Agong Akan Tentukan Pm Jika Bn Menang Pru15 Kata Zahid


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Nov 15, 2022 10:23 AM
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menentukan seorang perdana menteri sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), Sabtu ini.

"Kita yakin bahawa kuasa mutlak Agong terdapat di dalam perlembagaan persekutuan 43 (1) (B) ialah adalah kuasa mutlak melantik perdana menteri.

"Saya yakin Tuanku akan menggunakan kebijaksanaan untuk menentukan siapakah akan perdana menteri apabila BN memperolehi jumlah majoriti yang mencukupi untuk kita menubuhkan kerajaan," katanya kepada pemberita di Hutan Melintang, Bagan Datuk malam tadi.
Mengikut kelaziman dan tradisi, presiden Umno akan menjadi perdana menteri sekiranya BN yang diterajuinya menang pada pilihan raya. Bagaimanapun perdana menteri sekarang adalah Ismail Sabri Yaakob.

Malah, Ismail Sabri berkata, pemilihannya sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu telah diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung Umno 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada April lepas.

Pada sidang media itu, Zahid juga ditanya mengenai serangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang terus mendakwa bahawa dirinya akan mengadakan bekerjasama dengan Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan pusat.
Bagi Zahid, dakwaan itu dibuat adalah kerana kegagalan PN mewujudkan ‘khemah besar’ di kalangan pembangkang dan terpaksa melepaskan “'tembakan yang tidak bersasar”.

"Dakwaan itu datang daripada PN. Sebab mereka berhajat untuk membuat khemah besar tetapi akhirnya khemah besar itu tidak menjadi realiti.

"Sebab itu mereka menembak secara tidak bersasar tembak, menembak secara rambang," katanya.

Presiden Umno itu terdahulu menghadiri majlis terbuka Deepavali anjuran Pertubuhan Sanmarka Orang India kawasan Hutan Melintang, di Bagan Datuk.

Bagaimanapun, Zahid berkata bahawa serangan itu tidak akan berjaya kerana dia yakin BN mampu menubuhkan kerajaan pusat tanpa mengadakan sebarang pakatan dengan mana-mana parti pembangkang.

"Saya yakin akhirnya yang akan membentuk kerajaan ialah BN dan tentunya 'post electoral' (selepas pemilihan) kita akan menentukan bahawa dua pertiga majoriti mesti diperolehi.

"Ini kerana kerajaan akan terbentuk nanti adalah kerajaan yang stabil dan kita tidak mahu kerajaan yang goyang dan ini akan menyusahkan rakyat," katanya.

Khemah besar merujuk kepada idea yang dilontarkan PH dalam pemukiman pemimpin gabungan itu pada April lalu untuk menyatukan dan mengadakan kerjasama dengan parti-parti lain.

Namun ia tidak menjadi kenyataan susulan perbezaan ketara, khususnya bagi parti sekutu yang menjadi seteru.

Kerusi Parlimen Bagan Datuk kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Selain Zahid, calon-calon lain adalah Shamsul Iskandar Md Akin dari Pakatan Harapan (PH) Nik Muhammad Faiz Na'aman dari Perikatan Nasional (PN) dan Tawfik Ismail dari Gerak Independent (GI) - yang merupakan anak sulung timbalan perdana menteri kedua negara Allahyarham Dr Ismail Abdul Rahman.

Bagan Datuk adalah kubu kuat Zahid yang dipegangnya sejak 1995.

Dia mengekalkan kerusi itu pada 2018 dengan majoriti 5,073 undi dan meraih 51.4 peratus undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov (hari ini).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/agong-akan-tentukan-pm-jika-bn-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Perdana Menteri Selepas Pru15 Terpulang Kepada Agong Kata Zahid

Ismail Sabri Perdana Menteri Selepas Pru15 Terpulang Kepada Agong Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 200 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional namun berkata Agong mempunyai hak mutlak untuk memilih ketua kerajaan selari dengan Perlembagaa...
Tu Dia Punya Terdesaknya Zahid Macam Macam Ditawarkan Jika Bn Menang Pru15

Tu Dia Punya Terdesaknya Zahid Macam Macam Ditawarkan Jika Bn Menang Pru15

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 193 hits
Pendidikan tinggi percuma jika BN menang PRU15Anne MuhammadPETALING JAYA Setiap pelajar B40 layak mendapat pendidikan tinggi percuma jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum ke 15 dan membentuk kerajaan ikrar Pengerusinya Ahmad Zah...
Zahid Kata Ikut Budi Bicara Agong Tapi Ismail Sabri Kata Dirinya Calon Pm

Zahid Kata Ikut Budi Bicara Agong Tapi Ismail Sabri Kata Dirinya Calon Pm

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 176 hits
agendaily com16 11 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Walaupun Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata lantikan Perdana Menteri baharu adalah bergantung kepada budi bicara...
Takiyuddin Kata Pn Mungkin Akan Bergabung Dengan Bn Jika Gagal Menang Pru15 Secara Bersendirian Muhyiddin Pula Nafikan

Takiyuddin Kata Pn Mungkin Akan Bergabung Dengan Bn Jika Gagal Menang Pru15 Secara Bersendirian Muhyiddin Pula Nafikan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 190 hits
Pas tidak menolak kemungkinan bahawa Perikatan Nasional akan membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional sekiranya mereka gagal memenangi PRU15 secara bersendirian Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata PN tidak akan sesekal...
Bn Sedia Beri Kerakyatan Kepada Anak Yang Lahir Di Luar Negara Jika Menang Pru15 Zahid Hamidi

Bn Sedia Beri Kerakyatan Kepada Anak Yang Lahir Di Luar Negara Jika Menang Pru15 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 228 hits
BN sedia beri kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara jika menang PRU15 Zahid HamidiFoto The StarBarisan Nasional bersedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara ole...
Para Pemimpin Bn Sebulat Suara Bersetuju Zahid Hamidi Tidak Akan Dilantik Sebagai Pm Jika Bn Menang Pru15 Tok Mat

Para Pemimpin Bn Sebulat Suara Bersetuju Zahid Hamidi Tidak Akan Dilantik Sebagai Pm Jika Bn Menang Pru15 Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 229 hits
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan sekali lagi menyakinkan rakyat bahawa Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi tidak akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum Ke 15 Beliau berkata para pemimpin U...
Pn Janji Akan Isytihar Cuti Umum Jika Menang Pru15 Untuk Memudahkan Pengundi

Pn Janji Akan Isytihar Cuti Umum Jika Menang Pru15 Untuk Memudahkan Pengundi

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 232 hits
PN janji akan isytihar cuti umum jika menang PRU15 untuk memudahkan pengundiPerikatan Nasional berjanji akan mengisytiharkan cuti umum jika perikatan itu berjaya memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi PN Tan Sri Muhyi...
Selepas Kj Kata Pak Syeikh Kawan Baik Zahid Anak Murid Tertekan

Selepas Kj Kata Pak Syeikh Kawan Baik Zahid Anak Murid Tertekan

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 259 hits
agendaily com08 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin tertekan susulan peningkatan sokongan termasuk daripada ahli UMNO sendiri kepada Perikatan Na...
Awani Ringkas Pru15 Cuti 20 21 Nov Jika Pn Menang

Awani Ringkas Pru15 Cuti 20 21 Nov Jika Pn Menang

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 292 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah