Yang Di Pertuan Agong Malaysia Nama Next Agung Baru


Senarai nama yang di pertuan Agong Malaysia: Siapakah giliran Nama Next Agung baru tahun 2024

Seri Paduka Baginda yang dipertuan agong merupakan pemerintah tertinggi negara yang menjalankan tugas-tugas melibatkan hal ehwal negara yang sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Negara Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen mestilah dipimpin oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Beliau diberikan mandat untuk mengetuai pembahagian kuasa pemerintahan yang terbahagi kepada perundangan, kehakiman dan eksekutif. Segala tugas-tugas yang dijalankan oleh yang di pertuan agong malaysia adalah di bawah nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Menurut sistem pemerintahan beraja Malaysia, kepimpinan dan pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia adalah digilirkan pada setiap lima (5) tahun. Pergiliran ini melibatkan antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.
Sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja, jawatan yang di pertuan agong malaysia ini mestilah dipilih oleh Majlis Raja-raja. Oleh yang demikian, jawatan dan kedudukan seseorang yang dipertuan agong ini adalah sangat signifikan dalam hierarki pertubuhan sebuah negara yang maju dan harmoni.
Senarai Yang Dipertuan Agong Malaysia Dari Dahulu Sehingga Sekarang 2024 Berikut merupakan senarai nama yang di pertuan agong malaysia yang telah berkhidmat dan menabur bakti di Malaysia dari dahulu sehingga agung terbaru;
BACA SINI >> Anwar Ibrahim Perdana Menteri Biodata PM ke 10 2024 BACA SINI >> Menteri Kabinet Malaysia 2023: Senarai Barisan Kerajaan Baru BACA SINI >> Tun dr mahathir NAMA AGONG MALAYSIANEGERITEMPOH PEMERINTAHAl-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku MuhammadSultan Negeri Sembilan 3 Ogos 1957 – 1 April 1960Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman ShahSultan Selangor14 April 1960 – 1 September 1960Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan JamalullailSultan Perlis21 September 1960 – 20 September 1965Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal AbidinSultan Terengganu21 September 1965 – 20 September 1970Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan BadlishahSultan Kedah21 September 1970 – 20 September 1975Al-Marhum Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan IbrahimSultan Kelantan21 September 1975 – 29 Mac 1979Al-Marhum Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam ShahSultan Pahang26 April 1979 – 25 April 1984Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan IsmailSultan Johor26 April 1984 – 25 April 1989Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarrullahu-lahSultan Perak26 April 1989 – 25 April 1994Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanSultan Negeri Sembilan26 April 1994 – 25 April 1999Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlhajSultan Selangor26 April 1999 – 21 November 2001Tuanku Syed Sirajuddin Inbi Al-Marhum Tuanku Syed Putra JamalullailSultan Perlis13 Disember 2001 – 12 Disember 2006Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal ShahSultan Terengganu13 Disember 2006 – 12 Disember 2011Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan BadlishahSultan Kedah13 Disember 2011 – 12 Disember 2016Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Sultan Kelantan13 Disember 2016 – 6 Januari 2019Nama Agong ke 16 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahSultan Pahang31 Januari 2019 – 30 Januari 2024Nama Agong ke 17 adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor31 Januari 2024Next agong malaysia ke 18 [akan dikemaskinikan]//SUMBER: Istana Negara
Bila Tarikh Mula Sultan Johor Jadi Agong Suami sudah sedia maklum yang mana giliran next agong malaysia ke 17 adalah dari Sultan Johor bermula tahun 2024 hingga.
Berkuatkuasa bermula 31 Januari 2024, giliran sultan johor jadi agong 2024 iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar akan menyandang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia bagi tempoh lima (5) tahun seterusnya.
Majlis Raja-Raja Melayu bersetuju untuk perlantikan tersebut menerusi Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober 2023.
Bila Tarikh Akhir Sultan Johor Jadi yang Di Pertuan Agong Malaysia Perlantikkan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia adalah memakai sistem pergiliran di antara 9 buah negeri beraja.
Tempoh pemerintahan mereka adalah selama 5 tahun.
Oleh yang demikian, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ini akan meletakkan takhtanya pada 30 Januari 2029.
Syarat Dan Faktor Permilihan Agung Malaysia Berdasarkan Jadual Ketiga Perlembangan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja, YDPA dipilih mengkut kaedah dan cara yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh Majlis Raja-Raja sebelum pemilihan yang dipertuan agong ini boleh dijalankan dan diperkenankan termasuklah;
Raja paling kanan dari segi pemerintahannya akan dipilih terlebih dahulu dalam kalangan Sultan dan Raja bagi sembilan (9) negeri beraja. Baginda yang dilantik mendapat perkenan untuk menjadi dan menyandang jawatan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA). Agung Malaysia tersebut mestilah tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental agar pemerintahan berjalan dengan adil dan saksama. Baginda merupakan raja yang berada di kedudukan teratas dalam kalangan raja-raja lain. YDPA yang dilantik mestilah bukan merupakan yang dipertuan agong yang memegang jawatan melebihi dua (2) penggal berturut-turut. Manakala, pemilhan seseorang yang di pertuan agong malaysia ini adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu dari segi umur, perkenan dan kesesuaian menjalani tugas -tugas YDPA.
Raja-raja Melayu ini layak untuk dipilih sebagai agung malaysia kecuali mereka adalah tergolong seperti yang berikut;
Yang dipertuan agong belum mencapai umur dewasa. YDPA yang bakal dilantik telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat untuk dipilih sebagai YDPA. YDPA yang bakal dilantik tidak sesuai atau tidak layak untuk menjalankan tugas atau fungsi sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.  Bagaimana Cara dan Proses Lantik Agong Baru Perlantikan yang di pertuan agong malaysia mestilah dilakukan tidak lewat daripada empat (4) minggu daripada tarikh berlakunya kekosongan jawatan tersebut.
Proses perlantikan ini mestilah dipilih menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual 3 Perlembagaan Persekutuan & Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.
Pemilihan yang di pertuan agong malaysia ini akan berlaku dalam persidangan antara Majlis Raja-Raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan memberi kertas undi kepada setiap raja dan penandaan undi dijalankan.
Ianya dilakukan secara undi sulit. Calon agung malaysia mestilah mendapat majoriti lima (5) undi untuk memegang jawatan tersebut. 
Proses lantikkan ini akan dijalankan sehinga baginda menerima tawaran jawatan yang dipertuan agong tersebut. Kertas undi ini akan dimasukkan ke dala peti undi semasa proses perlantikkan dijalankan.
Akhir sekali, kertas undi akan dimusnahkan selepas keputusan undian diumumkan di hadapan Raja-Raja.
Secara tidak langsung, perlantikkan tersebut berkuatkuasa dan YDPA dilantik untuk tempoh lima tahun. 
Senarai Kuasa Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Malaysia mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan di mana Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dilantik untuk menjalankan pemerintahan kerajaan tertakluk pada Perlembagaan Persekutuan.
Ianya merupakan salah satu daripada beberapa bentuk monarki yang diiktiraf di dunia.
Baginda merupakan pemerintah tertinggi yang menjadi tunggak utama pemerintahan negara Malaysia yang mana bidang kuasanya meliputi bidang kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman. 
Berdasarkan Perkara 181 (1) di dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan YDPA dalam menjamin kedaulatan dan kesejahteraan negara telah memperuntukkan definisi bidang kuasa YDPA.
Berikut merupakan senarai bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong yang perlu disandang oleh Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dengan adil dan saksama;
Yang di pertuan agong malaysia (YDPA) merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang bertindak dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara Malaysia. Baginda merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda dan negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan. Baginda mempunyai autoriti tertinggi dalam melantik Perdana Menteri Malaysia dan anggota kabinet di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Baginda bertanggungjawab dalam memelihara kedudukan istana dan hak orang Melayu dan Bumiputera. Baginda memegang kuasa dalam memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain sebagai warganegara Malayia. Baginda juga mempunyai kuasa untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen, serta memanggil, memberhentikan dan membubarkan Parlimen. Yang dipertuan agong mempunyai autoriti untuk mengurniakan darjah kebebasan, bintang dan pingat. Apakah Yang Dipertuan Agong Malaysia Boleh Pecat Dan Singkir Perdana Menteri Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dilantik di bawah perkenan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA) dengan kuasa budi bicara baginda.
Perlantikan ini mestilah tidak dipegaruhi atau tanpa pengaruh nasihat daripada mana-mana pihak.
Kuasa perlantikan Perdana Mentei ini adalah tertakluk pada Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan. Ianya tidak boleh dilakukan secara sebarangan.
Perlantikan ini mestilah mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. 
Agung malaysia diberi kuasa autoriti dalam melantik Perdana Menteri sepertimana yang tertakluk di dalam Perlembagaan Negara.
Namun begitu, kuasa memecat atau menyingkir ini tidak dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Akan tetapi, secara amnya, prinsip umum menerusi Seksyen 29 Jadual Ke-11 Perlembagaan Persekutuan, yang dipertuan agong yang mempunyai kuasa dalam melantik  pastinya mempunyai kuasa dalam memecat Perdana Menteri mengikut kepercayaan majoriti Ahli Dewan.
Sebagai kesimpulannya, kuasa melantik merupakan bidang kuasa yang di pertuan agong, manakala kuasa memecat tidak tertakluk kepada kuasa budi bicara YDPA.
Pemecatan hanya boleh berlaku jika Baginda yakin mengenai kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan terhadap Perdana Menteri sepertimana yang dijelaskan dalam Perkara 43(4).
Senarai Giliran Yang Dipertuan Agong Mengikut Negeri di Malaysia Penggiliran yang di pertuan agong ini tertakluk kepada perkenan dan undi rahsia ketika Mesyuarat Pemilihan Majlis Raja-Raja.
Ianya digilirkan mengikut tempoh lima (5) tahun tampuk pemerintahan mengikut negeri-negeri beraja.
Berikut merupakan senarai giliran Yang Di-Pertuan Agong mengikut negeri;
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Sultan Selangor Raja Perlis Sultan Terengganu Sultan Kedah Sultan Kelantan Sultan Pahang Sultan Johor Sultan Perak Kelebihan Sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia Perlembagaan Persekutuan diwujudkan untuk menjamin kedaulatan dan kuasa beraja di Malaysia agar terus berkekalan sebagaimana menurut Perkara 181 (1).
Kuasa Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) di dalam perlembagaan ini terus disanjung dan dipertahankan bagi menjamin pembahagian bidang kuasa utama negara dapat dijalankan dengan adil dan saksama.
Keunikan sistem beraja berpelembagaan ini adalah bermula sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kuasa yang dimiliki oleh YDPA mengatasi segala kuasa Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikkannya.
Oleh yang demikian, sistem ini dianggap unik berbanding negara-negara lain kerana ketua negara dipilih secara bergilir daripada sepuluh (10) orang Raja yang memerintah Negeri-Negeri Melayu.
Justeru itu, raja yang terpilih dan dipilih sahaja yang dilantik menjadi YDPA berdasarkan syarat dan faktor pemilihan yang di pertuan agong malaysia. Pemilihan ini adalah menurut kaedah monarki yang bercorakkan demokrasi.
Ianya penting bagi memastikan kedudukan Raja-Raja Melayu ini disanjung demi kedaulatan sebuah negara Malaysia. 
Sumber Asal Yang Rasmi : Yang di Pertuan Agong Malaysia: Nama Next Agung Baru
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/yang-di-pertuan-agong-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Di Pertuan Agong Permaisuri Pamer Bakat Membaca Berita Tv Dapat Pujian Daripada Netizen

Yang Di Pertuan Agong Permaisuri Pamer Bakat Membaca Berita Tv Dapat Pujian Daripada Netizen

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 83 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita Media Prima untu...
Langkah Dubai 120 Sd Dan 3 Nama Calon Pm Disembah Kepada Agong

Langkah Dubai 120 Sd Dan 3 Nama Calon Pm Disembah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 149 hits
Langkah Dubai 120 SD dan 3 nama calon PM disembah kepada Agong ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be LYvlPaHyEH0 src in org https www youtube com embed LYvlPaHyEH0 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod http...
Agong Berkenan Rasmi Lokasi Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia Di Kampung Paya Siput Lanchang

Agong Berkenan Rasmi Lokasi Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia Di Kampung Paya Siput Lanchang

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 80 hits
TEMERLOH Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia di Kampung Paya Siput Lanchang di sini Seri Paduka bertitah kawasan berkenaan yang d...
Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong Untuk Master Dan Phd

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong Untuk Master Dan Phd

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 112 hits
Makluman kepada calon Master dan PHD peluang untuk anda mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong dibuka untuk anda Biasiswa yang paling istimewa keran ianya dibawah YDPA Anda boleh menjadi insan bertuah sekiranya terpilih Ikuti maklumat lebih l...
Towards 2024 Excitement Mounting Over New Yang Di Pertuan Agong Nsttv

Towards 2024 Excitement Mounting Over New Yang Di Pertuan Agong Nsttv

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR The impending arrival of new Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar is set to be one of the key highlights of 2024 The Johor ruler will become Malaysia s 17th King replacing Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Must...
Mahfud Md Kembali Temui Uskup Agung Jakarta Ini Yang Dibahas

Mahfud Md Kembali Temui Uskup Agung Jakarta Ini Yang Dibahas

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 48 hits
Mahfud berujar kedatangannya ke Gereja Katedral untuk melanjutkan kunjungan pada malam Natal Minggu
Mahfuz Dr Hatta Dilantik Naib Presiden Amanah Faiz Setiausaha Agung

Mahfuz Dr Hatta Dilantik Naib Presiden Amanah Faiz Setiausaha Agung

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 102 hits
MalaysiakiniSenarai penuh jawatankuasa pimpinan Amanah Nasional menyaksikan Mahfuz Omar dan Dr Mohd Hatta Ramli dilantik sebagai naib presiden parti itu manakala Faiz Fadzil menggalas jawatan setiausaha agung Senarai penuh jawatankuasa itu ...
Jaksa Agung St Burhanuddin Menjawab Tudingan Penangkapan Jubir Timnas Amin Terkait Politik

Jaksa Agung St Burhanuddin Menjawab Tudingan Penangkapan Jubir Timnas Amin Terkait Politik

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 74 hits
Jaksa Agung menyatakan tidak ada politisasi dalam proses penegakan hukum tersebut khususnya berkenaan dengan Pilpres 2024
Babak Baru Kasus Korupsi Bts Kominfo Vonis Terdakwa Irwan Hermawan Dipotong Menjadi 6 Tahun

Babak Baru Kasus Korupsi Bts Kominfo Vonis Terdakwa Irwan Hermawan Dipotong Menjadi 6 Tahun

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 100 hits
Kendati dikurangi enam tahun Irwan didenda Rp500 juta dengan ketentuan apabila tidak dibayar akan diganti dengan pidana kurungan empat bulan
218 Fibonaci

Pentingnya Muhasabah Diri

Persediaan Awal Haji

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Cerita Awan

Jangan Pandang Belakang 2

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan

Andika Mahesa Feat Dodhy Kangen Band Dimana Perasaanmu Chord

Boss Level A Bmw R100 Caf Racer With Carbon Leaf Spring Suspension

The 5 Best Electric Tea Kettles Of 2024