Yang Menang Yang Kalah Pru15


PILIHAN Raya Umum ke-15 yang menarik 73.89 peratusan orang keluar mengundi menghasilkan keputusan bersejarah, tiada pakatan politik berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Pakatan Harapan (bersama Muda) menang 82 kerusi, diikuti rapat Perikatan Nasional dengan 73 kerusi.
Barisan Nasional, Umno terutamanya, yang mendesak pilihan raya awal diadakan tersungkur teruk dengan hanya menang 30 kerusi, manakala Pejuang kalah semua, termasuklah Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.
YANG MENANG
PAS 
Parti Islam itu yang berkempen atas slogan perpaduan ummah- sekaligus bermesraan dengan Umno dan Bersatu serentak- akhirnya mengukuhkan kekuatannya pada pilihan raya kali ini dengan bekerjasama dengan Bersatu dan Gerakan di bawah sepanduk Perikatan Nasional.
Ia menyapu bersih kerusi di Terengganu dan Kelantan menggunakan benderanya sendiri, menandakan yang jenama parti Islam itu terus diterima penduduk Pantai Timur serta di Kedah.
Kegagalan bekas setiausaha Majlis Syura PAS Mohd Khairuddin Aman Razali yang bertanding menggunakan tiket BN, misalnya, mencadangkan yang tsunami PAS tidak boleh lagi dipandang enteng.
Kejayaan besar parti itu membuktikan yang kekuatannya kini perlu diakui bukan sahaja di dalam PN tetapi juga dalam arena politik negara.
Ia turut membuktikan yang politik kaum dan agama membuahkan hasil, yang menjelaskan mengapa pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin terus menang besar -walaupun atau kerana- kenyataan Kristianisasi negara yang dibuatnya menjelang pengundian.
GPS
Gabungan Parti Sarawak yang menang selesa 22 kerusi adalah ‘kingmaker’ dalam situasi semasa Parlimen tergantung. Hanya masa akan menentukan sama ada GPS bersedia bekerjasama dengan PN yang kini mempunyai rakan parti Islam yang sangat kuat.
Pakatan Harapan  
Gabungan politik PKR, DAP dan Amanah yang bekerjasama dengan Muda meraih kejayaan di 91 kerusi, merosot berbanding yang dikecapinya pada pilihan raya lepas.
Walaupun PH berjaya mempertahankan kebanyakan kerusinya, perlu diingatkan yang Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution tewas di Kulim kepada calon PN Roslan Hashim, Nurul Izzah Anwar kehilangan kerusi legasi keluarganya di Permatang Pauh kepada calon PN Fawwaz Mat Jan yang menang dengan majoriti 5,272 undi.  
Tidak mempunyai jumlah kerusi Parlimen mencukupi bermakna PH perlu mencari kesepakatan dengan parti lain, terutamanya pakatan politik dari Borneo.
YANG KALAH
Barisan Nasional
BN di kedudukan ketiga pada pilihan raya kali ini, hanya menang 30 kerusi di bawah kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi yang bergelumang dengan kes mahkamah.
Kesannya, kepimpinan Zahid dalam Umno kini tergugat dan ahli parti dijangka mendesaknya meletak jawatan kerana prestasi buruk BN.
Tindakan Zahid yang mengugurkan beberapa orang kuat Umno yang dilihat mesra Ismail Sabri Yaakob pada pilihan raya kali ini juga turut menyumbang kepada nasib buruk Umno.
Ismail Sabri kini sah memegang gelaran perdana menteri tersingkat dalam sejarah negara, manakala impian Khairy Jamaluddin menjadi perdana menteri hancur berkecai apabila tersungkur di Sungai Buloh.
Pejuang
Pengerusi Dr Mahathir Mohamad kalah teruk di tangan calon PN yang mendapat majoriti 13,518 undi sehingga hilang wang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.
Anaknya, Mukhriz, serta calon Gerakan Tanah Air lain turut kalah teruk, menimbulkan persoalan sama ada Pejuang dan GTA akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas PRU15.
Pengkhianat PKR
Antara “Penggerak Langkah Sheraton” yang dibenam pada PRU15 adalah Mohamed Azmin Ali di Gombak yang kalah kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, dan juga Zuraida Kamaruddin yang bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia.
Nampaknya pengundi tidak dapat memaafkan pengkhianatan kedua-dua mereka.
Dalam beberapa hari akan datang, negara akan menyaksikan kesibukan pakatan dan parti politik berunding untuk menentukan pihak mana yang mentadbir Malaysia, dan pengundi selepas menjalankan tanggungjawab akan menanti penuh debar. – 20 November,2022.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/yang-menang-yang-kalah-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takiyuddin Kata Pn Mungkin Akan Bergabung Dengan Bn Jika Gagal Menang Pru15 Secara Bersendirian Muhyiddin Pula Nafikan

Takiyuddin Kata Pn Mungkin Akan Bergabung Dengan Bn Jika Gagal Menang Pru15 Secara Bersendirian Muhyiddin Pula Nafikan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 190 hits
Pas tidak menolak kemungkinan bahawa Perikatan Nasional akan membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional sekiranya mereka gagal memenangi PRU15 secara bersendirian Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata PN tidak akan sesekal...
Agong Akan Tentukan Pm Jika Bn Menang Pru15 Kata Zahid

Agong Akan Tentukan Pm Jika Bn Menang Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 197 hits
malaysiakini comPengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk menentukan seorang perdana menteri sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umu...
Najib Nafi Dibebaskan Segera Jika Bn Menang Pru15

Najib Nafi Dibebaskan Segera Jika Bn Menang Pru15

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 180 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Najib Razak menafikan sekeras kerasnya dakwaan mengatakan akan dibebaskan segera menerusi pengampunan diraja sekiranya Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum ke 15 Peguam Najib Shafee Abdullah berkata beka...
Mereka Mereka Ini Dijangka Kalah Pru15 Menurut Penganalisis

Mereka Mereka Ini Dijangka Kalah Pru15 Menurut Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 373 hits
PILIHAN Raya Umum ke 15 yang digelar ibu kepada segala pilihan raya oleh sesetengah pihak bakal menyaksikan pertarungan beberapa calon heavyweight parti politik Walaupun semua mata dijangka tertumpu pada nama nama besar tumpuan juga diberi ...
Rafizi Ph Menang Pru15 Azam Baki Kami Cari Dahulu

Rafizi Ph Menang Pru15 Azam Baki Kami Cari Dahulu

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 211 hits
Berang dengan serbuan SPRM ke atas Invoke Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberi amaran kepada ketua pesuruhjayanya Azam Baki bahawa Pakatan Harapan mencarinya pula berhubung skandal pegangan sahamnya sebelum ini jika gabungan itu memen...
Para Pemimpin Bn Sebulat Suara Bersetuju Zahid Hamidi Tidak Akan Dilantik Sebagai Pm Jika Bn Menang Pru15 Tok Mat

Para Pemimpin Bn Sebulat Suara Bersetuju Zahid Hamidi Tidak Akan Dilantik Sebagai Pm Jika Bn Menang Pru15 Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 229 hits
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan sekali lagi menyakinkan rakyat bahawa Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi tidak akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum Ke 15 Beliau berkata para pemimpin U...
Bn Kalah Teruk Pada Pru15 Mb Johor Gesa Zahid Letak Jawatan

Bn Kalah Teruk Pada Pru15 Mb Johor Gesa Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 248 hits
freemalaysiatoday com November 20 2022 9 08 AMOnn Hafiz Ghazi berkata tindakan Ahmad Zahid Hamid meletak jawatan sebagai presiden akan membantu Umno mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti PETALING JAYA Presi...
Bagaimana Ph Bakal Menang Banyak Kerusi Pru15

Bagaimana Ph Bakal Menang Banyak Kerusi Pru15

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 369 hits
1 Sebelum ini selepas kejatuhan kerajaan PH aku pernah tulis yang BN mungkin akan menang besar dalam PRU15 akibat kekecewaan rakyat terhadap PH semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan 2 Ini dikuatkan lagi dengan keputusan PRK PRK yang diada...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner