Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Sabah Melaka Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Wilayah Persekutuan


 

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mendahului senarai 335 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.
Mereka menerima Darjah Kebesaran Pangkat Pertama iaitu Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Turut menerima SUMW ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib; Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Selain itu, seramai 24 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua iaitu Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.


Penerima lain termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Suhaime Mahbar; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan serta Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Yusof Ismail.
SMW turut dikurniakan kepada mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan Kuala Lumpur iaitu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah; bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Dr Noordin Ab Razak serta pakar bahasa yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Dr Awang Sariyan.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi antara 81 individu yang dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga iaitu Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Penerima lain termasuk Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail; Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Prof Dr Shamrahayu Ab Aziz; dan ahli-ahli sukan negara seperti tokoh badminton negara Abd Rashid Mohd Sidek dan Cheah Soon Kit; Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia yang juga ahli Pasukan Malaysia Pendakian Everest, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan penggiat seni tanah air termasuk Sasterawan Negara, Prof Dr Siti Zainon Ismail dan penulis lirik serta penulis skrip terkemuka, Habsah Hassan.
Seterusnya, seramai 49 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Keempat iaitu Johan Mahkota Wilayah (JMW), 76 orang menerima Darjah Kebesaran Pangkat Kelima iaitu Kesatria Mahkota Wilayah (KMW.), 31 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Keenam iaitu Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 68 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Ketujuh iaitu Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Selain itu, seramai 69 individu daripada kementerian, agensi dan organisasi yang memainkan peranan penting dalam memerangi pandemik COVID-19 turut dikurniakan pelbagai pangkat darjah kebesaran, termasuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Pusat Pengurusan Krisis Jawatankuasa Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar yang dianugerahi SMW.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Dr Hishamshah Mohd Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan, Dr Param Jeeth Singh serta Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Kem Sungai Besi, Brig. Jen. Ab Aziz Mohd Sharif pula dianugerahi PMW.
Turut menerima anugerah ialah Pengarah Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Keselamatan Negara, Azizah Mohamed Said; Pengarah Bahagian Logistik Agensi Pengurusan Bencana Negara, Amaluddin Suib dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, SAC Izan Bakri yang masing-masing dikurniakan JMW.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media khas mengumumkan senarai penerima terbabit di sini hari ini, berkata tarikh istiadat pengurniaan sedang dimuktamadkan.
"Walaupun istiadat belum diadakan, selaras dengan peruntukan di bawah Statut Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah, ahli-ahli Darjah Kebesaran Pangkat Pertama, SUMW, boleh pada setiap masa memiliki, menggunakan dan menikmati gelaran dan nama Datuk Seri Utama sebelum nama mereka manakala wanita, yang suami mereka dikurniai SUMW boleh pada setiap masa memiliki, menggunakan dan menikmati gelaran dan nama Datin Seri Utama sebelum nama mereka," katanya.
Menurutnya perkara sama turut terpakai kepada ahli Darjah Kebesaran Pangkat Kedua SMW dan Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga PMW serta isteri masing-masing.
"Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah dan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan bakti yang disumbangkan oleh semua penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2021," katanya. - BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/02/yang-dipertua-negeri-pulau-pinang-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Di Wilayah Persekutuan 6 Negeri Dilanjutkan Hingga 4 Feb

Pkp Di Wilayah Persekutuan 6 Negeri Dilanjutkan Hingga 4 Feb

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 239 hits
Perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 4 Februari untuk enam negeri dan kesemua Tiga Wilayah Persekutuan Ia melibatkan Kuala Lumpur Putrajaya dan Labuan serta Selangor Melaka Johor Pulau Pinang Kelantan dan Sabah Dengan lanjutan i...
Seramai 335 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah

Seramai 335 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh KUALA LUMPUR Yang di Pertua Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas mendahului senarai 335 penerima darjah kebesaran bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini Abdul Rahman dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah ya...
Ustaz Ebit Liew Di Larang Memasuki Pulau Di Sabah Untuk Misi Bantuan

Ustaz Ebit Liew Di Larang Memasuki Pulau Di Sabah Untuk Misi Bantuan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 343 hits
Semua sedia maklum kan Ustaz Ebit Liew seorang pendakwah yang menggunakan platform sumbangan bantuan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa Minggu ini UEL berada di Sabah untuk misi bantuan ke pulau di Sabah Namun mendapat ber...
Covid19 Pulau Pinang Seru Pendekatan Tiada Pergerakan Tiada Jangkitan

Covid19 Pulau Pinang Seru Pendekatan Tiada Pergerakan Tiada Jangkitan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 219 hits
Rakyat Pulau Pinang harus mengambil pendekatan Tiada Pergerakan Tiada Jangkitan dalam usaha untuk terus memutuskan rantaian penularan pandemik COVID 19 khususnya di negeri ini kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata slogan tersebut ...
Pulau Pinang Mohon Kebenaran Kkm Untuk Program Saringan Berskala Besar

Pulau Pinang Mohon Kebenaran Kkm Untuk Program Saringan Berskala Besar

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 288 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap Jabatan Kesihatan akan mempertimbang untuk mempercepat kelulusan berhubung penganjuran programnya bagi mengadakan ujian saringan COVID 19 berskala besar susulan kadar kes positif yang tinggi di negeri i...
Ternakan Babi Di Pulau Pinang Pada Tahap Industri

Ternakan Babi Di Pulau Pinang Pada Tahap Industri

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 285 hits
Ternakan babi di negeri ini telah mencapai tahap industri dengan sebahagian besar pengeluaran haiwan itu adalah untuk tujuan eksport berbanding menjadi keperluan makanan atau industri tempatan Pengerusi Badan Bertindak Pencemaran Sungai Kre...
Solat Fardu Jumaat Di Masjid Surau Di Pulau Pinang Dibenarkan Dengan Jumlah Tertentu

Solat Fardu Jumaat Di Masjid Surau Di Pulau Pinang Dibenarkan Dengan Jumlah Tertentu

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 230 hits
Oleh Foto hiasan GEORGETOWN Kerajaan negeri membenarkan solat fardu di semua masjid dan surau di negeri ini dengan maksimum 15 jemaah Bagi solat Jumaat kebenaran diberikan kepada 12 hingga 45 jemaah berusia 15 hingga 70 tahun termasuk jawat...
Penerima Pingat Kebesaran Berkualiti Rendah

Penerima Pingat Kebesaran Berkualiti Rendah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 96 hits
BOB KELANANG Hari Wilayah xder kena mengena ngan aku aku rakyat negeri lain So bila Hari Wilayah tu dipenuhi dengan orang orang tertentu yang dapat pingat tetiba jer jadi gelak bila memikirkan yang Wilayah Persekutuan dah jadi macam Negeri ...
Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

Adapting To Consumer Behavior

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Bagaimana Arab Saudi Menjadi Semakin Hijau

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Cik Piah Nak Suami Raya Chord

Dap Sudah Perangai Sama Sakau Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Nga Kor Ming Azmin Ali