Yang Ada Adik Beradik Mohon Baca Ni Jangan Share Selagi Tak Habis Baca



Siapa yang tak sayang adik-beradik...darah daging sendiri, kan? Sejak kecil, ibu bapa kita telah melatih agar sayang-menyayangi, jangan cemburu, kena beralah. Masa kecil, mungkin kita boleh dengar nasihat itu sebab kita masih dalam pengawalan mak ayah. Tambahan lagi, kita masih kecil. Tapi, apabila kita beransur remaja dan dewasa, masing-masing ‘ikut kepala sendiri’. Di sinilah segala-galanya bermula..

Masih ingat lagi masa kecil, apa sahaja barang yang ibu atau ayah beli, pasti setiap anak akan menerima barang yang sama. Kalau tak sama pun, yang penting tetap dibelikan juga. Kerana apa...? Kerana takut nanti anak-anak kata ibu ayah membeza-bezakan pula

Masa kecil dulu... teringat lagi yang Along akan selalu 'top up' duit belanja dia masa kena pow dengan budak darjah 5. Along, abang sulung kata, “Takpelah kalau dia tak belanja dan lapar pun, asalkan adik dia dapat makan.” Sedih, kan

Masa kecil dulu juga, kakak yang dipanggil Angah akan selalu 'back up' kalau mak marah. Kadang-kadang benda yang Angah tak buat pun, dia akan mengaku dia buat sebab dia tak nak adik dia yang seorang ni kena marah

Kalau nak dikenang satu persatu, memang banyaklah pertolongan Along dan Angah ni

Satu benda yang tak boleh lupa..

Bila dah remaja, pernah satu hari tertengking Angah sebab Angah tegur kenapa balik lambat. Yelah, masa tu balik lewat lepas tuisyen, pergi makan dulu dengan member. Bila Angah tanya, boleh aku jawab macam ni... “Ko sibuk kenapa? Orang dah besar, kan? Bukan budak kecik lagi. Jangan sibuk sangat hal orang boleh tak? Jagalah diri tu sendiri. Pergilah cari 'boyfriend', pastu kahwin. Sibuk sangat, kan!”

Nampak mata Angah ada air jernih. Wajahnya memerah. Tangannya menggigil. Rasanya dia nak sepak-sepak je muka aku agaknya waktu tu. Aku terus masuk bilik

Beberapa hari juga Angah acuh tak acuh je bercakap dengan aku. Peduli apa, kan? Suka hati lah! Bercakap yang perlu je

Masa makan malam, mak beritahu ada orang masuk meminang Angah dan Angah terima. Lagipun nak tunggu apa lagi kan. Usia Angah pun dah lewat

Sejak itu, aku rasa macam kehilangan. Kalau dulu, Angah lah teman berbual aku, teman buat lawak, teman berkongsi perasaan, teman segala-galanya lah. Tapi, sejak hari aku tengking Angah tu, aku rasa macam dah tak best duduk dalam rumah sendiri. Angah pun macam jauh hati. Keputusan peperiksaan aku agak terjejas. Mungkin sebab takde Angah yang 'guide' aku

Lepas Angah kahwin, duduk rumah sendiri dengan suami dia. Lagilah aku terasa yang amat sangat. Along banyak kali nasihatkan aku supaya minta maaf dengan Angah. Mak pun cakap benda yang sama tapi.. aku malas nak ambil pot. Biarlah...

Sampailah aku berjaya mendapat tawaran masuk universiti. Mak kata tak cukup duit sebab kursus yang aku pilih tu yurannya memang agak tinggi. Tapi nak buat macam mana...aku minat sangat

Yang paling aku terkesan... dalam diam Angah hulur duit pada mak untuk tanggung pengajian aku. Kerjaya Angah memang mantap. Itu aku tak nafikan. Aku jadi serba salah. Nak ego sangat...? Tolak pertolongan Angah tu walhal aku minat sangat kursus tu

Kuasa Allah...hati aku lembut akhirnya. Bila Angah balik kampung jenguk kami, terus aku melutut kat kaki Angah, minta maaf semahu-mahunya. Hilang sekejap ‘kejantanan’ aku. Berjurai-jurai air mata aku keluar. Along dengan mak yang tengok sketsa tu (oh ya, ayah dah meninggal dunia), pun turut menangis tengok kami dua beradik berpelukan

Masa tu, dada aku rasa lapang selapang-lapangnya. Nikmat yang Allah beri bila kita jalinkan kembali silaturahim. Kami sekeluarga kembali bertaut. Memang nampak aku macam OK je selama ini, tapi resah kat dalam hati sebenarnya hanya Allah yang tahu. Betullah...bila kita ‘sentap’kan hati adik-beradik, Allah tarik nikmat rezeki dan pelbagai lagi. Sebab Angah suka tolong adik-beradik, keluarga, tak kedekut, sebab itulah agaknya rezeki dia melimpah ruah, tak pernah putus. Walau aku pernah tengking Angah, tapi Angah simpan je dalam hati. Sanggup tanggung lagi pengajian aku, tak simpan dendam atau benci pun pada adik lelaki dia ni. Terima kasih Angah (Along dan Mak) yang dah sedarkan aku

Jadi, aku nak pesan sikit pada korang yang ada adik-beradik tu, jagalah hubungan, silaturahim

Kat bawah ni bila aku scroll FB, ternampak pula perkongsian netizen bernama Muhamad Rizuan. Aku harap ini pun dapat beri manfaat pada semua

#akuFF
Sebenarnya bila adik-beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu. Sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik. Kalau kita tengok ada yang adik-beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih, bantulah adik-beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat, kata nabi SAW

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi, saya tak nak 'tag' nama dia. Nama dia Haris. Baru umur 40 lebih. Tapi kaya-raya. Rumah besar nak mati. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu saya

Dia kata, "Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik-beradik. Walaupun saya kaya. Tapi bila dah kenal agama sikit-sikit ni, hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik-beradik. Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik-beradik saya. 'So' Khalil, kalau ada adik-beradik, susah bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki kat 'you' melimpah ruah..."
Terus teringat seorang ustaz kata "Salah satu punca hidup kita sempit... susah... sebab putus hubungan silaturahim dengan ahli keluarga.." Ya Allah.. Takutnya.

Sedih lihat... Ada adik-beradik yang tak bertegur sapa bertahun-tahun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik-beradik kita walaupun kita tak salah, Allah akan tinggikan darjat kita.Tak hina pun orang yang meminta maaf

Ustaz saya kata "Kalau kita cepat maafkan orang kat dunia ni, Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti..."
Ya Allah.. Jadikanlah kami adik-beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. Ya Alllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik-beradik.. Rahmatilah kami adik beradik. Ya Allah ampunilah dosa adik-beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami. Amiiin

Kredit : Muhamad Rizuan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2019/10/yang-ada-adik-beradik-mohon-baca-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seburuk Buruk Adik Beradik Ia Tetap Darah Daging Kita Sehina Hina Adik Beradik Ia Tetap Keluarga Kita

Seburuk Buruk Adik Beradik Ia Tetap Darah Daging Kita Sehina Hina Adik Beradik Ia Tetap Keluarga Kita

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 540 hits
Seburuk buruk adik beradik ia tetap drah daging kita sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama benih yang sama Jangan selalu lihat keburukan adik beradik s...
Bila Adik Lahir Si Kakak Tetap Mahu Menyusu Dengan Mama Jangan Risau Tandem Bf Banyakkan Susu

Bila Adik Lahir Si Kakak Tetap Mahu Menyusu Dengan Mama Jangan Risau Tandem Bf Banyakkan Susu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 579 hits
Pernahkah anda mengetahui berkenaan tandem breastfeeding Bagi mereka yang tidak biasa dengan terma tersebut tandem breastfeeding bermaksud penyusuan dua kanak kanak atau bayi pada masa yang sama Ini boleh terjadi melalui dua situasi sama ad...
Siapa Yang Suka Tidur Lepas Subuh Tolong Baca Ini Jangan Abaikan

Siapa Yang Suka Tidur Lepas Subuh Tolong Baca Ini Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 351 hits
Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca sentap n muhasabah sesame takde ruginya in shaa Allah Tidur lepas subuh bagi pandangan orang soleh Sedikit perkongsia...
Jangan Tidur Selagi Anda Tak Cuci Pinggan Mangkuk Ini Sebabnya

Jangan Tidur Selagi Anda Tak Cuci Pinggan Mangkuk Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 524 hits
Dalam banyak banyak kerja dapur bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh Ada yang suka biar berlonggok dan kumpul pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang mood nak cuci ...
Nak Tau Tak Apa Yang Nyamuk Benci Sangat Meh Baca Ni Sampai Habis

Nak Tau Tak Apa Yang Nyamuk Benci Sangat Meh Baca Ni Sampai Habis

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 679 hits
Nak tau tak apa yang nyamuk benci sangat Meh baca ni sampai habis Nyamuk ni memang dah jadi musuh manusia sejak azali lagi Kalau kena gigit dengan binatang ni buka takat gatal je kita dapat tapi berisiko terdedah kepada penyakit yang bahaya...
Lepas Ayah Setuju Tukar Nama Tanah Kat Kami Adik Beradik Baru Nak Tinggalkan Ayah Di Rumah Orang Tua Anak Perempuan

Lepas Ayah Setuju Tukar Nama Tanah Kat Kami Adik Beradik Baru Nak Tinggalkan Ayah Di Rumah Orang Tua Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 1052 hits
Ayah dan ibu itulah permulaan anak anak kepada titik tolak kejayaan pada hari ini Kejayaan kita pada hari ini bukan hanya kerana usaha kita semata mata tetapi doa dan restu yang telah diberikan oleh mereka Tanpa kita sedari segala kudrat da...
Jangan Sesuka Hati Menceduk Idea Konsep Dan Hasil Kerja Orang Lain Sirkhan Danial

Jangan Sesuka Hati Menceduk Idea Konsep Dan Hasil Kerja Orang Lain Sirkhan Danial

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 342 hits
Korang ingat lagi tak kumpulan dari Indonesia Symphony Band yang menimbulkan kontroversi baru baru ni disebabkan melodi lagu Pergi Saja sama dengan lagu Haqiem Rusli iaitu Tergantung Sepi Alahai kenapa perlu ciplak hasil kerja orang lain de...
Jangan Terkejut Lihat Kubur Ketua Gengster Yang Terdapat Di Klang

Jangan Terkejut Lihat Kubur Ketua Gengster Yang Terdapat Di Klang

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 1265 hits
Kubur ini dikatakan makan seorang ketua gangster di Klang Kubur beliau kini dilawat oleh ahli kongsi gelap untuk mendapatkan restu dan tempat gangster baru bersumpah taat setia
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba