Zahara Garden Di Gopeng Perak Harga Tiket Masuk


Zahara Garden di Gopeng, Perak – Harga Tiket Masuk
Bagi yang sedang merancang percutian bersama keluarga ke Perak, anda boleh singgah di Zahara Garden di Gopeng. 
Taman ini semakin popular sebagai lokasi ‘hidden gem’ untuk percutian santai dan juga para pencinta haiwan. 
Ada apa kat sini? Berapa harga tiket masuk ke Zahara Garden ni? 
Jom baca perkongsian di bawah!
BACA JUGA: 35 Tempat Menarik di Taiping, Perak [2025]
Zahara Garden di Gopeng, Perak Zahara Garden yang terletak di Gopeng, Perak ini adalah sebuah taman rekreasi dan juga mini-zoo yang baru dibuka setahun lalu, 26 April 2024. 
Taman ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga terutama untuk keluarga yang membawa anak kecil.
Di sini, anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan termasuklah alpaca dan juga haiwan eksotik yang jarang ditemui di Malaysia. 
Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh memberi makan dan bergambar bersama haiwan-haiwan yang ada di sini dalam suasana yang selamat. 
Menariknya lagi, taman ini juga direka dengan landskap yang cantik. Setiap sudut taman dihias dengan bunga-bungaan dan pokok-pokok yang menambah suasana tenang dan mendamaikan. 
Lokasi & Waktu Operasi Alamat: LOT 43500, KAMPUNG JELINTUH, 31600 GOPENG, PERAK Waktu Operasi: Setiap hari, 8 AM–6 PM Google Maps: https://maps.app.goo.gl/o7F5hhtGeaTxPRF79  Untuk ke sini, anda hanya perlu keluar di Tol Gopeng, kemudian teruskan perjalanan ke arah Kampung Jelintoh. Zahara Garden terletak sebelum Balai Bomba Gopeng di sebelah kanan jalan.
Bagi yang menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze, hanya masukkan kata kunci “Zahara Garden Gopeng” untuk rujukan lokasi yang tepat. Tempat letak kereta juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. 
Tiada perkhidmatan pengangkutan awam terus, jadi sebaiknya merancang melalui Grab atau sewa kenderaan jika tiada pengangkutan sendiri.
Harga Tiket  Harga tiket masuk ke Zahara Garden adalah sangat berpatutan dan mesra keluarga:
Dewasa: RM25 Kanak-kanak (bawah 12 tahun) & Warga Emas (atas 70 tahun): RM15 Diskaun: Warga emas mendapat harga istimewa RM20 jika berumur lebih 70 tahun. Tiket boleh dibeli secara walk-in di kaunter masuk. Harga ini termasuk akses ke semua kawasan taman, haiwan dan aktiviti asas seperti zon mewarna untuk kanak-kanak. 
Namun, sesetengah aktiviti seperti Flying Fox mungkin dikenakan caj tambahan.
Kemudahan Zahara Garden menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung. Antaranya ialah:
Tempat letak kereta yang luas dan mudah diakses. Kafe dan gerai makanan yang menawarkan pelbagai pilihan minuman serta makanan ringan seperti waffle. Anda juga dibenarkan membawa makanan dari luar untuk berkelah di kawasan yang disediakan. Zon mewarna untuk kanak-kanak. Tandas awam yang bersih dan terjaga. Tempat duduk dan gazebo di sekitar taman untuk berehat. Laluan pejalan kaki yang selamat dan sesuai untuk stroller bayi. Apa yang Menarik di Zahara Garden di Gopeng, Perak? 1. Ada Alpaca!
Salah satu tarikan utama di Zahara Garden adalah kehadiran alpaca. Pengunjung boleh berinteraksi secara dekat, memberi makan, menyentuh dan bergambar dengan haiwan comel ini. 
Pengalaman ini pasti sangat menyeronokkan terutama untuk kanak-kanak dan mereka yang pertama kali melihat alpaca secara langsung. 
2. Mini Zoo dengan Pelbagai Haiwan Jinak
Selain alpaca, taman ini turut menempatkan beberapa jenis haiwan lain seperti arnab, ayam, merpati, burung merak, biri-biri dan beberapa haiwan lain lagi. 
Pengunjung boleh membeli makanan haiwan yang ada dijual di sini dan memberi makan haiwan-haiwan secara langsung. 
3. Port Bergambar ‘Instagrammable’
Zahara Garden juga terkenal dengan sudut-sudut bergambar yang cantik dan kreatif. Setiap kawasan taman dihias dengan bunga-bungaan berwarna-warni, landskap menarik dan dekorasi yang unik. Memang “instagrammable”!
4. Aktiviti Flying Fox 
Bagi pengunjung yang sukakan aktiviti lasak, Zahara Garden menyediakan aktiviti Flying Fox. Aktiviti ini dikawal selia dengan baik dan sesuai untuk semua peringkat umur. 
5. Aktiviti Kreatif untuk Kanak-kanak
Selain memberi makan haiwan, terdapat juga bilik khas untuk aktiviti mewarna yang berhawa dingin. Kanak-kanak boleh meluangkan masa dengan aktiviti kreatif ini sementara ibu bapa berehat. Ini adalah nilai tambah yang jarang ada di taman rekreasi lain.
Kenapa Kena Ke Sini? Boleh berinteraksi bersama alpaca dan haiwan-haiwan jinak yang lain.  Destinasi mesra keluarga dengan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur.  Banyak port bergambar cantik untuk kenangan dan perkongsian di media sosial. Suasana taman yang tenang dan pemandangan indah sesuai untuk ‘healing’ dan melarikan diri dari tekanan harian. Kemudahan lengkap dan harga tiket yang berpatutan.  Maklumat Lanjut Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai Zahara Garden Gopeng, Perak melalui:
Laman web: https://zaharagarden.com/ Facebook: Zahara Garden  Whatsapp : 0175646741

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tiket-masuk-zahara-garden-perak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tiket-masuk-zahara-garden-perak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Botani Diraja Johor Tempoh Percubaan Harga Tiket Masuk

Taman Botani Diraja Johor Tempoh Percubaan Harga Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 141 hits
Taman Botani Diraja Johor Tempoh Percubaan Harga Tiket Masuk Taman Botani Diraja Johor kini dibuka kepada orang ramai bermula 15 Julai 2025 secara rasmi dalam tempoh percubaan Tempoh percubaan ini bertujuan memberi peluang kepada orang rama...
Windmill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025

Windmill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 264 hits
WindMill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025 WindMill Fun Park satu lagi taman tema di Malaysia yang patut masuk ke dalam senarai ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil Taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan menarik terma...
Elite Gigih Masuk Kelas Vokal Netizen Puji Betul Betul Prepare Ok Boleh Beli Tiket

Elite Gigih Masuk Kelas Vokal Netizen Puji Betul Betul Prepare Ok Boleh Beli Tiket

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 175 hits
Baru baru ini melalui platform TikTok tular video memaparkan beberapa ahli kumpulan Elite menghadirkan diri ke kelas vokal bagi persiapan konsert sulung yang bakal berlangsung pada bulan September nanti Masuk kelas vokal demi konsert sulung...
G Dragon Benarkah Dia Jadi Penyanyi Utama Tiket Festival Top 1 Dikenakan Harga Melampau Netizen Berdebat

G Dragon Benarkah Dia Jadi Penyanyi Utama Tiket Festival Top 1 Dikenakan Harga Melampau Netizen Berdebat

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 145 hits
Festival MADLY MEDLEY Tiket RM28 000 Jadi Tumpuan Netizen Terkejut Ketika diumumkan festival dua hari MADLY MEDLEY yang akan berlangsung di Paradise City di Incheon pada Oktober 2025 menarik perhatian ramai kerana barisan artisnya yang meng...
Mocity Cosmic Park Melaka Tarikan Waktu Operasi Dan Harga Tiket

Mocity Cosmic Park Melaka Tarikan Waktu Operasi Dan Harga Tiket

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 162 hits
MoCity Cosmic Park Melaka merupakan satu tarikan taman tema keluarga terbaharu yang terletak di Pantai Klebang Menawarkan keseronokan menerusi pelbagai aktiviti hiburan dan permainan arked indoor lokasi ini bakal menjanjikan kenangan indah ...
Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 251 hits
Gunung Rinjani yang terletak di Pulau Lombok Nusa Tenggara Barat Indonesia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan cabaran pendakian yang menarik Namun begitu beberapa bulan yang lepas ...
Ejen Pelancongan Jepun Aktif Di Group Facebook Ditahan Polis Pukul Amp Ugut Rakan Gara Gara Masuk Kawasan Monopoli

Ejen Pelancongan Jepun Aktif Di Group Facebook Ditahan Polis Pukul Amp Ugut Rakan Gara Gara Masuk Kawasan Monopoli

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 113 hits
Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang juga ejen pelancongan ditahan polis selepas disyaki mengugut dan mencederakan pasangan suami isteri ketika berada di Jepun Januari lalu Suspek diberkas di sebuah restoran di Sepang sekitar jam 5...
Roboteksi Baidu Masuk Pasaran Antarabangsa Melalui Uber

Roboteksi Baidu Masuk Pasaran Antarabangsa Melalui Uber

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 123 hits
Baidu dan Uber mengumumkan kerjasama strategik untuk melancarkan teksi tanpa pemandu Apollo Go di platform Uber bermula tahun ini di beberapa pasaran luar Amerika Syarikat termasuk Asia dan Timur Tengah Kerjasama jangka panjang ini bakal me...
Kera Liar Tiba Tiba Masuk Dalam Rumah Cuba Culik Baby Depan Tv

Kera Liar Tiba Tiba Masuk Dalam Rumah Cuba Culik Baby Depan Tv

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 116 hits
Detik mencemaskan sebuah keluarga apabila seekor kera liar menceroboh masuk ke rumah mereka dan cuba mengangkat seorang bayi telah tular di media sosial Kejadian yang dirakam oleh pengguna TikTok yanarahman1231 itu telah menarik perhatian r...
Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Panduan Semakan Wang Yang Tidak Dituntut Online

Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden

Empat Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetung Ketika Pemeriksaan Paip Kumbahan

El Paso Wrongful Death Lawyer Seeking Justice For Your Loved One

Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2025 2026

Cara Dapatkan Bantuan Subsidi Madani Rahmah Panduan Terkini

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mat Rempit Crash Triggers 3 Car Pileup On Guthrie Corridor Expressway

No Sympathy For Mat Rempit Perished In Illegal Race For They Got What They Deserved

What Is So Special About Tourism Investment Zones

Pengalaman Bazar Buku Antarabangsa Johor

Drama Empat Gol Mu Ditahan Everton 2 2 Di Premier League Summer Series 2025

Jumpa Gerai Makan Pamilaan Tenom Sabah