Yb Gunalah Bahasa Melayu


WAKIL rakyat wajib gunakan bahasa Melayu dalam media sosial mereka.
Sebagai penggubal dasar negara dan negeri, segala yang mereka sampaikan perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia.
Tidak ada alasan untuk mereka menggunakan bahasa lain apabila berinteraksi dengan rakyat, apatah lagi bahasa ibunda yang hanya difahami segelintir rakyat.
Jika dalam keadaan perlu sekalipun, gunakanlah terjemahan. Bukan susah pun.
Antara yang paling kerap menggunakan bahasa ibunda dalam hantarannya dalam media sosial ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Pada bulan Jun sahaja, terdapat tujuh hantaran dalam laman Facebook milik Nie Ching menggunakan sepenuhnya bahasa Mandarin.
Memanglah sebahagiannya tentang kehidupan peribadi serta hal-hal pendidikan Cina, namun adakah rakyat yang tidak faham bahasa Mandarin tiada hak untuk membacanya?
Yang mengundi parti anda sehingga boleh bersemayam selesa sebagai pentadbir negara itu penutur bahasa Mandarin sahajakah?
Salah satu perkongsian beliau adalah tentang pengalamannya sebagai ibu yang bekerja. Ia menarik tetapi mengapa hanya untuk mereka yang faham bahasa Mandarin?
Sebab itu bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan yang di dalamnya terkandung fungsi sebagai bahasa perpaduan.
Sebagai Timbalan Menteri, Nie Ching wajib menggunakan bahasa Melayu untuk berkongsi pengalamannya dengan semua pengikut media sosialnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Ini caranya untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Namun, segelintir ahli politik lebih suka mengetepikan bahasa kebangsaan ini dan mengangkat bahasa-bahasa lain lebih tinggi.
Ini termasuk juga beberapa ahli politik muda yang kemaruk bahasa Inggeris. Berbual di Twitter tidak mahu guna bahasa Melayu, acah ‘urban’ dan ‘international’.
Sesuai dengan sumpah yang mereka angkat sebagai ahli Parlimen dan ahli Kabinet, mereka wajib memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Cukuplah bahasa Melayu dipijak-pijak maruahnya dengan pelaksanaan ‘dasar singkat akal’ seperti PPSMI dan DLP. YB-YB harus mula jalankan tanggungjawab mengangkat martabat bahasa Melayu. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/30/yb-gunalah-bahasa-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rph Bahasa Melayu Tahun 4

Rph Bahasa Melayu Tahun 4

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 826 hits
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 Rancangan Pengajaran Harian ialah satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Rancangan Pengajaran Harian membolehkan guru melaksanakan proses pengajara...
Bahasa Melayu Merempat Dibumi Sendiri

Bahasa Melayu Merempat Dibumi Sendiri

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 533 hits
KEBELAKANGAN ini saya lihat papan tanda dan apa juga risalah yang digantung dan dipaparkan langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu Seolah olah bahasa Melayu merempat dibumi sendiri Kedudukan bahasa Melayu selaku bahasa negara era ultra ki...
Dapatkan Segera Ramen Melayu Ejen Diperlukan

Dapatkan Segera Ramen Melayu Ejen Diperlukan

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 782 hits
RAMEN MELAYU 100 produk Bumiputra yang berdaftar dibawah PPIM Dan mula menjadi Kegilaan ramai kerana rasanya yang unik lazat dan selesa dimakan kerana Ramen Melayu ini tidak pedas melampau Seperti ramen2 yang sedia Ada Keluaran Bumiputra Di...
Majlis Perkahwinan Adat Melayu Meriah Disambut Di Bumi Australia

Majlis Perkahwinan Adat Melayu Meriah Disambut Di Bumi Australia

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 557 hits
Kalau kita tengok majlis perkahwinan Melayu sekarang memang sukar kita nak jumpa majlis yang mengikut tradisi seperti orang dulu dulu tiada lagi rewang dan gotong royong malah semua sudah tersedia dan tinggal bayar sahaja Berlainan pula den...
Drama Melayu Kini Penuh Khayalan Kurang Hiburan

Drama Melayu Kini Penuh Khayalan Kurang Hiburan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 575 hits
Drama Melayu Pagi ni berbual dengan mak dalam kereta Menceritakan tentang satu sisi pandang drama drama melayu Mengisi masa lapang sementara memandu ke kuala lumpur Maka melompat lompatlah cerita Sambil isteri juga tumpang sekaki dalam perb...
Komunis Tetap Musuh Bangsa Melayu Sampai Bila Bila

Komunis Tetap Musuh Bangsa Melayu Sampai Bila Bila

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 648 hits
PUSARA DIDALAM MASJID BUKTI KEKEJAMAN KOMUNISMASJID Razaleigh yang terletak di bandar lama Gua Musang menyimpan cerita sejarah tersendiri Terdapat sebuah pusara yang berada di dalam ruang solat Masjid Razaleigh Gua Musang rupanya menyimpan ...
Lirik Lagu Rasa Takdir Nyanyian Amira Othman Dan Irfan Haris

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Istana Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Tengku Ampuan Pernah Tawar Sebarang Bentuk Bantuan Di Tiktok

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The New Jbl Sense Lite

Rumah Perdana Menteri Nepal Dibakar Penunjuk Perasaan

Acah Acah Pelancong Di Tempat Sendiri

The Return Of The Roxbury 1990s Nightlife Icon Reimagined For 2025

Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

Sprm Jalin Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa Uk Berhubung Siasatan Aset Dr Mahathir Keluarga