Yasuke Samurai Berkulit Hitam Dalam Sejarah Jepun



Yasuke, Samurai Berkulit Hitam Dalam Sejarah Jepun | Apabila diceritakan tentang kisah samurai, pasti ramai yang membayangkan wajah-wajah pahlawan Jepun yang garang dan bertubuh tegap dilengkapi dengan pakaian perisai penuh sambil menghunus pedang katana yang menjadi simbol keperwiraan bangsa Jepun di zaman Edo. Namun, tahukah anda bahawa kira-kira 500 tahun dahulu wujud seorang lelaki berkulit hitam dari Afrika yang menjadi legenda di kalangan tokoh samurai di Jepun


Pada tahun 1579, seorang mubaligh Kristian dari Itali tiba di Kyoto bersama-sama pembantunya, seorang pemuda berkulit hitam berketurunan Afrika. Mubaligh tersebut, Alessandro Valignano, telah diamanahkan untuk mengembangkan fahaman Katholik di bahagian Asia Timur, terutamanya di Jepun. 
Ketika berada di Jepun, Alessandro berasa terkejut dengan cara mubaligh Kristian lain di sana mengendalikan dakwah mereka kerana mereka enggan menghormati adat dan budaya Jepun serta memandang rendah terhadap orang-orang Jepun. Alessandro tidak menyokong kumpulan mubaligh tersebut lalu menjalankan dakwah dengan caranya tersendiri iaitu dengan mempelajari adat resam serta bahasa Jepun dan bergaul dengan masyarakat sana, sambil dibantu oleh pengikutnya pemuda berkulit hitam yang tidak diketahui nama sebenar dan asal-usulnya itu. 

Ada yang mengatakan kemungkinan pembantu Alessandro berasal dari Mozambique, ada yang kata dari Sudan, ada juga yang membuat andaian bahawa dia berasal dari Ethiopia dan Nigeria. Tiada rekod tentang identiti sebenar pemuda berkulit hitam tersebut, malah namanya juga sehingga kini masih misteri


Pembantu Alessandro menjadi tumpuan ramai mata yang memandang disebabkan rupanya yang unik, sehinggakan ada yang mati kena pijak dalam satu rusuhan beramai-ramai semata-mata hendak melihat wajahnya. Seluruh Jepun kehairanan melihat rupa pemuda itu. Mereka menggelar pemuda berkulit hitam itu "Yasuke", yang bermaksud Si Hitam


Disebabkan Yasuke fasih bertutur dalam bahasa Jepun, dia mampu berbicara dengan masyarakat sekelilingnya. Kemahsyuran Yasuke sampai ke telinga pemerintah daerah ketika itu iaitu Oda Nobunaga. Nobunaga yang terpegun melihat warna kulit Yasuke pada mulanya menyangka badan Yasuke dicat dengan dakwat hitam, malah pernah menyuruh Yasuke membuka baju supaya Nobunaga boleh mencuci kulitnya. Apabila dia menyedari kulit Yasuke memang benar-benar hitam, Nobunaga menganggap Yasuke sebagai dewa lalu menganjurkan kenduri besar sebagai penghormatan ke atasnya


Di samping warna kulit Yasuke, Nobunaga juga tertarik dengan kemahirannya dalam berlawan menggunakan senjata. Lama-kelamaan Yasuke menjadi rapat dengan Nobunaga, sehingga Nobunaga melantiknya menjadi samurai di bawah kepimpinannya. Yasuke diberikan tempat tinggal dan senjata, serta dilantik menjadi pembawa senjata perang. Dari situlah Yasuke menjadi terkenal sebagai Samurai Hitam (the Black Samurai) yang digeruni ramai


Salah seorang samurai pada masa itu, Matsudaira, mencatit bahawa Yasuke mempunyai "ketinggian 6 kaki 2 inci (1.88 m)" dan "kulitnya hitam bak arang". Ketinggian Yasuke merupakan sesuatu yang ganjil di Jepun pada masa itu kerana rata-rata ketinggian normal lelaki Jepun di kurun ke-16 ialah 5 kaki 2 inci (157.9 m)


Pada tahun 1582, pasukan Nobunaga tewas diserang oleh pihak musuh. Sebelum membunuh diri melalui sepukku, Nobunaga mengamanahkan Yasuke untuk membawa pedang warisan miliknya serta menyerahkan kepalanya yang telah dipancung kepada Oda Nobutada, anak lelaki Nobunaga. Nobunaga mengingatkan Yasuke untuk meneruskan perjuangan mereka di sisi Nobutada


Yasuke mengikut amanat Nobunaga dan berlawan di sisi Nobutada di peperangan, sehinggalah pada suatu hari Yasuke ditangkap oleh musuh.

Yasuke dibawa ke hadapan ketua pasukan pihak musuh, Akechi, namun dia tidak dibunuh seperti anggota-anggota pasukan Nobutada yang lain. Sebaliknya Akechi berkata, "lelaki hitam ini tidak harus dibunuh kerana dia bukan manusia, tetapi haiwan yang tidak memahami apa-apa... dia juga bukan orang Jepun."
Akechi mengarahkan supaya Yasuke dihantar ke  di sebuah gereja di Kyoto dan dilepaskan ke sana. 

Semenjak dari itu tiada siapa yang pernah mendengar khabar berita tentang Yasuke lagi. Namun ada desas-desus yang mengatakan bahawa Yasuke telah menjadi seorang ronin (samurai tidak bertuan) dan meneruskan kehidupan di Jepun sebagai pahlawan misteri




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2020/02/yasuke-samurai-berkulit-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teaser Lakeith Stanfield Sebagai Samurai Dalam Anime Terbaru Netflix Yasuke

Teaser Lakeith Stanfield Sebagai Samurai Dalam Anime Terbaru Netflix Yasuke

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 239 hits
Netflix telah melancarkan teaser trailer pertama siri anime terbaru mereka bertajuk Yasuke yang berdasarkan kisah benar mengenai orang Afrika pertama yang menjadi samurai dan berkhidmat untuk Oda Nobunaga pada kurun ke 16 Jepun Dibintangi c...
Sejarah Membuktikan Kempen Utk Pru Ph Lambat Panas

Sejarah Membuktikan Kempen Utk Pru Ph Lambat Panas

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 296 hits
PADA AKU INVOKE telah melakukan yang TERBAIK utk gerakan kempen lebih awal sebelum PH Kalau Invoke tak bergerak lebih dulu nak harap jentera kempen PH yg lambat panas Lambat lagi Sama juga dgn GERAK98 dan Ezam Mereka melakukan yg terdaya Ez...
Sejarah Johor Bermula

Sejarah Johor Bermula

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 636 hits
Sejarah Johor bermula pada tahun 801 Masihi sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting Pada tahun 1511 Melaka telah dikuasai oleh Portugis Sultan Melaka pada pada waktu itu iaitu Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Pahang dan kemudi...
Sejarah Perlindungan Istimewa Pd Cine Oleh Penguase Melayu

Sejarah Perlindungan Istimewa Pd Cine Oleh Penguase Melayu

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 254 hits
Sejarah perlindungan istimewa pd cine oleh penguase melayu dicatatkn dlm riwayat sejarah lame tanah melayu sjk tahun 1800an lg termsk negeri perak Byk kongsi2 gelap melayu yg plg digeruni british ketike itu cube dihapuskn dgn menggunekn kua...
Kejayaan China Basmi Kemiskinan Lakar Sejarah

Kejayaan China Basmi Kemiskinan Lakar Sejarah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 170 hits
Kejayaan China basmi kemiskinan lakar sejarah nbsp Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 Apr 2021 11 30PM
Dalam Sejarah Dunia Belum Ada Negara Bankrap Kerana Bantu Rakyat Susah

Dalam Sejarah Dunia Belum Ada Negara Bankrap Kerana Bantu Rakyat Susah

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 239 hits
POSTED BY AMIR WRLR Pandangan andainya Presiden KEADILAN menjadi Perdana Menteri dan terlalu menumpukan kepada peruntukan membangunkan luar bandar pendidikan serta kesihatan akan mengugat ekonomi negara adalah mengarut Datuk Seri Anwar Ibra...
Sejauh Mana Anda Tahu Tentang Sejadah Ini Sejarah Dan Cara Menjaganya

Sejauh Mana Anda Tahu Tentang Sejadah Ini Sejarah Dan Cara Menjaganya

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 323 hits
INDONESIA Sejadah adalah salah satu kelengkapan solat yang dimiliki oleh setiap umat Islam Diperbuat daripada pelbagai jenis bahan sejadah penting untuk memastikan kebersihan ruang yang digunakan semasa menunaikan solat Saiz sejadah juga pe...
Hub Pelancongan Agama Dedah Sejarah Pulau Besar

Hub Pelancongan Agama Dedah Sejarah Pulau Besar

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 198 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA KERAJAAN Negeri Melaka bercadang menjadikan Pulau Besar sebagai lokasi hub pelancongan agama dengan mendedahkan sejarah penyebaran Islam di pulau itu UTUSAN DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA ALOR GAJAH Kerajaan negeri a...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki