Woii Sanusi Hang Pi La Cari Duit Billion Billion Cina Dap Beli Kedah Habis Tanah Melayu


 
Perlembagaan Batal Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah 10 hours agoRamkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkata, Perlembagaan secara jelas memperuntukkan kedaulatan semua negeri dalam Malaysia, termasuk Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR, 12 Nov – Kedudukan Perlembagaan Persekutuan mengatasi sebarang dakwaan sejarah bahawa Pulau Pinang milik Kedah, tegas Ahli Parlimen penyokong kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.
Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkata, Perlembagaan secara jelas memperuntukkan kedaulatan semua negeri dalam Malaysia, termasuk Pulau Pinang.
“Perlembagaan turut mengiktiraf Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaulat,” katanya membidas dakwaan seorang Ahli Parlimen pembangkang bahawa Pulau Pinang hak milik kesultanan Kedah.
Perdebatan tercetus apabila Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mencadangkan agar sejarah Pulau Pinang dikaji semula.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah.Ahmad Tarmizi mendakwa, pendudukan Francis Light di pulau itu pada 1786 adalah ‘tidak sah’ kerana perjanjian yang dimeterai tidak melibatkan kerajaan British.
Jelasnya, Light ‘menduduki’ Pulau Pinang secara haram memandangkan tiada sebarang perjanjian termeterai antara kesultanan Kedah dengan pihak British.
“Pihak Kedah menyatakan bahawa Pulau Pinang hak milik kesultanan Kedah di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah. Isu ini wajar dibuka dan dikaji semula bagi menentukan kesahihannya,” katanya.
RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudiannya menegaskan bahawa Perkara 4(1) dan 4(2) Perlembagaan menyatakan Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, justeru kedaulatannya tidak boleh dipertikaikan.

“Ia tidak boleh dituntut oleh sesiapa pun, termasuk Kedah,” kata Rayer.
Malah pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Muhammad Sanusi yang mendakwa kononnya Pulau Pinang masih hak Kedah.
Anwar berkata sebagai seorang Menteri Besar, Muhammad Sanusi seharusnya memahami Perlembagaan dan terikat dengan aspek perundangan.
Tegas beliau, setiap pemimpin juga perlu menghormati perjanjian Perlembagaan yang telah diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah dalam isu berkenaan.
Dakwaan Tarmizi itu dibuat beberapa hari selepas laporan menyebut kerajaan Kedah berada pada fasa akhir pelantikan pasukan peguam bagi memulakan tindakan mahkamah berhubung status dan hubungan negeri itu dengan Pulau Pinang.

Menteri Besar Sanusi Nor berkata, tindakan mahkamah itu adalah sebagai respons kepada titah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 2023 yang mahu sejarah Kedah, khususnya persoalan Pulau Pinang ‘dipajak’, diperjelas secara telus.
Pada 2021, Kedah menuntut ‘bayaran pajakan’ sebanyak RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan untuk Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang bertegas bahawa kesultanan Kedah telah menyerahkan wilayah-wilayah tersebut secara muktamad selepas Merdeka.
Pada November tahun lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai berbaur hasutan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/woii-sanusihang-pi-la-cari-duit-billion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Kuasai Pengundi Bukan Melayu

Dap Kuasai Pengundi Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 147 hits
Che Ibrahim Selagi Dap mendominasi sokongan pengundi bukan melayu amat sukar bagi parti parti bukan melayu untuk menang walau dengan siapa pun mereka bergabung kecuali sekadar menumpang sokongan parti Melayu Gerakan MCA dan MIC tidak mampu ...
Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 266 hits
1 Akhirnya YB Kuala Nerang Exco Kedah harini mendedahkan Projek Tebatan Banjir di Kedah adalah projek Persekutuan 2 Projek Kerajaan Pusat di Kedah Ringkasan 7 Projek Tebatan Banjir di Kedah RM1 425 bilion1 RTB Sg Kedah Anak Bukit RM641 juta...
Tular Kisah Suami Oku Kira Duit Syiling Untuk Beli Susu Anak Netizen Tersentuh Rupanya Bukan Scammer Seperti Didakwa

Tular Kisah Suami Oku Kira Duit Syiling Untuk Beli Susu Anak Netizen Tersentuh Rupanya Bukan Scammer Seperti Didakwa

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR Dalam kesibukan dunia media sosial yang sering dipenuhi dengan pelbagai kisah tular satu perkongsian di Threads baru baru ini benar benar menyentuh hati ramai pengguna Di sebalik kehidupan yang serba mencabar kisah seorang wani...
Hang Bawa La Dia Balik Oi Kedah Tak Silap Dia Orang Kedah Ambik Jadi S U Hang Oun Boleh La

Hang Bawa La Dia Balik Oi Kedah Tak Silap Dia Orang Kedah Ambik Jadi S U Hang Oun Boleh La

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 245 hits
Ini punya ni Bab kena buang kerja tu secara peribadi aku pun tak berapa setuju Bagi aku agak keras Tapi tu keputusan Bukan keputusan kerajaan Mungkin RHB menjaga imej mereka RHB tak dapat terima yang staf mereka melakukan kejelikan RHB tak ...
Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan Rm2 000 Sanusi

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan Rm2 000 Sanusi

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 296 hits
Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan RM2 000 Sanusi ALOR SETAR 10 Nov Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2 000 kepada 4 941 penjawat awam negeri dan anggota pentadbiran negeri sebagai...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway