Year End Party Di Pejabat
Year End Party office k.fiezz anjurkan masa pertengahan bulan Disember yang lepas. Baru nak story kat sini. Ater busy bebenor lah sangat kan..hehe. Cawangan k.fiezz start buat party hujung tahun ni 2019. Masa tu kitaorang buat majlis kecil-kecilan, makan-makan & tukar-tukar hadiah sempena celebrate salah seorang officer yang menyambut krismas. Tapi tahun 2020 - 2021, party ni tak buat sebab COVID..Tak boleh berkumpul ramai-ramai kan. Jadi tahun ni baru lah anjurkan semula. Tapi kali ni lagi meriah pula. Makanan pun banyak weiii..
LET'S PARTY...Jom k.fiezz share sikit year end party yang kitaorang buat ni. Tema year end party ni World Cup 2022 sempena piala dunia yang tengah hangat hujung tahun lepas..
Makanan - pot luck. Siapa nak bawa, boleh bawa tapi kena isi dalam list apa jenis makanan yang akan dibawa supaya tak ada pertindihan menu yang sama. Jadi dari list tu, ikut lah masing-masing nak masak ke, order ke..Terpulang. Tiada paksaan. Menu utama, ditaja oleh big boss kitaorang. Menu lain, tambahan dari pegawai//kakitangan yang nak menyumbang. K.fiezz mula-mula blur nak bawa makanan apa. Udah lah sis ni nak masak untuk ramai-ramai memang tak confident ler..K.fiezz beritahu kat officer in charge, kalau bagi duit boleh tak?Dia bagi cadangan, nak tak order sandwich dari jiran dia. K.fiezz pun macam okey juga tu. Terus onzz order sandwich..
Games - Urusetia & pegawai k.fiezz ada anjurkan beberapa permainan untuk kitaorang..Boleh check it out kat bawah apa game dia.
Tukar-tukar hadiah - Setiap pegawai/kakitangan, wajib beli hadiah bernilai RM20 & balut siap-siap. Bawa ke office & bagi pada urusetia. Nanti urusetia akan lekatkan nombor pada hadiah. Untuk cabutan hadiah ni, kita akan ambil nombor dari dalam bekas secara rawak. Kalau dapat nombor hadiah sendiri, senyap-senyap sudah..haha.
Let's party, uollss...
Selepas sedikit ucapan dari big boss, kitaorang main game. Yang ni game baling botol berisi air separuh. Kena bagi botol tu berdiri tegak bila dah baling.
Lepas tu game cubaan gol kan bola dari posisi belakang.
Next best dress yang mengikut tema.. Sebabkan diaorang ni memang ikut tema, jadi big boss mintak dorang buat apa-apa pertunjukan & siapa dapat sorakan paling banyak, jadi pemenang. Tapi lepas dah habis pertunjukan & semua dapat sorakan tinggi, big boss k.fiezz yang pilih pemenangnya berdasarkan persembahan diaorang..Juara - pegawai k.fiezz yang pakai baju oren tu. Win betul cara dia cat walk tau..haha..Memang tergelak tengok. Bos k.fiezz ada share video tu kat k.fiezz.
Cabutan hadiah. Yang ni cabut nombor & tengok hadiah nombor berapa yang kita dapat...Lepas semua dah dapat hadiah, sesi unbox hadiah masing-masing..Masa ni meriah betul..Hadiah sis, kemain payah nak buka tau. Sabor je lah..Nak tau apa sis dapat..Check it out gambar bawah sekali..hehe...
Ni hadiah-hadiahnya..Macam-macam ada..
Sesi bergambar 1 cawangan sebelum sesi makan-makan..Bahagian k.fiezz ni 2 tingkat benornya tapi ni yang di tingkat k.fiezz saja..
Menu of the day..Sandwich yang k.fiezz order..Memang sedap weiii..Laku keras..Licin..hehe..Lain kali boleh order lagi ni..
Tetiba dapat lucky draw...hehe..
Hadiah lucky draw & sesi tukar hadiah..Warna merah tu hadiah yang k.fiezz dapat masa sesi pertukaran hadiah..Jumper kereta..haha..Alaaaa..x best nya...haha..Tapi dah dapat, buh je lah dalam kereta..
So overall year end party yang best & menarik..Enjoy sangat sebab ada game, pertunjukan fesyen (hehe), lucky draw & makan-makan..
PARTY..PARTY..PARTY...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/01/Year-End-Party-Di-Pejabat.html