Year End Sales 50 Diskaun Kasut Skechers
Siapa yang rajin baca blog sis ni, tahu lah yang sis & mr hubby suka beli kasut Skechers..Hujung tahun lepas masa jalan-jalan kat AEON Klebang di Ipoh masa balik kampung, ternampak depan sketchers ada banner 50% untuk item ke-2..Rasanya sempena year end sales.
Joms lah masukk..Kebetulan pula kasut Skechers sis yang sebelum ni tapak dia dah haus..Sis seriau dah nak pakai sebab kalau berjalan kat tempat yang ada air atau licin, boleh terjatuh. Beberapa kali juga lah sis asyik nak terjatuh je..Jenuh berhati-hati tiap kali pakai kasut tu time hari hujan. Dah tahu hujan kenapa nak pakai juga?Masalahnya bukan tahu pun bila hujan. Kasut tu k.fiezz memang pakai hari-hari pergi-balik kerja..Kadang pagi elok je cerah, tetiba petang hujan..Tak pun pagi tu sebelum keluar rumah, elok je tak ada hujan..On the way nak ke office, hujan pun turun..haha..
Kalau waktu nak balik kerja hujan, k.fiezz bukan ada kasut extra letak kat pejabat. Memang pakai kasut yang sama juga lah..Itu yang dah hari-hari kena belasah, jadi haus tapak dia.. Boleh baca kat sini, mana ke rupa kasut skechers yang sis cerita ni..Hat warna hitam dalam entry ni < KASUT SKECHERS FAVOURITE >..
OFFER 50% SEMPENA YEAR END SALESSo haritu dah nampak ada offer 50% untuk item ke-2 kat Skechers ni, harus lah membeli-belah juga..hehe..Cari kasut masing-masing. K.fiezz pilih yang warna hitam juga sebab senang nak matchy-matchy dengan baju
Kali ni kena tengok bahagian tapak dia yang jenis tak licin. Risau sebab yang sebelum ni dah terpilih hat licin, masa beli tak perasan. Bila dah lama pakai, jadi haus & licin. So tak nak lah ter beli jenis tapak yang lebih kurang sama juga, boleh menyebabkan licin...Risauuu.
So hasil pilihan sis & mr hubby..
Selfie sikit..hehe..K.fiezz ada post kat Whatsapp status gambor ni..Sekali akak ipar reply, katanya brand ni pun antara yang diboikot sebab isu Palestin..Alamkkk tak tahu..Akak ipar cakap dia pun ada beli 3 pasang..Takkan nak buang pulak..Ater pakai je lah...Jadi sama lah dengan sis & mr hubby..Udah beli pun. Pakai je lah..Bak kata mr hubby, kita ni duk sedap semua nak di boikot tapi perasan ke idak yang kerja kat tempat-tempat tu orang kita juga. Budak-budak muda yang mencari rezeki. Bila kita duk boikot tak nak beli barang kat situ, mana diaorang nak dapat duitnya...Jadi kita fikir beli barang-barang ni untuk bantu diaorang mencari rezeki yang halal...
Pilihan k.fiezz & mr hubby...Sis punya yang belah atas tu. Hat bertali tu mr hubby punya..Tali tu action je. Tak payah nak ikat-ikat pun...Terus masukkan kaki dalam kasut & pakai..Setel.
Harga kasut mr hubby > RM399.00
Pilihan sis..Hat ni cutting dia jenis kecil. Saiz yang paling kecil 5..Cutting kasut ni jenis fit so pakai saiz 5 tu kira ngam dengan kaki sis. Ingatkan longgar. Sekali bila pakai, sedang elok je..Tak longgar pun. Ngam-ngam kaki sis.. Kasut sis ni dapat 50% diskaun jadi RM169.50 (harga asal RM339.00)..
DAH RASMI PAKAI KASUT NIHari pertama pakai, dua-dua kaki melecet kat belah belakang..haha..Seminggu kena ber plaster..haha..Sabor je lah..Ater biasa lah kasut baru..Tak gigit tak sah..Jenama murah ke, mahal ke..Sama je..Part gigit kaki tu wajib..haha...Alhamdulillah lepas seminggu dah okey bahagian melecet tu...Legaa..Lepas je dah elok part melecet, memang selesa sangat pakai kasut ni...sis suka...Lembut tapak dia, selesa bila berjalan..Harap kasut ni tahan lama lah sebab sis memang pakai hari-hari pergi balik kerja..Sejenis malas nak tukar-tukar kasut..Sis bukan yang jenis dari rumah pakai kasut lain, dah sampai pejabat tukar kasut lain..Malas..Ini lah kasut yang pakai dari pagi sampai petang..hehe..
Overall sis suka kasut jenama skechers sebab memang dah berapa pasang ada koleksi kat rumah, k.fiezz boleh cakap kasut dia selesa di pakai. Jalan jauh pun kaki tak sakit. Mr hubby pernah pakai kasut skechers masa ke China beberapa tahun lepas, dia cakap masa trip company tu banyak berjalan kat sana. Sepanjang duk berjalan sana sini, kaki mr hubby tak sakit sebab pakai skechers ni..Sejak tu mr hubby bila nak beli kasut je, cari jenama Skechers..Sis pun dah terpengaruh juga, tau. Kalau tidak, sis ni okey je..Tak kisah jenama..Janji selesa..Tapi bila dah pakai jenama Skechers ni, memang diakui dah jatuh cinta..hehe..
Pssttt - Walaupun harga Skechers ni mahal tapi berbaloi dengan kualiti...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/01/Year-End-Sales-50-Percent-Diskaun-Kasut-Skechers.html