Za Ba Berjuang Menerusi Penulisan Bermula Guna Pelepah Pisang


JEMPOL, 25 JULAI: Pendeta Za’ba cukup dikenali sebagai seorang sasterawan, ahli bahasa, ahli falsafah, tokoh politik dan pemikir ekonomi yang banyak memberi sumbangan besar kepada kemajuan bangsa dan negara.
Bahkan, pemilik nama sebenar Tan Sri Zainal Abidin Ahmad itu tidak lelah menyuntik semangat juang anak bangsa ketika memperjuangkan kemerdekaan negara dan banyak hasil penulisannya masih kekal segar sehingga kini.
Menceritakan perihal tokoh berkenaan, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Dr Shamsuddin Ahmad dalam satu temu bual bersama Bernama baru-baru ini berkata ketokohan Pendeta Za’ba bermula daripada penulisan di atas pelepah pisang.
“Sejak kecil Pendeta Za’ba suka menulis di atas pelepah pisang menggunakan ranting kayu yang dijadikan sebagai pensel, ayahnya yang memerhati dari jauh mendapati anaknya itu boleh menulis lalu menghadiahkan sekeping batu kepadanya.
“Bermula daripada sekeping kalam batu itulah Pendeta Za’ba mula belajar menulis tulisan jawi dan mengasah bakatnya dalam penulisan,” katanya dan menambah kalam batu berusia lebih 100 tahun dibingkaikan dengan kayu itu boleh disaksikan di ruang pameran Teratak Za’ba di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir di sini.
Rentetan peristiwa itu, pemikiran tokoh berkenaan yang jauh melangkaui zamannya serta berfikiran luar daripada kebiasaan berbanding kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu, menjadi pencetus semangat kepadanya untuk menghasilkan penulisan yang membawa kesedaran betapa pentingnya ilmu dan pendidikan kepada kemajuan rakyat.
Penulisan yang dihasilkan itu turut disiarkan di akhbar dan majalah tempatan seperti Utusan Melayu dan Lembaga Melayu malah beliau turut menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu.
Dilahirkan pada 16 Sept 1895 di Kampung Bukit Kerdas, iaitu kira-kira 62 tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendeta Za’ba yang mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Batu Kikir, Jempol pada 1907 kata Shamsuddin, merupakan seorang yang lantang memberi kritikan terhadap pentadbiran kolonial Inggeris.
“Beliau juga turut terlibat dalam kegiatan politik bagi menyatukan suara-suara orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.
“Pendeta Za’ba pernah dilantik menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor dan bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya, kemudian lahirnya Umno.
“Melalui usaha ini, kewujudan suara orang Melayu dapat disatukan di bawah satu pertubuhan bagi menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris,” kata Shamsuddin.
Beliau berkata keperibadian tokoh yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu yang amat mencintai bidang keilmuan, turut menyumbang kepada wujudnya sistem bahasa Melayu moden sebagai wadah kepada penyatuan semangat perpaduan negara.
“Sumbangan beliau dalam bahasa Melayu moden membuahkan hasil apabila sistem pendidikan kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sekali gus menjadikan ia sebagai bahasa pengantara dan perpaduan,” katanya.
Merupakan antara sebilangan kecil anak Melayu yang berasal dari kampung namun berjaya menempatkan diri dalam bidang profesional, Pendeta Za’ba memulakan kerjaya sebagai guru di English College, Johor Bahru pada 1916 sebelum bertukar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak pada 1918.
Beliau kemudiannya menjadi pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental dan African Studies di University of London pada 1947 sebelum menjadi Pensyarah Kanan dan juga Ketua Jabatan Pengajian Melayu pertama di Universiti Malaya, Singapura pada 1953.
Pendeta Za’ba meninggal dunia ketika berusia 78 tahun pada 23 Okt 1973.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/zaba-berjuang-menerusi-penulisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ukiran Patung Dari Pisang Guna Pencungkil Gigi

Ukiran Patung Dari Pisang Guna Pencungkil Gigi

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 305 hits
Seorang tukang elektrik Keisuke Yamada membuat patung dari pisang untuk mengisi masa lapang Semuanya bermula apabila Yamada berfikir bahawa pasti akan menyenangkan jika membuat patung dari buah buahan kemudian Ia mula memuat patung pertama ...
Hanya Guna Wallpaper Dapur Wanita Ini Terus Berubah Jadi Cantik

Hanya Guna Wallpaper Dapur Wanita Ini Terus Berubah Jadi Cantik

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 1069 hits
Setiap wanita pastinya mengimpikan ruang dapur yang kemas cantik dan bersih supaya boleh memasak dengan tenang dan gembira Sekiranya mahu ubah suai ruang dapur tidak semestinya memerlukan bajet yang besar Jika anda kreatif dan bijak bajet y...
Bekalan Air 74 Kawasan Pulih Guna Secara Berhemah

Bekalan Air 74 Kawasan Pulih Guna Secara Berhemah

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 251 hits
SHAH ALAM 15 JULAI Agihan bekalan air di 74 kawasan pulih sepenuhnya manakala 216 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan sehingga jam 9 malam tadi Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor berkata berdasarkan peratusan pemulihan ...
Resipi Bubur Ayam Sedap Ala Mc D Guna 5 Bahan Je Hidangan Seisi Keluarga Anak Makan Bertambah Tambah

Resipi Bubur Ayam Sedap Ala Mc D Guna 5 Bahan Je Hidangan Seisi Keluarga Anak Makan Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 345 hits
Makanan seperti bubur memang digemari oleh anak anak terutamanya yang masih kecil Tambah pula bubur yang macam jual dekat restoran makanan segera seperti Mcdonald s Ada kalanya bila nak beli bubur tu sold out Jadi kalau nak makan seisi kelu...
Hukum Baca Quran Guna Pembesar Suara Pada Malam Hari

Hukum Baca Quran Guna Pembesar Suara Pada Malam Hari

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 278 hits
Apakah hukum baca Quran guna pembesar suara pada malam hari Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Apakah hukumnya masjid memasang rakaman bacaan Qu...
Guna Rambut Untuk Pancing Ikan

Guna Rambut Untuk Pancing Ikan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 259 hits
Bergembirahlah apabila anda lelaki berambut panjang Mahkota kepala tersebut ternyata boleh digunakan untuk mencukupi keperluan hidup Contohnya pelajar yang berasal dari Amerika Syarikat ini dengan mudah sekali pancing ikan dengan rambutnya ...
Guna Sekuat Tenaga Selamatkan Anak Tapi Tidak Sempat Selamatkan Diri Naya Rivera Akhirnya Ditemui Mati Lemas

Guna Sekuat Tenaga Selamatkan Anak Tapi Tidak Sempat Selamatkan Diri Naya Rivera Akhirnya Ditemui Mati Lemas

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 220 hits
Seminggu yang lalu bekas pelakon siri muzikal Glee Naya Rivera dilaporkan hilang di Tasik Piru di Selatan California Menurut laporan media dia dan anaknya Josey Hollis Dorsey dikatakan bersiar siar dengan bot yang disewa sebelum anaknya dit...
Tiada Guna Jadi Pembahas Parlimen Yang Baik

Tiada Guna Jadi Pembahas Parlimen Yang Baik

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 143 hits
Kredit Zola Terbaca beberapa posting yang melintas berkaitan beberapa pihak yang kagum dengan ucapan orang itu dan orang ini di Parlimen Pembahas dipuji kerana perbahasannya bagus sebagai pembangkang Hujahnya sebagai pembangkang mantap dan ...
Lelaki Ini Diy Pintu Kabinet Dapur Guna Wallpaper Je Berubah Macam Baru Beli

Lelaki Ini Diy Pintu Kabinet Dapur Guna Wallpaper Je Berubah Macam Baru Beli

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 441 hits
Pasti ramai terutamanya para wanita yang berkeinginan untuk mengubah suai ruang dalam kediaman tetapi tidak mahu mengeluarkan bajet yang banyak Apa kata kita deko sendiri Mungkin ambil masa yang banyak untuk disiapkan tapi percayalah hasiln...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch