Yang Di Pertuan Agong Tiada Keperluan Untuk Isytiharkan Darurat Di Malayaia Buat Masa Ini


 


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.
Katanya, Agong bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.
Katanya setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu serta melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
"Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini daripada terus merebak.
"Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia," katanya.
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah berkenan memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Muhyiddin Yassin di majlis mengadap di Kuantan, Pahang pada 23 Okt lalu
Katanya permohonan tersebut ialah pelaksanaan darurat mengikut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.
Walaupun darurat tidak diisytiharkan, kata Ahmad Fadil, Agong mengingatkan ahli politik agar menghentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
"Al-Sultan Abdullah turut berpendapat tiada perlunya ahli-ahli parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada," katanya.
Ahmad Fadil menambah, Agong turut menegaskan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di sidang parlimen akan datang amat penting kepada rakyat untuk menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
"Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya.
Pada masa sama Ahmad Fadil menjelaskan Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baru dan kes positif harian Covid-19 di seluruh negara.
Katanya Al-Sultan Abdullah yakin dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang pernah dipamerkan bersama, rakyat negara ini mampu sekali lagi memerangi gelombang ketiga penularan Covid-19.
"Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat - tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik - agar mengetepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.
"Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/10/yang-di-pertuan-agong-tiada-keperluan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Keperluan Perisytiharan Darurat Pengikhtirafan Dan Peringatan Dari Spb Yang Di Pertuan Agong

Tiada Keperluan Perisytiharan Darurat Pengikhtirafan Dan Peringatan Dari Spb Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 220 hits
Oleh Ahmad Syukri bin KhusainiPada hari Jumaat 23 Oktober 2020 yang lalu negara dikejutkan dengan satu Mesyuarat Kabinet Khas di mana ianya dikhabarkan berkaitan dengan peningkatan kes COVID 19 di Malaysia beserta kemelut politik di dalam n...
Tiada Keperluan Isytihar Darurat Di Negara Ini Yang Di Pertuan Agong

Tiada Keperluan Isytihar Darurat Di Negara Ini Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 289 hits
Dalam kenyataan media yang baharu dikeluarkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah telah berkenan memperhalusi permoho...
Tiada Keperluan Isytihar Darurat Kata Agong

Tiada Keperluan Isytihar Darurat Kata Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 324 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini Titah baginda kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan pe...
Agong Titah Tiada Keperluan Isytihar Darurat

Agong Titah Tiada Keperluan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 250 hits
SHAH ALAM 25 OKT Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah bertitah tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau ma...
Tiada Keperluan Untuk Isytihar Darurat Semua Ahli Politik Perlu Memberhentikan Segera Bermain Politik Titah Ydp Agong

Tiada Keperluan Untuk Isytihar Darurat Semua Ahli Politik Perlu Memberhentikan Segera Bermain Politik Titah Ydp Agong

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana mana bahagian negara Malaysia buat masa ini Seri Paduka Baginda sebal...
Agong Mendapati Tiada Keperluan Isytihar Darurat

Agong Mendapati Tiada Keperluan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 298 hits
Oleh bharian com Oktober 25 2020 6 34pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah bertitah tiada keperluan untuk mengisyt...
Gerakkan Pembela Ummah Negeri Melaka Menyokong Cadangan Darurat Kepada Dymm Yang Di Pertuan Agong

Gerakkan Pembela Ummah Negeri Melaka Menyokong Cadangan Darurat Kepada Dymm Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 271 hits
Proklamasi darurat adalah satu cara yang boleh diambil oleh kerajaan dalam menghadapi ancaman Covid 19 kestabilan ekonomi dan kemelut politik Langkah ini adalah perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan nbsp UMMAH Melaka berpend...
Anwar Tolak Usul Darurat Agong Fahami Resah Rakyat

Anwar Tolak Usul Darurat Agong Fahami Resah Rakyat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 572 hits
SHAH ALAM 25 OKT Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan penolakan usul pengisytiharan darurat oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berlandaskan semangat perlembagaan dan memahami keresaha...
Tiada Darurat Covid 19 Ditangani Cara Berkesan Titah Agong

Tiada Darurat Covid 19 Ditangani Cara Berkesan Titah Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 234 hits
Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menegaskan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan amat penting kepada rakyat Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 25 Okt Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri yatuddin Al Mustafa Billa...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven