Yb Macam Mana Yang Kita Mahu


 

Suatu masa dulu, agak lamalah juga, ada cadangan supaya gelaran YB ditukar daripada “Yang Berhormat” kepada “Yang Berkhidmat”. Cadangan dibuat beberapa Ahli Parlimen yang sendiri bergelar Yang Berhormat.
Kata sang pencadang, gelaran Yang Berkhidmat akan menekankan ‘perkhidmatan’ sang pemakai. Dalam lain perkataan, mereka mahu dikenali sebagai orang yang berkhidmat kepada negara dan rakyat. Semestinya kerana mereka dipilih oleh rakyat menerusi peti undi. Sesuailah. Bukankah mereka dikenali dan memanggil diri mereka si wakil rakyat?
Apabila saya dengar akan cadangan itu, hati saya berkata yang penting tanggungjawab yang dijalankan dan bukannya gelaran. Tak kiralah sama ada YB bererti Yang Berhormat, Yang Berkhidmat, atau Yang Bagus. Apa ada pada nama, betul tak? Meskipun begitu saya akui cadangan itu bagus. Sekurang-kurangnya menarik.
Buat seketika Yang Berkhidmat menggantikan Yang Berhormat pada papan tanda pejabat YB, pusat perkhidmatan, juga kepala surat dan sebagainya. Ramai juga rakyat biasa yang suka gelaran Yang Berkhidmat dipakai pemimpin yang mereka pilih pada pilihan raya. Namun lama-kelamaan Yang Berkhidmat bertukar semula kepada Yang Berhormat. Bukan mereka tidak minat berkhidmat, cuma gelaran Yang Berkhidmat sudah hilang lantas dilupakan. Tak kisah lah. Seperti dikatakan tadi apa ada pada nama, dan dalam soal ini apa ada pada gelaran.
Yang Berkhidmat mahu pun Yang Berhormat – asasnya memikul tanggungjawab dengan baik dan beramanah, menjalankan tugas dengan cekap dan melayan rakyat dengan cemerlang. Lalu golongan pengundi (yang mengundi mereka atau yang tidak) memang menjangkakan YB mereka wajib memberi perkhidmatan paling baik. Umpamanya hulur bantuan waktu musibah menimpa dan mengatasi segala macam masalah yang dihadapi pengundi secara langsung dan kawasan mereka tinggal. Contohnya sampah tidak dipungut dan longkang tersumbat. YB are expected to menyelesaikan masalah.
Seorang bekas pemimpin politik memberitahu saya, waktu beliau menjadi Ahli Parlimen kawasannya ada puluhan kuil dan tokong. Maka hampir setiap hari ada upacara diadakan dan beliau wajib menghulur bantuan setiap kali ada ucapara. Bantuan juga diberi untuk majlis di masjid. Itu belum kira ada kematian, majlis kahwin, anak masuk universiti serta bermacam lagi. Beliau bukan merungut. Sekadar bercerita aktiviti harian waktu itu. Beliau sudah lama bersara dan tidak lagi aktif berpolitik.
Secara am apa yang beliau lakukan turut dilakukan oleh ramai YB. Diakui ada yang tidak sebaik itu namun rata-rata begitu harapan yang diletak ke atas mereka oleh rakyat (baca: pengundi).
Ada pihak sejak dahulu menyatakan itu bukan tugas YB terutama Ahli Parlimen. Mereka berpendapat Ahli Parlimen tugasnya membahaskan dasar negara dan perundangan. Selaras tanggungjawab mereka selaku ahli badan perundangan. Kerja ‘amal’ untuk pengundi, kata pihak berkenaan, terletak pada bahu para pegawai dan kakitangan kerajaan yang berwajib termasuk pegawai kebajikan bergaji yang mesti berkhidmat untuk semua kawasan, tidak kira wakil rakyatnya anggota parti memerintah mahupun pembangkang. YB kawasan berkenaan pula wajib memastikan golongan pegawai menjalankan tugas sebaik mungkin. Apa yang saya coret ini bukan isu baharu.
Namun baru-baru ini kawan lama Wan Hamidi Hamid, bekas ketua pengarang The Rocket milik DAP, membuat hantaran menarik di Facebook. Begini:
“Kita marah apabila wakil rakyat, Ahli Parlimen dan ADUN tidak datang melawat kawasan kita. Walaupun setiap minggu malah ada wakil rakyat yang selang tiga hari melawat kawasan. Tapi asal kita tak nampak muka dia kita maki hamun dia, tuduh dan tulis dalam media sosial betapa tidak bergunanya wakil rakyat itu.”
Bukan itu sahaja, kata Wan Hamidi: “Apabila kita pergi ke pejabat atau pusat khidmat wakil rakyat, sentiasa ada staf dan pembantunya kita tetap tak puas hati. Kita mahu tengok muka YB kita di dalam pejabat kawasan.”
Benar. Tentunya kita sendiri ada mendengar atau melihat apa yang dikatakan itu. Lalu beliau mengaju persoalan:
“Adakah kita mahu Ahli Parlimen dan Adun menjadi ahli majlis yang menjaga parit, longkang, jalan, sampah dan segala-galanya serta perlu sentiasa ada di dalam kawasan?”
Jika bukan ini yang kita mahu, bertanya Wan Hamidi, “mengapa kita menolak pilihan raya tempatan iaitu pilihan raya untuk memilih ‘wakil rakyat’ di peringkat dewan bandaraya, majlis perbandaran dan majlis daerah?”
Di negara ini, menurut beliau, ada 145 pihak berkuasa tempatan. Pasti dari segi perundangan dan penyusunan semula struktur akan mengambil masa untuk diadakan pilihan raya tempatan “tetapi ia tidak mustahil malah boleh dilaksana”.
Jelas, bagi Wan Hamidi, kerja ‘amal’ yang dinyatakan tadi tugas ahli majlis yang punya pasukan masing-masing. Mereka memantau dan mesti memastikan pegawai kerajaan tempatan atau perbandaran efisen.
Kata beliau, biar Ahli Parlimen menumpukan 70% masa mereka untuk Parlimen dan hal dasar negara. Biarlah ADUN menumpukan 70% masanya untuk Dewan Undangan Negeri dan hal dasar negeri.
“Untuk kita di kampung, di pekan, di bandar, di kawasan perumahan, yakni di peringkat akar umbi biarlah wakil rakyat yang bergelar ahli majlis menumpukan 70% masa untuk kita sebagai pengundi dan 30% untuk mesyuarat majlis tempatan masing-masing,” kata beliau.
Ahli majlis dilantik menerusi pilihan raya tempatan namun, bak kata Wan Hamidi tadi, “kita tolak” pilihan raya itu. Pada hemat saya ada dalam kalangan kita tidak membantah pilihan raya tempatan tetapi menolak hanya kerana parti politik yang disokong menolak pilihan raya berkenaan.
Parti kesayangan tolak mereka pun tolak, gamaknya. Dan penolakan parti lazimnya berbaur perkauman. Sedih.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/yb-macam-mana-yang-kita-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Cuci Bekas Lilin Ikea Dan Bbw

Macam Mana Nak Cuci Bekas Lilin Ikea Dan Bbw

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 285 hits
Korang ada dak bekas lilin macam ni dekat rumah Bila dah habis pakai tinggai sisa lilin melekat macam ni kan Korang jangan buang boleh cuci dan pakai semula dan buat macam2 antaraya buat bekas pokok macam yang kami buat ni Hashtag UPCYCLED ...
Rumah Tak Ada Banyak Bilik Macam Mana Nak Asingkan Tempat Tidur Anak Ini Tipnya

Rumah Tak Ada Banyak Bilik Macam Mana Nak Asingkan Tempat Tidur Anak Ini Tipnya

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 274 hits
Mengasingkan tempat tidur anak memang sukar Apatah lagi bila rumah tidak punya lebihan bilik yang sesuai untuk anak Sudahnya anak terpaksa tidur bersama mak ayah Jangan dibiarkan kerana aurat mak ayah perlu dijaga sebaiknya Bilik tak cukup ...
Nak Buat Macam Mana Laskar Cyber Tak Terlawan Oleh Jentera Kerajaan

Nak Buat Macam Mana Laskar Cyber Tak Terlawan Oleh Jentera Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 200 hits
Pelbagai content atau kandungan media askar siber upahan pro pembangkang menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai dikesan Kandungan terbaharu melibatkan isu kekurangan bekalan beras putih tempatan Beberapa akaun di media sosial terutama Fa...
Keh Keh Masuk Parti Mana Pun Nak Membodek Ja

Keh Keh Masuk Parti Mana Pun Nak Membodek Ja

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 132 hits
Pakcik Nuar ni pun Tu bukannya menang tanpa bertanding tapi tak dipertandingkan Kenapa rela bodohkan diri untuk tegakkan benang yang basah Ni bukan kes bodek Tapi nak tutup malu Dia kritik parti lamanya yang tak pertandingkan dua jawatan ut...
Mana Pergi Beras Tempatan Minyak Masak

Mana Pergi Beras Tempatan Minyak Masak

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 235 hits
bharian com myOleh September 29 2023 3 35pmHanya beras import kelihatan di sebuah pasar raya di Sungai Balang Muar susulan kekurangan bekalan Beras Putih Tempatan sejak beberapa minggu lalu Foto NSTP Alias Abd RaniMUAR Kami di sini sudah se...
Selantang Mana Pun Kita Bersuara Palestin Tetap Tidak Diiktiraf Pbb

Selantang Mana Pun Kita Bersuara Palestin Tetap Tidak Diiktiraf Pbb

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 245 hits
ISU Palestin sentiasa menjadi ungkapan dan salah satu isu hangat disentuh dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu setiap tahun Pemimpin dunia khususnya dari negara negara Islam menyentuh isu ini secara lantang dan penuh sem...
Banjir Kedah Tu Dia Noh Takdir Nak Buat Lagu Mana Bala Tuhan Bagi

Banjir Kedah Tu Dia Noh Takdir Nak Buat Lagu Mana Bala Tuhan Bagi

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 193 hits
Tanya mana p dia Dia mai buat muka sedih Bukan dia boleh buat apa Kerajaan negeri tak leh bagi beras ka apa aka Orang tanya mana tak nampak muka Tu dia mai dah Dia ada ja dia pi tempat pilihanraya dia maki kutuk PM Sapa nak turun mai Kot le...
Hiburan Wow Dari Belacan Ke Kimchi Bukan Main Tajam Jawline Warganet Tanya Hael Husaini Buat Muka Dekat Klinik Mana

Hiburan Wow Dari Belacan Ke Kimchi Bukan Main Tajam Jawline Warganet Tanya Hael Husaini Buat Muka Dekat Klinik Mana

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 259 hits
Sejak berubah wajah seakan akan lelaki Korea penampilan penyanyi dan penulis lirik Hael Husaini sering mendapat perhatian ramai warganet Warna kulit dan jawline Hael paling menjadi sebutan kerana terlihat perubahan yang ketara dan benar ben...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Fix Harmful Backlinks For Free

Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan