Xiaomi hari ini melancarkan model terbaru dari siri MIX. Tidak seperti MIX Fold, model terbaru ini tidak dilengkapi dengan skrin lipat tetapi seperti kebiasaan bagi siri MIX, Xiomi MIX 4 ini turut hedir dengan banyak ciri-ciri baru antaranya kamera selfie in-display, sokongan Ultra Wide Band dan model pertama didunia yang dilengkapi SoC Snapdragon 888 Plus.
Snapdragon 888+
Xiomi turut mendedahkan yang chipset Snapdragon 888+ pada MIX 4 mampu menghasilkan score Antutu sehingga 830,000, sebagai perbandingan Mi 11 yang menggunakan Snapdragon 888 mempunyai score 746,000. Chipset baru ini dari segi spesifikasi memiliki AI engine 20% lebih pantas dari segi kiraan TOPS (trillion operations per seconds) dan juga clock speed sedikit lebih tinggi. Ia bagaimanapun masih mengekalkan rekaan node 5nm, belum masanya untuk 3nm.
Kamera
Di belakang MIX 4 dilengkapkan dengan kamera utama 108MP HMX f/1.9 dengan OIS dan lensa 7p. Kamera kedua adalah jenis periscope yang mampu menghasilkan 5x optical zoom dan 50x hybrid zoom, kamera ini turut dilengkapi OIS. Dan yang ketiga adalah jenis ultra-wide-angle 13MP f/2.2.
Bateri
MIX 4 menggunakan bateri sebesar 4500mAh, yang hanya memerlukan 15 minit untuk dicas penuh menggunakan pengecas 120W dalam mode “boost”. Jika kata-kata Xiaomi benar, cuma panas “biasa-biasa” sahaja walaupun kadar watt yang tinggi, hanya suhu 37°C dicatatkan oleh mereka. Dalam mode biasa pengecasan bateri MIX 4 masih pantas, hanya 21 minit untuk penuh. Bagi wireless charging pula, model ini mampu dicas pada kadar 50W. Tidak kurang hebatnya juga, hanya 28 minit dalam mode boost dan 45 minit dalam mode biasa.
Lain-lain
Antara ciri lain yang di highlight oleh Xiaomi adalah sokongan tambahan 500MHz Ultra Wide Band yang memberikan “spatial positioning” yang lebih tepat. Ia memberikan kelebihan dalam situasi penerimaan isyarat di tempat sesak seperti airport, hospital dan juga stesen tren. Selain itu mereka turut mengumumkan fungsi Find-My-Phone yang kini dapat berfungsi walaupun ketika kad SIM telah ditanggalkan kerana MIX 4 masih boleh berhubung ke rangkaian dalam keadaan tersebut. Apa pun fungsi ini mungkin hanya terdapat di China ketika ini.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |