Selantang Mana Pun Kita Bersuara Palestin Tetap Tidak Diiktiraf Pbb



ISU Palestin sentiasa menjadi ungkapan dan salah satu isu hangat disentuh dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) setiap tahun. Pemimpin dunia khususnya dari negara-negara Islam menyentuh isu ini secara lantang dan penuh semangat, tidak terkecuali negara kita.
Setiap tahun ia dibangkitkan bukan hanya kerana berkaitan dengan orang Islam tetapi juga isu kemanusiaan sejagat. Isu Palestin ini bukan hanya mendapat sokongan dan dukungan negara-negara Islam, malah negara-negara bukan Islam.
Penindasan oleh rejim Zionis Israel tidak berkesudahan sejak lebih 70 tahun seolah-olah dunia khususnya kuasa besar dunia tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku di Palestin. Palestin tetap tidak diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah oleh dunia antarabangsa, khususnya kuasa besar utama.
Palestin sekali gus tidak diterima menjadi salah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Palestin hadir dalam UNGA hanya sebagai pemerhati.
Kenapa ini berlaku dan berterusan dalam jangka masa begitu lama? Apakah Palestin tidak memenuhi syarat sebagai sebuah negara? Apakah UNGA dihadiri 198 negara dengan ketua kerajaan tidak mempunyai apa-apa makna dalam membuat keputusan besar yang amat penting seperti isu Palestin ini? Siapa atau peraturan mana yang menyekat Palestin daripada diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat?
Adakah UNGA hanya mainan kuasa besar utama di peringkat antarabangsa? Adakah semua keputusan besar antarabangsa hanya ditentukan oleh lima kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat (AS), Russia, China, Great Britain (GB) dan Perancis manakala negara-negara lain hanya watak sampingan tidak bermakna?
Dalam menganalisis dan membincangkan persoalan yang saya timbulkan di atas, Piagam PBB perlu dirujuk. Perkara 4(1) menyatakan tiga kriteria, iaitu pertama, peace loving state. Kedua, accept the obligation in the United Nations (UN) charter dan ketiga, able and willing to carry out the obligation.
State yang dimaksudkan dalam Perkara 4(1) ini adalah sebagaimana diterima umum, iaitu yang dicirikan oleh empat perkara. Pertama, mempunyai wilayah sempadan; kedua, penduduk/manusia; ketiga, kerajaan/efektif kerajaan; dan keempat, kedaulatan.
Perkara 4(2) adalah proses kemasukan, iaitu a decision of General Assembly upon the recommendation of Security Council. Perkara 4(2) ini yang menimbulkan beberapa kesukaran dan kompleks perjalanannya kerana kuasa sepenuhnya tidak terletak kepada Perhimpunan Agung tetapi kuasa ditentukan oleh Majlis Keselamatan. Majlis Keselamatan perlu memberi cadangan dan persetujuan terhadap mana-mana ahli baharu yang akan diterima.
Anggota tetap Majlis Keselamatan, iaitu AS, Russia, China, GB dan Perancis mesti memberi persetujuan sepenuhnya. Andai salah satu negara kuasa veto ini tidak memberi persetujuan, maka dengan sendirinya ia terbatal.
TAIWAN
Dalam situasi percaturan politik dan hubungan AS dengan Zionis Israel, kemasukan Palestin sebagai salah sebuah negara anggota PBB sukar sekali untuk diterima dan dipersetujui oleh AS.
Perhimpunan Agung tidak mempunyai kuasa dalam hal ini kerana syarat lebih awal adalah keputusan oleh Majlis Keselamatan. Kes kemasukan Palestin ini sama dengan keanggotan Taiwan sebagai negara anggota PBB. Proses Taiwan untuk menjadi negara anggota PBB mengikut Perkara 4(2) adalah sukar kerana China tidak akan sekali-kali menyokong. Walaupun AS dan semua anggota tetap Majlis Keselamatan menyokong, ia tetap tidak memenuhi syarat ditetapkan dalam Perkara 4(2) tersebut.
Daripada perbincangan ini dapat kita katakan bahawa Majlis Keselamatan mempunyai peranan besar dalam dunia antarabangsa, bukan sahaja dalam hal permohonan keanggotaan menjadi anggota PBB. Niat sebenar peraturan dibentuk dalam Majlis Keselamatan khususnya peranan dan kuasa lima kuasa besar utama adalah baik (ketika dalam suasana menjelang berakhirnya Perang Dunia Kedua).
Prinsip asasnya adalah kesepaduan kuasa besar utama (keputusan lima kuasa utama yang bersahabat) mempunyai hubungan baik dalam Perang Dunia Kedua melawan musuh bersama, iaitu Jerman, Itali dan Jepun).
Keadaan mula berubah mulai akhir 1940-an dan awal 1950-an apabila bermulanya Perang Dingin serta terbentuknya dua kem dalam kalangan kuasa besar utama. AS, GB dan Perancis di satu pihak manakala Kesatuan Soviet dan China komunis di satu pihak lain. Keputusan menjadi sukar dan banyak tertakluk kepada kepentingan kem tertentu sama ada kapitalis-demokratik (diketuai AS) dan komunis-sosialis (diketuai Kesatuan Soviet).
Adakah mungkin kedudukan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan boleh dipinda dan disusun semula demi kebaikan sejagat dan sesuai dengan situasi politik antarabangsa semasa?
Perkara 108 Piagam PBB ada memperuntukkan ia boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan dua pertiga Perhimpunan Agung dan semua lima kuasa besar utama. Persoalan pindaan ini pernah ditimbukan oleh sekumpulan negara sedang membangun tetapi amat sukar untuk mendapat sokongan dua pertiga Perhimpunan Agung dan kelima-lima negara kuasa veto.
Dengan perkembangan dan latar belakang yang berlaku, mustahil lima kuasa veto ini akan menyerahkan kuasa mereka dengan bersetuju untuk pindaan.

Dalam hal pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara dan permohonan untuk menjadi salah sebuah negara anggota PBB adalah sukar. 
Banyak resolusi oleh Perhimpunan Agung seperti Resolusi 3236 (XXIX), 2 November 1974; Resolusi 66/146, 19 Disember 2011; Resolusi 43/177, 15 Disember 1988; Resolusi 52/250, 7 Julai 1998; dan Resolusi 67/19, 4 Disember 2012 tidak membawa makna besar kepada penduduk Palestin.
Sehingga kini sebanyak 132 negara anggota PBB mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Dalam keadaan hubungan rapat dan kepentingan antara AS dan Israel, persetujuan daripada AS agak sukar untuk dicapai. Walaupun dengan semua anggota Majlis Keselamatan yang lain bersetuju, AS boleh membatalkan semua keputusan.
 
Profesor Madya Dr. Mohd. Noor Yazid Felow Penyelidik Kanan, Kluster Pembangunan & Etnografi, Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah
Asal artikel dari SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/09/selantang-mana-pun-kita-bersuara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Kitab Hadi Ketika Pemimpin Pas Dapat Dnaa Faiz

Mana Kitab Hadi Ketika Pemimpin Pas Dapat Dnaa Faiz

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 223 hits
MalaysiakiniPresiden PAS Abdul Hadi Awang didakwa membuat kenyataan mengelirukan apabila mengatakan pelepasan tanpa pembebasan tiada dalam sistem kehakiman Islam Dalam satu kenyataan hari ini bekas Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata H...
Francissca Peter Lali Kecaman Kena Ejek Gemuk Puji Liza Hanim Berani Bersuara Lawan Semula

Francissca Peter Lali Kecaman Kena Ejek Gemuk Puji Liza Hanim Berani Bersuara Lawan Semula

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 152 hits
Sebelum ini penyanyi Liza Hanim akui terkilan dengan komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk rupa parasnya serta mempertikaikan kualiti suara yang dimiliki Artikel Berkaitan Liza Hanim Dikutuk Muka Berlubang Hidung Kembang Tergama...
Hiburan Digosip Sudah Bertunang Nabila Razali Akhirnya Bersuara Cincin Ini Hanya Aksesori Tak Perlu Dipersoal

Hiburan Digosip Sudah Bertunang Nabila Razali Akhirnya Bersuara Cincin Ini Hanya Aksesori Tak Perlu Dipersoal

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 336 hits
Sebelum ini timbul spekulasi dakwaan bahawa penyanyi Nabila Razali telah bertunang dengan seorang ahli perniagaan Nik Iruwan Nik Izani 3 weeks ago Nabila Razali Bertunang Dengan Businessman Bakal Bernikah Tahun Depan Advertisement Tidak lag...
Suka Dan Duka Mana Mp Kerajaan

Suka Dan Duka Mana Mp Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 126 hits
Norman Radzuan Suka dan duka Aku ketawa sampai keras perut bila dalil Hadi waktu jadi kerajaan tak sempat perjuangkan royalti minyak sb byk kerengga Cuma sedih dlm menjawab isu atau serangan pembangkang utk pertahankan kerajaan selalunya da...
K Jaan Rugi Rm500 Juta Kerana Ini Muka Pm Letak Mana

K Jaan Rugi Rm500 Juta Kerana Ini Muka Pm Letak Mana

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 370 hits
Percepatkan nyahklasifikasi projek tukar tanah MINDEFKUALA LUMPUR Jawatankuasa Kira kira Wang Negara menggesa kerajaan mempercepatkan proses menyahklasifikasi Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaa...
Jokowi Pegang Data Parpol Saya Tahu Mereka Menuju Ke Mana

Jokowi Pegang Data Parpol Saya Tahu Mereka Menuju Ke Mana

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 157 hits
Jokowi mengaku data yang diterimanya terkait parpol sangat lengkap
Sudah Tiga Hari Tidak Pulang Di Mana Nur Shafina Maisarah

Sudah Tiga Hari Tidak Pulang Di Mana Nur Shafina Maisarah

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 302 hits
HarapanDaily comHilang sejak kelmarin seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Hulu Langat Selangor masih belum pulang dari sekolah Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pelajar Tingkatan Tiga terbabit dengan alamat terakhirn...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia