Wujudkan Tabung Perumahan Negara


PETALING JAYA: Kerajaan disaran menubuhkan Tabung Perumahan Negara bagi mencapai sasaran Satu Keluarga Satu Rumah seperti diuar-uarkan bagi menyelesaikan masalah pembiayaan membabitkan pembeli dalam kumpulan B40 dan M40.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), Ishak Ismail berkata, Tabung Perumahan Negara harus `dicipta’ bagi menjadi mekanisme membolehkan rakyat berpendapatan sederhana dan tidak mampu akhirnya boleh memiliki rumah sendiri.

Menurut beliau, sasaran kerajaan Satu Keluarga Satu Rumah seperti diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu lalu hanya tinggal sasaran jika tiada mekanisme khas ke arah membantukan golongan sasar.
“Antara mekanisme boleh dicuba ialah menerusi penubuhan Tabung Perumahan Negara. Tabung itu adalah strategi pembiayaan atau bantuan kepada mereka yang mahu memiliki rumah sama ada secara sewa beli, pembelian sewa terus atau tabungan dari awal.

“Kaedah dan mekanisme agensi tabungan bagi pembiayaan perumahan itu boleh mengambil contoh seperti mana model agensi Lembaga Tabung Haji (TH) dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” kata beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

Ishak berkata, menerusi TH, rakyat yang menabung dengan agensi itu mampu menunaikan ibadat haji dan begitu juga KWSP yang mampu memberi kehidupan lebih sempurna kepada pesara.

Tiga lagi strategi
Serentak penubuhan Tabung Perumahan Negara, kata beliau, pihaknya melihat tiga lagi strategi perlu dilaksanakan serentak ialah membabitkan pengumpulan data kumpulan sasar yang tepat, mewujudkan hanya satu agensi yang membekalkan rumah mampu milik dan dari segi kos pembinaan rumah itu harus diselaras.

“Dari segi data tepat, kita perlukan sistem maklumat data betul berhubung jumlah mereka yang betul-betul tidak mempunyai rumah berbanding sekadar anggaran sahaja ketika ini.

“Ini bermakna keperluan mewujudkan satu data berpusat yang dikawal oleh satu agensi berbanding berpuluh agensi ketika ini,” ujarnya

Mengulas lanjut, Ishak berkata, kerajaan juga perlu memastikan hanya satu agensi yang dibenarkan membekalkan rumah mampu milik kepada kumpulan sasar bagi mengelakkan agensi perumahan bersaing sesama sendiri.

“Tak guna bersaing kerana bersaing sesama agensi hanya menyebabkan data terpisah, peningkatan persaingan dari segi kos, malah kos pentadbiran juga dapat dijimatkan jika hanya satu agensi sahaja terbabit

“Ketiganya, dari segi kos pembinaan rumah itu yang perlu menggunakan Sistem Bangunan Industri (IBS) dalam sistem pembinaan, dan bukannya seperti mana ketika ini apabila harganya dikawal oleh harga besi atau kartel

“Malah kos pematuhan yang kebanyakannya banyak datang daripada caj dikenakan kerajaan negeri dan agensi berkaitan (perlu dilihat semula) kerana pembinaan rumah tidak boleh dijadikan satu bahan komoditi untuk mengaut keuntungan,” jelasnya

Pada 10 Februari lalu, Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dipengerusikan Ismail Sabri bersetuju meletakkan sasaran ‘Satu Keluarga, Satu Rumah’ dalam misi menyediakan rumah mampu milik di negara ini.

Perdana Menteri sebelum ini juga mengesa semua pihak memainkan peranan supaya sasaran tersebut dapat direalisasikan

Perkara itu termasuk meminta Bank Negara melihat kembali model pembiayaan perumahan supaya memudahkan pemilikan perumahan bagi memastikan institusi kewangan mempermudah pinjaman buat B40 dan M40 membeli rumah program perumahan rakyat (PPR) dan rumah mampu milik. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/wujudkan-tabung-perumahan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 347 hits
Tuan Tuan saya mulakan nukilan Sabtu ini dengan angkat diri sedikit Yang berikut adalah sedikit catitan oleh sdra Fauzi Kadir tuanpunya blog Permadu yang berkata Kalaulah blog saya ini yang paling berpengaruh di Malaysia saya harap Tuan Tua...
Kpkt Wujudkan War Room Selesai Isu Projek Perumahan Sakit

Kpkt Wujudkan War Room Selesai Isu Projek Perumahan Sakit

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 181 hits
KPKT wujudkan war room selesai isu projek perumahan sakit Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mewujudkan war room khusus untuk mendepani isu berkaitan perumahan khususnya membabitkan projek sakit serta kelewatan pemaju menyiapkan pr...
Respons Sandiaga Uno Indonesia Jadi Negara Terindah Versi Majalah Time Out

Respons Sandiaga Uno Indonesia Jadi Negara Terindah Versi Majalah Time Out

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 227 hits
Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Sandiaga Salahuddin Uno merespons penobatan Indonesia sebagai negara paling indah di dunia versi majalah Inggris yang berbasis di London Time Out Menurutnya masyarakat tidak perlu jauh jauh berlibur ke...
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung Video

Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung Video

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 197 hits
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung Penyanyi tersohor negara Datuk Sheila Majid berkongsi kebahagiaan menerima menantu sulung hari ini Menerusi kemas kini di Instagram Sheila memuat naik beberapa keping gambar ...
Tinjauan Kerajaan Dari 18 Negara Dedah 15 Artis K Pop Terbaik Seluruh Dunia

Tinjauan Kerajaan Dari 18 Negara Dedah 15 Artis K Pop Terbaik Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 263 hits
Kementerian Kebudayaan Sukan dan Pelancongan telah mengeluarkan keputusan untuk tinjauan terbaru mereka mengenai artis K Pop paling popular di seluruh dunia Sejumlah 4 679 orang dari 18 negara telah menyertai tinjauan pendapat kerajaan dan ...
Kabid Propam Sulut Ke Polwan Jangan Gaya Gayaan Kita Digaji Negara

Kabid Propam Sulut Ke Polwan Jangan Gaya Gayaan Kita Digaji Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 141 hits
Ia menambahkan pimpinan Polri sudah memberikan kesempatan kepada Polwan untuk memegang jabatan strategis maupun jabatan yang memerlukan kehadiran Polwan
Kepala Bin Budi Gunawan Sebut Ikn Simbol Kedaulatan Negara

Kepala Bin Budi Gunawan Sebut Ikn Simbol Kedaulatan Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 320 hits
Pemindahan IKN ke Kalimantan Timur berpotensi menstimulasi pertumbuhan ekonomi semakin merata ke luar Pulau Jawa Untuk mewujudkan cita cita itu perlu konektivitas antar wilayah dan keterkaitan yang kuat antar sektor jelas Budi
Penjelasan Negara Taliban Afghanistan Dan Isu Syaitan Bisu

Penjelasan Negara Taliban Afghanistan Dan Isu Syaitan Bisu

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 170 hits
12 Februari 20221 Pegawai kepada Duta Khas PM ke Timur Tengah Syahir Sulaiman telah menyatakan pertemuan Duta Khas Tan Sri Hadi Awang dengan pihak Taliban dari kerajaan Afghanistan tidak bermaksud mengiktirafkan kerajaan negara tersebut 2 K...
Kisah Menyayat Hati Yang Berlaku Dalam Negara Kita

Kisah Menyayat Hati Yang Berlaku Dalam Negara Kita

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 192 hits
Kisah Menyayat Hati Yang Berlaku dalam Negara Kita Dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut Langkawi petang semalam Ketua Polis Daerah Langkawi ACP...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain