Wujudkan Industri Baharu Tangani Warga Emas Pengangguran Serentak


 
Oleh: Loh Ker Chean


Menurut anggaran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia akan menjadi negara tua apabila penduduk warga emas mencecah 15% iaitu 5.6juta menjelang tahun 2030. Sehingga kini, negara dianggarkan mempunyai 3.5juta warga emas yang berusia 60 tahun dan keatas, iaitu 10.7% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun ini, negara seharusnya sudah siap siaga dalam usaha menawarkan kemudahan dan sistem sokongan untuk rakyat yang semakin menua demi kelangsungan hayat mereka. Proses penuaan merupakan proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, menua dengan bermaruah adalah hak bagi setiap rakyat biarpun menghampiri akhir hayat.
Kurang peruntukan warga emas
Selepas memperhalusi ucapan Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada minggu yang lalu, perkara yang dikesali adalah kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih berminat memperuntukkan dana untuk berpolitik daripada menangani isu rakyat yang terkesan akibat pandemik, seperti peruntukan RM 85.8 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang fungsinya bertindih dengan jabatan sedia ada dan RM 8.6juta diperuntukkan kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT).
Kerajaan PN dilihat kurang peka akan keperluan dan kesejahteraan golongan warga emas untuk jangka panjang, lebih-lebih lagi di dalam musim pandemik Covid-19.
Mengambil contoh kejadian yang telah tular di laman media sosial semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan, iaitu kes Encik Lai Fah Kuen, 72 tahun yang ditemui maut oleh pihak polis di Kuala Lipis pada 14 April 2020. Sebelum Lai ditemui maut di rumah, pihak polis yang bertugas di kawasan terbabit menjumpai Lai berjalan kaki sejauh satu kilometer dari rumah untuk mencari makanan.
Insiden Lai jelas menonjolkan kelompongan yang wujud dalam sistem sokongan sosial warga emas di negara ini. Hak asasi rakyat khususnya warga emas untuk mengakses kepada sokongan sosial perlu dipandang serius dan pilihan perkhidmatan penjagaan mengikuti keperluan perlu dipelbagaikan.




Dasar PN ketinggalan zaman






Loh Ker Chean

kepada Belanjawan 2021, dasar kerajaan PN masih ketinggalan zaman kerana mereka menggunakan dasar yang sama sejak tahun 2012, kecuali kenaikan nilai saguhati kepada 2,000 sukarelawan dan 8,000 klien yang disebut dalam “Program Khidmat Bantu Di Rumah” yang memberi khidmat sokongan kepada warga emas yang tinggal bersendirian.

Adakah 8,000 klien itu merupakan kesemua warga emas yang tinggal bersendirian dan memerlukan bantuan di dalam negara ini? Menurut statistik DOSM, penduduk warga emas kini telah meningkatkan sebanyak 1 juta orang sejak tahun 2012 yang mencatatkan 2.44 juta orang. Kerja - kerja perkhidmatan yang bergantung kepada sukarelawan semata-mata tidak mampu menampung keperluan golongan ini yang semakin bertambah dan sofistikated.
Berdasarkan pengalaman saya semasa bekerja di bawah pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dalam bidang perkhidmatan penjagaan warga emas di Australia, Khidmat di Rumah (Home Care) adalah lebih memanfaatkan warga emas dari segi kesihatan mental. Dasar kerajaan Australia juga lebih cendorong kepada menawarkan ‘Pakej Khidmat di Rumah’ bersubsidi yang dijalankan oleh pekerja profesional demi mengekalkan warga emas mendiami rumah asal dan berinteraksi dengan komuniti seperti biasa.
Justeru itu, sebuah ekosistem dalam industri perkhidmatan penjagaan warga emas yang berkualiti dan profesional perlu diwujudkan demi menjamin kesihatan fisikal dan mental mereka dalam proses penuaan.
Pengangguran meningkat mendadak
Pada masa yang sama, kadar pengangguran di Malaysia telah meningkatkan dari 3.3% ke 4.7% iaitu seramai 741,600 orang pada bulan Ogos 2020 berbanding dengan tahun lepas akibat pandemik.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar kerajaan PN dapat menangani isu penuaan dan isu pengangguran secara serentak, iaitu dengan cara mendorong perkembangan industri perkhidmatan penjagaan warga emas melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif bersama pemegang taruh sektor swasta. Dari situ, industri dan peluang pekerjaan baru dapat kita wujudkan, keperluan dan kualiti perkhidmatan penjagaan warga emas juga akan terjamin.
Pembangunan modal insan dalam bidang kerja sosial boleh menaik taraf martabat bidang ini menjadi salah satu bidang profesional. Sebab itu, kementerian pengajian tinggi disarankan untuk memperkenalkan kursus ijazah Kerja Sosial. Kursus sijil dan diploma dalam bidang perkhidmatan penjagaan warga emas dan komuniti pula boleh ditawarkan di peringkat kolej komuniti.
Hal ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan sektor perkhidmatan penjagaan warga emas, tetapi juga dapat memberi manfaat kepada pentadbiran dan pelaksanaan program sosial dalam sektor awam dan swasta secara keseluruhannya. Dalam pada itu, masalah kekurangan kakitangan pekerja sosial yang sering dihadapi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga boleh diselesaikan dengan mengerahkan tenaga kerja ke sektor-sektor ini.
Akta Profesion Kerja Sosial
Akhir kata, penggubalan akta yang penting seperti Akta Profesion Kerja Sosial dan Akta Warga Emas yang diusahakan oleh Mantan Menteri KPWKM Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sepatutnya menjadi perbincangan utama di dalam Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kali Ketiga ini supaya pelbagai pelan strategi boleh dilakar untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan terbela semasa tempoh memerangi Covid-19 dan juga pasca pandemik.
Tetapi malangnya, Persidangan Dewan Rakyat Kali Ketiga ini telah dihadkan masa bersidang kepada 4 jam sahaja sehari buat masa ini. Ahli-ahli Parlimen digesa untuk mengusulkan tambahan hari sidang, bagi memperuntukkan lebih masa kepada pembentangan RUU dan perbahasan Ahli-ahli Parlimen.


Ahli - ahli Parlimen seharusnya perlu menumpukan pada kerja hakiki mereka untuk membentuk dasar dan menggubal akta – akta demi memajukan negara dan membela nasib rakyat tanpa kos tambahan, dan biarkan ekonomi kita kembali berkembang.





_________________________________________________________________________________





Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/wujudkan-industri-baharu-tangani-warga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Juta Dana Silver Care Bantu Warga Emas Tangani Kesan Covid 19

5 Juta Dana Silver Care Bantu Warga Emas Tangani Kesan Covid 19

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 284 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Sebanyak S 5 juta daripada Dana Silver Care oleh Yayasan Perubatan Asia akan membantu seramai 500 warga emas menyesuaikan diri selepas gangguan COVID 19 dengan menggunakan alat alat digital Warga emas dapat meminjam
Gelandangan Warga Emas Berkerusi Roda Disamun Ditumbuk Berkali Kali

Gelandangan Warga Emas Berkerusi Roda Disamun Ditumbuk Berkali Kali

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 367 hits
GEORGE TOWN Seorang gelandangan cedera di muka akibat ditumbuk seorang lelaki yang bertindak menyamun beg silangnya dalam kejadian di Jalan Lebuh Cina George Town Pulau Pinang baru baru ini Kejadian berlaku pada kira kira jam 9 30 pagi keti...
Warga Emas Dipercayai Terjun Jambatan

Warga Emas Dipercayai Terjun Jambatan

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 310 hits
Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT BATU PAHAT Seorang warga emas berusia 72 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari jambatan di Sungai Batu Pahat di sini hari ini Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat Penolong K...
Terengganu Umum Warga Emas Dapat Pencen Rm50 Sebulan

Terengganu Umum Warga Emas Dapat Pencen Rm50 Sebulan

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 243 hits
MALAYSIAKINIKerajaan Terengganu dilaporkan meluluskan pemberian wang pencen sebanyak RM50 sebulan kepada warga emas yang layak serta cukup syaratnya Menurut portal Harakah Online yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wan...
Setengah Jam Pujuk Warga Emas Berpindah

Setengah Jam Pujuk Warga Emas Berpindah

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 255 hits
Long tetap dengan pendiriannya untuk terus tinggal di rumahnya itu walaupun dipujuk beberapa kali ALOR SETAR Tiga pertubuhan bukan kerajaan mengambil masa selama setengah jam bagi memujuk seorang warga emas di Kampung Hujung Sungai Tebengau...
Seorang Warga Emas Rugi Hampir Rm29 550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar Asp Mokhtar

Seorang Warga Emas Rugi Hampir Rm29 550 Diperdaya Dek Lelaki Menyamar Asp Mokhtar

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 213 hits
KUANTAN Seorang warga emas kerugian hampir RM29 550 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai posmen Ahad lalu Kejadian bermula selepas lelaki berusia 76 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang me...
Warga Emas Mati Lepas Lawan Penyamun Di Sibu

Warga Emas Mati Lepas Lawan Penyamun Di Sibu

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 170 hits
ANGGOTA JPAM memberi bantuan kepada mangsa yang meninggal dunia dua jam kemudian FOTO ihsan JPAMSibu Lelaki warga emas maut apabila kepalanya dihentak botol dalam kejadian samun di rumah kedai di Jalan Tekam di sini malam tadi Mangsa Moh Ke...
Balikpulau Warga Emas Ditemukan Lemah Atas Bukit

Balikpulau Warga Emas Ditemukan Lemah Atas Bukit

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 400 hits
Lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan lemah di pondok berhampiran dusun durian di Bukit Pak Sarip Kampung Sepakat di Teluk Kumbar di sini hari ini Mangsa Abdul Rahman Din 69 ditemukan kira kira 80 meter dari kaki bukit berkenaan Jurucak...
1 2 Juta Warga Usia Kerja Di Sumut Terdampak Covid 19 107 Ribu Jadi Pengangguran

1 2 Juta Warga Usia Kerja Di Sumut Terdampak Covid 19 107 Ribu Jadi Pengangguran

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 268 hits
Warga yang tidak bekerja akibat Covid 19 berjumlah 64 ribu orang Sementara itu 1 02 juta orang mengalami pengurangan jam kerja
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage