Yb Datuk Ewon Benedick Puji Pasukan Upm Yang Memenangi Emobiq Challenge 2023


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Majlis pelancaran rasmi eMOBIQ® menyaksikan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick memuji Pasukan Universiti Putra Malaysia kerana memenangi pertandingan pembangunan aplikasi tanpa-kod yang pertama dan terbesar di Malaysia, eMOBIQ® Challenge 2023. Pasukan yang terdiri dari 10 orang individu berjaya melaksanakan solusi yang berkesan kepada masalah seharian dan menyediakan bantuan kepada komuniti melalui aplikasi mudah alih mereka yang dikenali sebagai "FinCare". Pertandingan tersebut menggambarkan kemudahan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan platform Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Pantas Tanpa-kod (RMAD) untuk berhijrah secara digital demi menguatkan ekosistem keusahawanan Malaysia dan mencapai matlamat transformasinya


YB DATUK EWON BENEDICK MEMUJI PASUKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KERANA MEMENANGI THE EMOBIQ CHALLENGE 2023 
Kajian terkini dari Bank Dunia menunjukkan bahawa lebih daripada 80 peratus firma sederhana dan besar melabur dalam penyelesaian digital berbanding dengan 54 peratus firma kecil; menunjukkan kekangan kewangan dan kekurangan kemahiran digital dalam negara sebagai faktor penghalang yang utama. Untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh PKS, penyedia solusi IT tempatan - Wilstech Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan eMOBIQ® dan eMOBIQ® Challenge 2023 untuk membolehkan rakyat Malaysia mengambil langkah kepada solusi digital inovatif dan berkesan dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan kaedah konvensional, serentak memudahkan sesiapa sahaja (dengan atau tanpa pengalaman kod) membina aplikasi mudah alih mereka sendiri

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (MECD)

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MCED), berkata, 
“Terdapat banyak faktor yang memberi kelebihan kepada perniagaan melalui transformasi digital. E-dagang dan ekonomi digital memberi peluang baru untuk para usahawan menceburi pasaran yang lebih besar dan juga pasaran antarabangsa. Malaysia berada di landasan yang tepat didalam memenuhi agenda ekonomi digitalnya, dan kementerian mempelawa inisiatif seperti ini yang memangkin pertumbuhan ekosistem keusahawanan dan matlamat transformasi negara. Dengan penambahbaikkan berterusan dalam integrasi machine learning dan AI, inilah masa yang tepat untuk maju melalui usaha inovatif seperti eMOBIQ."
Platform RMAD dibina untuk menyediakan pengalaman visual penuh kepada penggunanya, membolehkan mereka menyesuaikan aplikasi dengan kaedah 'drag-and-drop', menggunakan pelbagai templat, komponen, fungsi dan penyambung sedia ada. Selain itu, eMOBIQ turmrut menawarkan kebebasan kepada para penggunanya untuk membangunkan aplikasi secara mudah alih, di mana sahaja pada bila-bila masa di atas platform berasaskan 'cloud'. Setelah rekaan aplikasi tamat, para penggunanya boleh melaksanakan aplikasi atas talian atau luar talian mereka di platform Android atau iOS sekaligus dengan hanya satu klik

Untuk melaksanakannya, 127 pasukan daripada 24 universiti tempatan diuji dalam eMOBIQ® Challenge 2023 untuk membangunkan aplikasi mudah alih yang paling praktikal, inovatif, dan memberi impak di mana mereka bersaing untuk merebut hadiah berjumlah RM300,000. Peserta diberi masa selama dua bulan untuk menyelesaikan reka bentuk mereka yang kemudian dinilai oleh panel hakim dalaman (70 peratus) berdasarkan kreativiti, praktikaliti, impak ke atas perniagaan, dan pembentangan; serta undian populariti di media sosial (30 peratus)

Sepuluh pasukan teratas dijemput ke acara utama di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, di hadapan YB Datuk Ewon Benedick untuk menentukan pemenang pertandingan yang membawa pulang hadiah wang tunai, peluang magang dan pekerjaan masa depan, dan yang paling penting, aplikasi mereka diterapkan ke dunia sebenar untuk digunakan oleh orang awam. Dengan itu, peserta dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang meluas dalam menghasilkan, membangunkan, dan memelihara aplikasi mudah alih yang berjaya dan boleh dibawa dalam kerjaya profesional mereka

YB Datuk Ewon Benedick, kemudian menambah, 
"Saya memuji semua peserta yang telah memberikan usaha terbaik mereka untuk mereka bentuk aplikasi mudah alih yang berfungsi dan praktikal yang dapat membawa kebaikan kepada komuniti. Saya kagum dengan usaha mereka dan saya berharap eMOBIQ® Challenge 2023 akan menginspirasikan lebih ramai pelajar untuk meneroka industri digital dan pembangunan aplikasi mudah alih, khususnya, sehingga kita dapat maju sebagai negara usahawan terkemuka dengan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi yang dapat menonjol di skala global. Pasukan Universiti Putra Malaysia melakukan kerja yang luar biasa dalam pertandingan ini, dan saya gembira melihat pertumbuhan individu yang berbakat ini."10 Pasukan terbaik eMOBIQ® Challenge 2023.
Pasukan 10 terbaik adalah :
No. Institusi Nama Pasukan Nama Aplikasi 1 Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia Fincare 2 UOW Malaysia Apex Smart Parking 3 Universiti Tunku Abdul Rahman Crazy Assignment Enjoyer Crazy Learner 10 Terbaik Xiamen University Malaysia LLLL Take’N Go 10 Terbaik Universiti Malaya InnovateX SME 3 In 1 Helper 10 Terbaik Universiti Tunku Abdul Rahman No Eye Deer Condominium Management System Mobile Apps 10 Terbaik Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology DinoTech School Application 10 Terbaik Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology Dreams 37 DreamTal 10 Terbaik Sunway University Team ThinkFort Stock House 10 Terbaik Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology TARUMT CPUS Store It

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Kedudukan Hadiah Wang Tunai Hadiah Utama RM10,000 10 Pasukan Terbaik RM2,500 Penyertaan yang Lengkap RM500

Dengan usaha dan kemahiran tinggi yang ditunjukkan oleh 10 pasukan terbaik, para hakim menyatakan satu pasukan yang paling menonjol iaitu Pasukan Universiti Putra Malaysia bersama aplikasi mudah alih mereka "FinCare" (dipendekkan dari Financial Care), dipilih sebagai juara dengan menangani isu pengurusan dan celik kewangan untuk kanak-kanak. Idea untuk membangunkan aplikasi mudah alih ini datang dari penyelidikan yang dijalankan oleh pasukan tersebut, di mana satu dari tiga rakyat Malaysia kurang pengetahuan dalam kewangan manakala lebih 50 peratus rakyat Malaysia menggunakan e-dompet untuk kegunaan seharian
 Dengan menggunakan e-dompet sebagai medium pembayaran, FinCare membolehkan ibu bapa untuk mengesan perbelanjaan anak-anak mereka, memantau transaksi secara langsung, menetapkan had perbelanjaan, dan memberi tugas untuk menjimatkan wang. Selain itu, aplikasi mudah alih tersebut memfokuskan kepada pendidikan kewangan melalui ciri interaktif dan mendidik yang memotivasikan kanak-kanak untuk menguruskan kewangan mereka dengan bertanggungjawab. Sekarang, pasukan Universiti Putra Malaysia yang memenangi eMOBIQ® Challenge 2023 akan bekerjasama dengan platform RMAD untuk menyempurnakan produk dengan menambah elemen gamifikasi dan kandungan pendidikan kewangan untuk lebih berinteraksi dengan pengguna, sambil menjadikan platform lebih interaktif untuk orang ramai

Tan Ze Han Dylan, kapten pasukan Universiti Putra Malaysia, berkata, 
“eMOBIQ® Challenge 2023 memberi banyak cabaran kepada kami kerana kami perlu melaksanakan projek sambil menjalani peperiksaan akhir dan projek tahun akhir kami. Syukurlah, kami dapat melaksanakan pembangunan aplikasi mudah alih FinCare dalam masa kurang dari dua bulan kerana platform eMOBIQ® memerlukan masa empat hingga enam bulan untuk membina aplikasi dari asas. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan multietnik saya yang memberikan segalanya untuk jauh melampaui kemenangan dalam pertandingan ini, dan memberikan impak positif di Malaysia melalui FinCare.”Wilson Low, Pengasas dan Pengarah Wilstech Sdn. Bhd.
Wilson Low, Pengasas dan Pengarah Wilstech Sdn. Bhd. berkata, 
“Di Wilstech Sdn. Bhd., mandat kami adalah menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang luas untuk menawarkan solusi kepada Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan era digital dengan cara yang paling lancar. Kami bercadang untuk menjadi penggerak trend dan menjadikan diri kami sebagai contoh teladan kepada organisasi tempatan untuk mengambil inisiatif seperti ini secara kolektif, supaya kita dapat berkembang bersama dan membawa kebanggaan kepada negara kita. Saya gembira kerana sudah melakukan tugas saya dalam memberikan perkhidmatan kepada komuniti melalui eMOBIQ® Challenge 2023, dan kami berharap akan menyelenggara program yang lebih menarik untuk memajukan tenaga kerja dan perniagaan Malaysia.”
Kolej dan universiti yang bertanding termasuk - Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), First City University College, Kolej Vokasional Shah Alam, LimKokWing University, Manipal International University, Management and Science University (MSU), Peninsula College, Quest International University (QIU), Raffles University, Sunway University, Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Putra Malaysia (UPM), University of Technology Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY), UOW Malaysia, dan Xiamen University Malaysia
 Cabaran eMOBIQ® 2023 berjaya dianjurkan dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Persatuan Teknologi Malaysia, Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA), Persatuan Peruncitan & Francais ASEAN (ARFF), Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM), dan Persatuan PKS Malaysia. Sebagai pertandingan pembangunan aplikasi tanpa kod pertama dan terbesar, eMOBIQ® Challenge 2023 dianugerahkan tiga rekod oleh Buku Rekod Malaysia - Kumpulan Peserta Terbanyak Dalam Pertandingan Pembinaan Aplikasi Tanpa Kod, Penyertaan Institusi Pengajian Tinggi Terbanyak Dalam Pertandingan Pembinaan Aplikasi Tanpa Kod, dan Hadiah Wang Tertinggi Dalam Pertandingan Pembinaan Aplikasi Tanpa Kod

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://emobiq.io/emobiq-challenge-2023/, https://orangekloud.com/emobiq/, dan https://wilstech.com/
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/07/yb-datuk-ewon-benedick-puji-pasukan-upm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Nak Puji Diri Sendiri Song Hyekyo Menangis Raih Anugerah Utama Di 2023 Blue Dragon Awards

Saya Nak Puji Diri Sendiri Song Hyekyo Menangis Raih Anugerah Utama Di 2023 Blue Dragon Awards

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 313 hits
Tidak dinafikan bahawa The Glory merupakan antara drama Korea yang menjadi bualan hangat penonton di serata dunia sejak hujung tahun lalu hingga ke awal tahun ini ARTIKEL BERKAITAN Pada malam ini telah berlangsung dalam dunia hiburan Korea ...
10 Universiti Terbaik Di Malaysia Ranking Terkini 2023 2024 Qs World University Ranking

10 Universiti Terbaik Di Malaysia Ranking Terkini 2023 2024 Qs World University Ranking

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 383 hits
Universiti Malaya Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Taylor s University UCSI University Universiti Teknologi Petronas Universiti Utara Malaysia Universiti Teknol...
Permohonan Jawatan Kosong Di Jabatan Pendaftaran Negara Tahun 2023

Permohonan Jawatan Kosong Di Jabatan Pendaftaran Negara Tahun 2023

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 239 hits
Permohonan Jawatan Kosong Di Jabatan Pendaftaran Negara Tahun 2023 Terdapat kekosongan jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia yang dibuka untuk pengambilan segera Anda boleh membuat permohonan segera dengan merujuk iklan syarat dan ...
Ikuti Saya Di Threads Apa Itu Threads Media Sosial Terbaru Julai 2023

Ikuti Saya Di Threads Apa Itu Threads Media Sosial Terbaru Julai 2023

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 237 hits
Ikuti saya di Apa itu Threads Media Sosial Terbaru Julai 2023 Threads ialah aplikasi baharu daripada syarikat induk Facebook Instagram dan WhatsApp Platform ini kelihatan seperti Twitter dengan suapan siaran berasaskan teks sebahagian besar...
7 Keajaiban Dunia Buatan Manusia Versi Baharu 2023

7 Keajaiban Dunia Buatan Manusia Versi Baharu 2023

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 350 hits
Terdapat banyak struktur buatan yang mengagumkan hanya tujuh telah dipilih dianggap yang terbaik 7 Keajaiban Dunia ini telah berdiri teguh melawan ujian masa secara berterusan membuatkan ramai terpesona dengan hasilnya Set baharu 7 Keajaiba...
Takwim Matrikulasi Kpm 2023 2024 Kalendar Akademik Cuti

Takwim Matrikulasi Kpm 2023 2024 Kalendar Akademik Cuti

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 288 hits
Takwim Matrikulasi bagi penggal 2023 2024 sudah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi pengambilan pelajar baru tahun ini Tahniah kepada para pelajar lepasan SPM yang terpilih untuk menyambung pengajian di peringkat Matri...
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 2023

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 421 hits
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 2023 Terkini SPA telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum...
Majakelat Juara Mega Spontan 2023 Bawa Pulang Rm200 000

Majakelat Juara Mega Spontan 2023 Bawa Pulang Rm200 000

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 187 hits
Kumpulan Majakelat menjuarai program Mega Spontan 2023 yang berlangsung di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia malam tadi Kemenangan itu melayakkan kumpulan yang dianggotai Adlin Aman Ramli Mamat Sepah Sanjna Suri Joey Daud dan Oky
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game