Yeay Menang Pingat Perak Taekwondo Poomsae Championship


Alhamdulillah.. Khair berjaya memenangi tempat ke-2 dalam 7th SVLT Taekwondo Poomsae Championship 2019. Senyum lebar dia masa naik podium dan terima medal. Saat yang membanggakan buat aku dan isteri. Kiranya secara rasminya ahad lepas dah boleh tutup cerita kekalahan masa join Kejohanan Taekwondo Poomsae di Putrajaya beberapa bulan yang lalu. Hahaha. Dah menang pingat perak, katanya kena hormat dia sekarang. Apa-apa yang dia request kena bagi. Hamboi.. macam bos. Over benor. Hahaha.
Well.. untuk makluman, ini adalah kali ke-2 aku hantar Khair untuk libatkan diri dalam kejohanan Taekwondo. Kedua-dua kejohanan yang Khair join adalah kejohanan Poomsae dimana ia bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan peserta-peserta dalam menguasai Taekwondo Poomsae (pattern, bentuk pergerakan) mengikut gred masing-masing.
Kalau dalam kejohanan pertama yang Khair pernah sertai dulu, dia kalah awal dalam pusingan saringan Taekwondo Pomsae untuk kategori pemegang tali pinggang kuning (yellow belt) kerana kurang berpengalaman dan masih lagi cuak-cuak. Tapi untuk entry kali ini dia didaftarkan bawah kategori 7-8 tahun untuk tali pinggang hijau (green belt).
Secara jujurnya walaupun Khair dah hafal semua step, aku sebenarnya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk dia menang, kerana fokus utama aku membenarkan dia menyertai kejohanan ini adalah supaya dia dapat didedahkan dengan persekitaran yang lebih agresif, serta meningkatkan kemahiran kognitif dan menjadi seorang yang lebih berdaya bersaing sekiranya ingin menang.
Seawal jam 8.00 pagi aku sekeluarga dah tercongok didewan kejohanan. Dan mengikut kiraan kasar yang dibuat, seramai lebih kurang 100 peserta yang menyertainya dengan pelbagai peringkat umur.
Selesai pendaftaran dibuat, aku sebagai daddy yang cakna tentang anak-anak, dah tentu akan duduk berdekatan untuk memberikan moral support. Dan berkali-kali juga aku mengingatkan dia supaya jangan lupa step, tendang tinggi-tinggi untuk collect point banyak dan yang paling penting.. jangan terikut-ikut apa yang peserta lain buat. Sebabnya dalam kejohanan yang dulu, antara penyebab utama kekalahan Khair adalah kerana dia ikut orang lain buat step yang salah. Sampaikan bila aku dah pesan banyak-banyak kali.. dia marah aku balik sebab pesan benda yang sama berulang-ulang. Hahaha.
Dalam jam 9.00 pagi kejohanan dimulakan dengan pemegang tali pinggang kuning mempersembahkan dahulu gerakan poomsae masing-masing didepan pengadil. Kemudian diikuti dengan pemegang tali pinggang hijau, biru, merah dan hitam. So bila dah ramai macam ni.. bermaca-macam jenis pattern yang boleh ditonton, tak kurang juga ada yang terlupa step. Hohoho.
So bagi Khair, dia kena perform Taegeuk 3. Dan secara keseluruhannya ada 20 step yang perlu dipersembahkan depan judges. Dan syukur.. satu step pun dia tak buat salah.
[embedded content]Fuh.. masa ni bila tengok Khair perform depan judges, jujur daddy senyum sorang-sorang masa rekod video. Rasa bangga kejap sebab dalam masa yang singkat Khair dapat hafal semua step walhal dia baru je dapat naik ke tali pinggang hijau penghujung bulan Julai tempoh hari (bulan September dah la banyak kali tak dapat hadir latihan sebab masalah jerebu yang teruk).
Kejohanan tamat dalam jam 1.00 petang apabila kesemua peserta selesai mempersembahkan poomsae masing. Selain Khair diumumkan sebagai pemenang pingat perak untuk kategori yang dia sertai, saat lebih manis apabila sekolah Khair juga telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan 7th SVLT Taekwondo Poomsae Championship 2019.
So, anak-anak murid dapat bawak balik medal. Sekolah pulak dapat bawak balik piala. Fewitttt.

Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/10/yeay-menang-pingat-perak-taekwondo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penuntut Uthm Memenangi Pingat Perak Pertandingan Doha Oasis For Innovation

Penuntut Uthm Memenangi Pingat Perak Pertandingan Doha Oasis For Innovation

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 323 hits
QATAR Bersempena pemilihan Doha sebagai OIC Islamic Youth Capital 2019 kerajaan Qatar telah menganjurkan pelbagai program khusus untuk belia Islam di seluruh dunia Antara yang baharu sahaja berlangsung adalah Doha Oasis for Innovation anjur...
Taekwando Poomsae Demontration Championship 2019

Taekwando Poomsae Demontration Championship 2019

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 402 hits
Assalammualaikum Dunia Congrats dak Abang Kejadian hari Jumaat 11 October 2019 Jom tengok apa yang ado Nie kepala ada senget sikit Nie baru tegak kepala nyer Ini adalah first time masuk competition alhamdulillah dapat Perak Cikbunga tak pi ...
Pilihan Raya Negeri Perak Palsu Spr

Pilihan Raya Negeri Perak Palsu Spr

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 276 hits
Desas desus kononnya kerajaan Pakatan Harapan negeri Perak berada dalam keadaan tidak stabil dan pilihan raya negeri akan diadakan pada bila bila masa adalah tidak benar Perkara itu ditegaskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming keti...
Asal Dap Bermasalah Kononnya Prn Perak Kononnya

Asal Dap Bermasalah Kononnya Prn Perak Kononnya

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 307 hits
Polis Perak akan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Pilihan Raya Negeri Perak diadakan pada bila bila masa Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain Abd Rasid berkata bagaimanapun pihaknya tidak nampak kem...
Spr Nafi Dakwaan Pilihan Raya Negeri Di Perak Nasihatkan Media Rujuk Dulu Sebelum Sebar Berita

Spr Nafi Dakwaan Pilihan Raya Negeri Di Perak Nasihatkan Media Rujuk Dulu Sebelum Sebar Berita

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 339 hits
Berita yang tular di media sosial mengenai dakwaan Pilihan Raya Negeri akan diadakan di negeri Perak tidak lama lagi adalah tidak benar Terkini satu kenyataan media dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tentang penafian dakwaan...
Dap Bergolak 8 Adun Keluar Parti Berlaku P Raya Di Perak

Dap Bergolak 8 Adun Keluar Parti Berlaku P Raya Di Perak

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 524 hits
Politik Perak Bergolak Beberapa Adun DAP Keluar PartiPOLITIK Perak kembali bergolak selepas tersebar berita beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri DAP mengambil keputusan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan merek...
Exco Perak Minta Ipt Jelaskan Jemputan Kepada Astora Jabat

Exco Perak Minta Ipt Jelaskan Jemputan Kepada Astora Jabat

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 339 hits
MALAYSIAKINI Tindakan sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini yang menjemput penulis kontroversi Astora Jabat menyampaikan ucapan dalam sebuah program baru baru ini adalah di luar pengetahuan kerajaan Perak Pengerusi Jawatankuasa Ag...
Tempat Makan Best Di Ipoh Perak

Tempat Makan Best Di Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 889 hits
Tempat Makan Best di Ipoh Perak l Assalamualaikum Siapa orang Ipoh angkat tangan Ana bukan orang Ipoh tapi suka pergi Ipoh Rugi siapa tak pergi sini sebab kalau korang nak tau Ipoh telah disenaraikan sebagai 10 destinasi di Asia yang wajib ...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Tidak Dedah Aib Pasangan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cerita Menjelang Syawal 2025

Larangan Semasa Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024 2025

Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh Barulah Tenang Nak Keluar Rumah

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya