Ya Allah Ampunkan Aku Atas Segala Kesilapanku Atas Hutang Ini Teknik Langsaikan Hutang With Asmaulhusna
Sama ada hutang sesama manusia atau institusi, ia wajib dibayar mengikut syarat perjanjian yang telah ditetapkan. Tiada alasan untuk tidak membayar hutang. Pandai berhutang, maka perlu pandai juga untuk membayar hutang.
Jangan sesekali menggunakan jalan mudah/singkat untuk melangsaikan hutang. Jika tidak mahu terlibat dalam keberhutangan, jaga dan kawal kewangan dan perbelanjaan diri. Bagi mereka yang mahu membuat pengurusan pembayaran hutang yang berhemah, manfaatkan perkongsian dari Rosmawati Mohamad.
Teknik Langsai Hutang with Asmaulhusna
Tugasan Pertama
Langkah 1: Kalian senaraikan semua hutang kalian dalam satu kertas A4. Buat List A (hutang dengan manusia) dan List B (hutang dengan institusi). Anda mesti tahu jumlah hutang kalian.
Perhatian: Buat list cantik-cantik ya.
Ini contoh list hutang List A dan List B - Foto: Rosmawati Mohamad
Selepas selesai listkan semua senarai hutang itu, kalian kena buat solat penyerahan pengurusan hutang kepada Allah. Apa itu solat penyerahan? Ia solat sunat mutlak atau solat hajat atau solat taubat. Buat bila-bila dan sebaiknya waktu tahajud.
Sebelum berdiri untuk mengangkat takbir, lafaz "Ya Allah, daku berdiri untuk datang menyembahMu dan memohon pertolongan dariMu dan menyerahkan segala pengurusan hutangku kepadaMu. Ya Allah, ampunkan aku atas segala kesilapanku atas hutang ini."
Kemudian solat sunat dua rakaat.
PENTING!
Dalam sujud terakhir, selepas bacaan sujud (dalam hati), mohon keampunan Allah atas kesilapan yang kita buat di atas hutang ini. Kemudian lafaz "Ya Allah Ya Robb Ya Baari, daku serahkan urusan hutangku kepadaMu (sebutlah jumlah hutang)".
Selepas selesai solat, buat selawat, istifar, zikir nama Allah Ya Baari 100 kali hingga 1,000 kali. Buat juga solat taubat kerana ketika kita nak hutang, kita tidak minta pertolongan dari Allah.
PERHATIAN!
Bagi mereka yang tidak boleh solat, buat juga gerakan sujud dan lafaz seperti yang dinyatakan dan buat aktiviti selepas solat. Marilah kita buat dulu. Selamat mencuba.
#CoachingPublicTeknikLangsaiHutang#WithAsmaulhusnaHidupAdaAllahSentiasa
Sumber: Rosmawati Mohamad
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maitengok.com/2018/06/ya-allah-ampunkan-aku-atas-segala.html