Youtuber Terkenal Sugu Pavithra Akan Diiktiraf Ikon Anak Bandar Raya Ipoh


IPOH, 20 Julai — Pengguna Youtube sensasi, S. Pavithra akan menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada tahun depan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata pengiktirafan itu diberikan kepada Pavithra, 28, anak kelahiran Buntong di sini, kerana sering memuat naik video masakan bersama suaminya, M. Sugu di saluran YouTube sehingga dikenali ramai serta menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Setiap anak bandar raya Ipoh kita akan bagi pengiktirafan seperti Tan Sri Michelle Yeoh sebelum ini. MBI ikhlas memberikan pengiktirafan ini kepada Pavithra kerana berjaya dikenali ramai dan resepi masakan mereka menjadi ikutan ramai ketika ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Rumaizi berkata MBI telah mengenal pasti 100 individu daripada pelbagai latar belakang termasuk Pavithra, antaranya usahawan, penggiat seni, penjawat awam, agamawan serta golongan pendidik yang akan menerima pengiktirafan itu.
“Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-32 pada tahun ini tidak dapat diadakan disebabkan penularan COVID-19, kita akan meraikan kesemua ikon ini pada sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada tahun depan.
Sebagai permulaan, katanya seramai 10 anak kelahiran Ipoh yang banyak memberi sumbangan dan mendapat pelbagai pengiktirafan dalam negara serta antarabangsa, akan diumumkan secara berperingkat.
Sementara itu, Pavithra, ibu kepada dua anak, merakamkan penghargaan kepada MBI yang memilih beliau untuk menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya dan suami selama ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berjumpa Datuk Bandar di pejabatnya, hari ini.
Pasangan suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ di saluran YouTube sering kali memuat naik video masakan menggunakan Bahasa Melayu dan diikuti oleh pelbagai kaum daripada segenap lapisan umur termasuk dari luar negara.
Sumber: Bernama
The post Youtuber Terkenal, Sugu Pavithra Akan Diiktiraf Ikon Anak Bandar Raya Ipoh appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/20/youtuber-terkenal-sugu-pavithra-akan-diiktiraf-ikon-anak-bandar-raya-ipoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mbi Jelaskan Pavithra Terima Anugerah Kerana Dia Ikon Hanya Untuk Anak Kelahiran Ipoh

Mbi Jelaskan Pavithra Terima Anugerah Kerana Dia Ikon Hanya Untuk Anak Kelahiran Ipoh

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 223 hits
Semalam kita dikejutkan dengan penahan reman 3 hari seorang suami kepada Youtuber masakan terkenal apabila dikatakan telah memukul isterinya dan dilihat membawa sabit masuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam keadaan mabuk BACA Su...
Hiburan Youtuber Kandungan Memasak Popular Diserang Suami Mabuk Netizen Petik Nama Sugu Pavithra

Hiburan Youtuber Kandungan Memasak Popular Diserang Suami Mabuk Netizen Petik Nama Sugu Pavithra

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 324 hits
Kecoh media sosial apabila seorang lelaki yang merupakan suami kepada pemilik akaun Youtube terkenal dek kerana resipi masakannya dikatakan telah ditahan kerana menyerang isterinya kelmarin Pihak polis juga telah mengesahkan lelaki tersebut...
Youtuber Sugu Pavithra Tergamam Pertama Kali Jumpa Muhyiddin

Youtuber Sugu Pavithra Tergamam Pertama Kali Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 374 hits
PAVITHRA tak masak ke tanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pasangan Sugu Pavithra namun sapaan begitu mudah kelihatan amat sukar sekali untuk dibalas pasangan YouTuber yang cukup dikenali seantero Malaysia itu kerana terlal...
Anugerah Berkenaan Untuk Anak Kelahiran Ipoh Sahaja Pegawai Majlis Bandaraya Ipoh Perjelas Isu Pavithra

Anugerah Berkenaan Untuk Anak Kelahiran Ipoh Sahaja Pegawai Majlis Bandaraya Ipoh Perjelas Isu Pavithra

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 229 hits
Panas sebelum ini apabila suami kepada YouTuber terkenal Pavithra bertindak memukul YouTuber berkenaan selepas berang namanya tidak disebut dalam satu pengiktirafan khas Tindakan berkenaan menyebabkan dia tahan polis bagi membantu siasatan ...
Suami Youtuber Masakan Di Tahan Sugu Pavithra Update Status Terbaru

Suami Youtuber Masakan Di Tahan Sugu Pavithra Update Status Terbaru

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 739 hits
Suami Youtuber Masakan Di Tahan Sugu Pavithra Update Status TerbaruSUAMI kepada Youtuber masakan terkenal dikenakan tahanan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh
Video Terakhir Youtuber Masakan Sugu Pavithra Sebelum Suami Di Tahan

Video Terakhir Youtuber Masakan Sugu Pavithra Sebelum Suami Di Tahan

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 553 hits
Video Terakhir Youtuber Masakan Sugu Pavithra Sebelum Suami Di TahanVideo terakhir yang dikongsi di YouTube mereka empat hari lalu
Hiburan Sugu Pavithra Enggan Terima Sebarang Anugerah Akui Mahu Fokus Kendali Video Masakan Sahaja Selepas Ini

Hiburan Sugu Pavithra Enggan Terima Sebarang Anugerah Akui Mahu Fokus Kendali Video Masakan Sahaja Selepas Ini

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 294 hits
Susulan perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga mereka selepas pengiktirafan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 tempoh hari pasangan Youtuber sensasi S Pavithra dan M Sugu enggan menerima sebarang penganugerahan ikon Menurut Pavit...
Sugu Pavithra Nak Mulakan Hidup Baru Tak Mahu Apa Apa Anugerah Lagi

Sugu Pavithra Nak Mulakan Hidup Baru Tak Mahu Apa Apa Anugerah Lagi

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 300 hits
Sebelum ini M Sugu didakwa mencederakan S Pavithra hanya disebabkan namanya tidak disebut ketika menerima anugerah Ikon bandaraya Ipoh beberapa hari lepas A post shared by on Jul 24 2020 at 2 34am PDT Maafkan suamiNamun hari ini Pavithra te...
Hiburan Sugu Pavithra Padam Kesemua Video Daripada Youtube Netizen Luah Rasa Sedih

Hiburan Sugu Pavithra Padam Kesemua Video Daripada Youtube Netizen Luah Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 386 hits
Beberapa hari ini heboh apabila Youtuber terkenal iaitu S Pavithra dikatakan telah diserang oleh suaminya sendiri iaiatu M Sugu Melihatkan perhubungan suami isteri itu yang ceria di dalam video masakan mereka nyata membuatkan peminat terkej...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment