Wonderfly Melancarkan Project Sea Dalam Usaha Memulihara Kehidupan Laut
WONDERFLY MELANCARKAN ‘PROJECT SEA’ DALAM USAHA MEMULIHARA KEHIDUPAN LAUT
Sertai Wonderfly di Aquaria pada 30 November untuk inisiatif yang berteladan dan menyeronokkan.
Ekoran pelancaran aplikasi mudah alih mereka, pelantar aktiviti pelancongan Malaysia Wonderfly melancarkan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama mereka dengan Project SEA: Save the Environment & Animals. Projek ini merupakan kerjasama bersama Aquaria KLCC dan Boost, yang bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan kehidupan laut. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membiayai usaha pemuliharaan yang berterusan oleh Reef Check Malaysia (RCM).
Dengan matlamat sumbangan sebanyak RM10,000, Wonderfly memberikan komitmen untuk mendermakan sebahagian daripada keuntungan jualan tiket Aquaria KLCC pada 30 November bagi menjayakan inisiatif ini. Boost, yang juga merupakan rakan kongsi e-wallet mereka, turut menyediakan jualan tiket ini di dalam aplikasi mereka.
"Kami cukup teruja untuk memperkenalkan inisiatif CSR pertama kami. Pemuliharaan kehidupan laut merupakan suatu isu yang penting dalam industri pelancongan, dan kami amat bersyukur kerana Aquaria KLCC dan Boost turut serta sebagai rakan-rakan seperjuangan dalam usaha ini. Dengan Project SEA, pelawat Aquaria KLCC akan berpeluang mempelajari mengenai pemuliharaan kehidupan laut dan inisiatif hijau yang dipraktikkan sambil menikmati pengalaman Aquaria KLCC. Sebagai langkah inisiatif hijau, Wonderfly menyediakan pembelian tiket masuk ke Auqaria KLCC atas talian tanpa penggunaan kertas,” kata Triston Puah, Ketua Pegawai Eksekutif Wonderfly.
Pemapanan keindahan pantai bersih
Ekopelancongan merupakan sektor penting di Malaysia, namun perbuatan pembuangan sampah merata-rata boleh mencemari pantai dan menjejaskan kehidupan laut. Mujurlah terdapat organisasi-organisasi seperti RCM yang ditubuhkan untuk menangani isu-isu sebegini serta memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan akan kepentingan pemuliharaan alam.
RCM bertujuan untuk mendidik dan bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi melindungi ekologi marin. Pada bulan September 2019, RCM telah mengadakan aktiviti pembersihan di 100 pantai di seluruh negara. Secara keseluruhan, mereka telah mengumpulkan hampir 35,000kg sampah, termasuklah 137,865 botol plastik, 77,075 pembungkus makanan, dan 59,418 puntung rokok .
“Memang benar bahawa lautan dan pantai kita sangat memerlukan bantuan, apatah lagi dengan kehidupan laut kita yang sedang menderita. Kami amat bersyukur kerana Wonderfly menyandang keyakinan terhadap inisiatif kami dengan matlamat yang sama dan telah memilih untuk memberikan pendorongan melalui Project SEA. Sumbangan yang dikutip akan digunakan dengan baik dalam pelbagai projek konservasi kami di seluruh negara, antaranya program kemasyarakatan dan pengurusan sumber laut,” jelas Julian Hyde, Pengurus Besar RCM
Selain daripada menyumbang secara kewangan, pasukan Wonderfly juga akan mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai di Pantai Tanjung Piai bersama RCM pada bulan November ini. Di sini, mereka akan dapat melihat dan memahami situasi pencemaran pantai secara langsung. Project SEA bukan sahaja memberi pasukan Wonderfly dan orang ramai peluang untuk memahami pencemaran laut dengan lebih baik, malah membantu mereka menyemai sikap kesedaran terhadap alam sekitar.
Sertai kami pada 30 November!Sebagai ganjaran kerana membeli tiket khas untuk melawat Aquaria KLCC pada 30 November, Wonderfly juga akan mengadakan pelbagai jenis acara mesra keluarga yang menyeronokan termasuklah persembahan oleh maskot kartun Didi & Friends dan sesi perkongsian bersama RCM serta tetamu selebriti, Yasmin Hani.
"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Wonderfly dalam Project SEA yang merupakan suatu inisiatif yang sangat relevan bagi Aquaria. Di samping meneroka, belajar dan mengenali keistimewaan kehidupan laut di fasiliti kami, kami juga ingin menegaskan kepentingan melindungi lautan yang memulihara pelbagai kehidupan laut. Kami mengalu-alukan kehadiran semua orang, terutamanya keluarga dengan anak-anak kecil, untuk turut serta pada 30 November dan mengetahui cara-cara anda boleh menyumbang kepada usaha pemuliharaan melalui Project SEA,” kata Dato’ Simon Foong, Pengarah Urusan Kumpulan Aquawalk Sdn Bhd.
Mereka yang berminat boleh membeli tiket khas untuk melawat Aquaria KLCC dan mengambil bahagian dalam acara pada 30 November melalui aplikasi Wonderfly (boleh didapati di iOS dan Android), di https://www.wonderfly.asia, dan juga melalui aplikasi Boost. Sebagai acara eksklusif untuk pelanggan Wonderfly, pelanggan-pelanggan yang belum lagi berdaftar, boleh membeli tiket dari Wonderfly juga.
"Project SEA hanya merupakan inisiatif pertama kami. Kami berharap untuk memperkenalkan lebih banyak program bagi menangani isu-isu lain yang mempengaruhi sektor pelancongan kami sambil membolehkan pelanggan kami melawati tarikan menarik pada harga mampu milik dengan mudah melalui platform digital Wonderfly,” tambah Puah lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ftndiana.blogspot.com/2019/11/wonderfly-melancarkan-project-sea-dalam.html