Yik Dah Ada Calon Mudir Ganti Nik Omar


N Faizal Ghazali      
Yayasan Islam Kelantan (YIK) sudah mempunyai calon untuk dilantik menjadi mudir Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka bagi menggantikan penyandang, Nik Omar Nik Abdul Aziz

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini malam tadi.

"Ya, dah ada cadangan (mudir baru) daripada YIK," katanya ketika ditanya mengenai proses pengambilalihan sekolah berkenaan.

Maahad Darul Anuar ialah sekolah agama diasaskan oleh bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1963.

Ia dilihat sebagai salah satu legasi penting Nik Abdul Aziz.

Terletak kira-kira 9km dari pusat bandar Kota Bharu Maahad Darul Anuar menjadi perhatian baru-baru ini apabila ada usaha meletakkan sekolah tersebut di bawah kendalian YIK.

Sebelum ini maahad terbabit dikendalikan secara persendirian.

Nik Omar terima wasiat
Khabar itu berlaku selepas Nik Omar bertindak meninggalkan PAS dan menjadi calon Amanah semasa PRU ke-14 lalu.

YIK pula bersetuju mengambil alih pengurusan Maahad Darul Anuar selepas menerima permohonan organisasi keluarga Nik Abdul Aziz, Keluarga Besar Nikmatillah, yang mendakwa menjadi pemegang amanah.

Nik Omar bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan menyerahkan mandat sebagai pemegang amanah Maahad Darul Anuar kepada mana-mana pihak.
Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka"Apabila saya diamanahkan wasiat dan mandat itu pada 2008 oleh allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, saya terima dengan rasa tanggungjawab kerana minat yang mendalam dalam bidang pendidikan.

"Kesimpulannya, saya sebagai penerima wasiat dan pemegang amanah tidak terlintas untuk menyerahkan mandat kepada sesiapa, dan saya akan terus melangkah untuk memastikan impian saya dan tuan guru terlaksana," katanya.

Nik Omar juga menegaskan permohonan Keluarga Besar Nikmatillah supaya Maahad Darul Anuar diuruskan Yayasan dibuat tanpa mengikut saluran yang betul.
Mohamed FadzliSebagai pengerusi ahli lembaga dan pemegang amanah Maahad Darul Anuar, kata Nik Omar, pihaknya tidak pernah membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan dan pentadbiran sekolah agama terbabit kepada YIK.

Sementara itu, Mohamed Fadzli ketika ditanya siapa bakal menggantikan tempat Nik Omar berkata, cadangan YIK itu adalah ahli keluarga Nik Abdul Aziz juga.

"Insya-Allah, mudir daripada kalangan ahli keluarga tok guru juga," katanya ringkas ketika ditemui pada program Ceramah Roadshow Himpunan Bantah Icerd, di Machang, malam tadi.

Sementara itu, difahamkan YIK kini sedang menunggu masa sesuai bagi memperkenalkan pengetua baru untuk Maahad Darul Anuar dalam usaha mengambil alih sekolah tersebut.

Semalam tersebar khabar kononnya pegawai YIK akan datang ke sekolah agama terbabit untuk memperkenalkan calon mudir baru

Bagaimanapun difahamkan wakil Nik Omar meminta kedatangan itu ditangguhkan sehingga semua pelajar yang terbabit dalam peperiksaan selesai menjalankan tanggungjawab masing-masing

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi daripada Nik Omar berhubung perkara itu

Untuk rekod Nik Omar kini sedang berada di luar negara




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/yik-dah-ada-calon-mudir-ganti-nik-omar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usaha Kucar Kacirkan Maahad Darul Anuar Berniat Jahat Ustaz Nik Omar

Usaha Kucar Kacirkan Maahad Darul Anuar Berniat Jahat Ustaz Nik Omar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 301 hits
Pengetua Maahad Darul Anuar Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan usaha pihak tertentu untuk mengucar kacirkan sekolah tersebut sebagai berniat jahat Katanya ketika segala persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan 2019 berjalan tidak dinaf...
Nik Amar Tinggalkan Himpunan Icerd Husam Sanggup Belanja

Nik Amar Tinggalkan Himpunan Icerd Husam Sanggup Belanja

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 194 hits
Himpunan ICERD Husam sanggup bayar asal Nik Amar turun himpunan tunda ke Mekah Foto Utusan Malaysia oleh Shahbudin Husin Sejujurnya memang tidak patut tidak patut dan sama sekali tidak patut bagi Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Na...
Dahsyat Lihat Mp Jelutong Mp Padang Serai Bangun Memuji Almarhum Tuan Guru Nik Aziz

Dahsyat Lihat Mp Jelutong Mp Padang Serai Bangun Memuji Almarhum Tuan Guru Nik Aziz

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 511 hits
Dahsyat Lihat Mp Jelutong Mp Padang Serai Bangun Memuji Almarhum Tuan Guru Nik Aziz
Isu Khitan Bayi Perempuan Nik Amar Yang Tidak Faham Atau Kak Wan

Isu Khitan Bayi Perempuan Nik Amar Yang Tidak Faham Atau Kak Wan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 501 hits
TMB Kelantan Nik Amar di dalam kenyataannya merasa kesal kerana isu khitan bayi perempuan ini menjadi satu isu besar sehingga melibatan TPM Kak Wan turut campurtangan Menurut beliau isu Khitan ini tidak seharusnya timbul kerana sejak sekian...
Pn Surabaya Kembali Tangani Permohonan Ganti Identitas Kelamin

Pn Surabaya Kembali Tangani Permohonan Ganti Identitas Kelamin

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 168 hits
Kalau hakim yakin dan sesuai ketentuan akan dikabulkan Kalau tidak yakin ya akan ditolak jelas Sigit
Kerja Ganti Papan Tanda Bahasa Cina Sedang Dilakukan Mbsa

Kerja Ganti Papan Tanda Bahasa Cina Sedang Dilakukan Mbsa

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 318 hits
SHAH ALAM Kerja kerja menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat demikian menurut Majlis Bandaraya Shah Alam Dalam satu kenyataan di sin...
Gerindra Minta Kpu Buka Kode Bintang Di Nik Pemilih Dalam Dpt

Gerindra Minta Kpu Buka Kode Bintang Di Nik Pemilih Dalam Dpt

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 221 hits
Demi transparansi dan menghindari penggelembungan pemilih kami minta agar KPU membuka kode bintang pada NIK pemilih yang tercantum dalam DPT kata Habiburokhman dalam keterangannya Selasa
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord