelaki Cedera Ditarik Gajah Ke Dalam Gaung