Exco Perak Minta Ipt Jelaskan Jemputan Kepada Astora Jabat


MALAYSIAKINI


   
Tindakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini yang menjemput penulis kontroversi, Astora Jabat menyampaikan ucapan dalam sebuah program baru-baru ini, adalah di luar pengetahuan kerajaan Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak Asmuni Awi berkata pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) serta Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) juga tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan IPT mengenai jemputan itu.

"Saya mendapat tahu mengenai perkara itu selepas isu itu tular di media sosial dan saya ada bertanya kepada persatuan akademik IPT tersebut dan ternyata mereka pun tidak tahu menahu mengenai jemputan Astora ke IPT berkenaan.

"Saya mahu TNC (Timbalan Naib Canselor) IPT tersebut bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung isu tersebut," katanya ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri Perak tahun 2019 yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Asmuni berkata pihaknya akan menemui pengurusan IPT terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.

"Kita sudah menyatakan sebarang ceramah agama mestilah mereka yang ada tauliah, kalau tidak ada tauliah mesti ada kebenaran dan permohonan yang diluluskan (pihak berkaitan) barulah dia boleh sampaikan sesuatu ceramah atau ucapan.

"Saya minta semua pihak termasuk institusi pendidikan supaya menghormati peraturan dan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa fatwa supaya ia dilihat tidak bercelaru," katanya.

Semalam, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria dalam satu kenyataan menyifatkan jemputan Astora itu satu tindakan tidak teliti dan menunjukkan sikap tidak menghormati institusi fatwa yang telah mengeluarkan keputusan terhadap penulisan individu itu berkenaan azab kubur.

Menerusi warta kerajaan bertarikh 29 Julai 2004, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang kali ke 161 pada 17 Disember 2003 telah bersetuju untuk menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari al-Quran dan sunah serta ijma ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/exco-perak-minta-ipt-jelaskan-jemputan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubah Suai Program Di Ipt Untuk Kurangkan Kadar Pengangguran

Ubah Suai Program Di Ipt Untuk Kurangkan Kadar Pengangguran

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 243 hits
BACHOK 16 Okt Institusi Pengajian Tinggi perlu mengubahsuai program yang ditawarkan di pusat pendidikan masing masing agar selaras dengan permintaan industri bagi mengurangkan kadar pengangguran graduan Naib Canselor Univerisiti Malaysia Ke...
Changlun Duda Ditangkap Berkhalwat Dengan Pelajar Ipt

Changlun Duda Ditangkap Berkhalwat Dengan Pelajar Ipt

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 406 hits
Lelaki berstatus duda dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga penuntut Institusi Pengajian Tinggi di motel di kawasan perumahan Pekan Changlun malam tadi Kedua dua mereka berasal dari Kelantan itu memberi alasan menumpang tidur di m...
Tnb Tawar Biasisiwa Mybf 4 500 Pelajar Dari 33 Buah Ipt Seluruh Negara

Tnb Tawar Biasisiwa Mybf 4 500 Pelajar Dari 33 Buah Ipt Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 361 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tular Edar Buku Komik Agenda Politik Di Sekolah Kpm Jelaskan Tak Pernah Beri Kebenaran Dan Kelulusan

Tular Edar Buku Komik Agenda Politik Di Sekolah Kpm Jelaskan Tak Pernah Beri Kebenaran Dan Kelulusan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 555 hits
Hari ini media sosial tentang isu komik yang didakwa diedarkan di sekolah sekolah di seluruh Malaysia Komik yang didakwa mempunyai agenda politik itu dilihat tidak sesuai untuk bacaan para pelajar dan menerima kritikan hebat dari netizen Ju...
Surat Terbuka Lim Jelaskan Isu Wang Ehsan Kepada K Jaan Kelantan

Surat Terbuka Lim Jelaskan Isu Wang Ehsan Kepada K Jaan Kelantan

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 384 hits
Lim Guan Eng Kementerian Kewangan merujuk kepada isu pembayaran wang ihsan dan wang pendahuluan kepada kerajaan negeri Kelantan yang kini digunakan oleh parti pembangkang untuk menanam sentimen kebencian terhadap pemimpin kerajaan persekutu...
Amanah Perak Buat Semula Mesyuarat Agung Pemilihan 12 Kawasan November Ini

Amanah Perak Buat Semula Mesyuarat Agung Pemilihan 12 Kawasan November Ini

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 278 hits
Asmuni Awi IPOH Parti Amanah Negara Perak menjangkakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan semula jawatankuasa melibatkan 12 kawasan yang dibatalkan akan diadakan serentak November ini tanpa sebarang isu berbangkit Pengerusinya Asmuni Awi...
Trip To Perak

Trip To Perak

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 362 hits
AssalamualaikumSetelah beberapa lama Faiq tak update blog ni disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan assignment kelas quiz dan sebagainya Maklumlah hidup sebagai seorang pelajar kan Dalam kesibukkan masa belajar Allah bagi Faiq dan kawan ...
Rehatkan Diri Dengan Babyfh Di Refarm Leisure Kampar Perak

Rehatkan Diri Dengan Babyfh Di Refarm Leisure Kampar Perak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 493 hits
Assalamualaikum w b t Menarik di Kampar Perak Kalau sebut Kampar Perak mesti korang terpikir apa yang menarik dekat sana Ye dulu bila orang tanya nak jalan dekat Perak ni macam terhad je tempat menariknya Tapi sebenarnya Perak juga merupaka...
Pengalaman Dan Perbezaan Laluan Laluan Dakian Bukit Kledang Ipoh Perak

Pengalaman Dan Perbezaan Laluan Laluan Dakian Bukit Kledang Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 694 hits
Pengalaman Dan Perbezaan Laluan Laluan Dakian Bukit Kledang Ipoh Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera Entry ini sesuai sangat dengan orang Ipoh sebabnya bukit ini terletak di Menglembu Ipoh Perak Setelah 5 tahun baru kali ini Sha dan r...
Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Pokok Kelapa Tepi Rumah

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

Serawa Buah Bachang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy