Wire Tapping Phone Bugging Dibenarkan



Perkara itu dibenarkan sekiranya pada pertimbangan anggota polis terlibat, ia mengandungi maklumat berkenaan dengan perbuatan apa-apa jenayah. (Sinar Harian) – Penggunaan kaedah wire tapping atau phone bugging secara umumnya dibenarkan dalam perundangan negara dan boleh menjadi bukti di mahkamah.
Peguam, Syahredzan Johan berkata, mengikut Kanun Acara Jenayah, Seksyen 116C, pendakwa raya boleh memberi kebenaran kepada mana-mana anggota polis untuk memintas (intercept), mendengar atau merekod apa-apa perbualan melalui komunikasi.
Menurutnya, perkara itu dibenarkan sekiranya pada pertimbangan anggota polis terlibat, ia mengandungi maklumat berkenaan dengan perbuatan apa-apa jenayah.
“Di samping itu, apa-apa maklumat yang diterima melalui kaedah itu juga boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.
“Namun, mengikut pengalaman saya sendiri, pihak berkuasa tidak bergantung kepada komunikasi atau maklumat seperti ini. Mungkin kalau ada sekalipun, ia dalam kes-kes melibatkan keselamatan negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Johan berkata, bagaimanapun dalam kes pendedahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rakaman audio konspirasi jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon enam individu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak pasti sama ada terdapat kebenaran oleh pendakwa raya semasa rakaman dibuat.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengadakan sidang akhbar di Putrajaya berhubung pendedahan tersebut dan memberitahu, rakaman berdurasi 45 minit itu diterima pihaknya beberapa hari lalu melibatkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega syarikat SRC International, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta beberapa kes lain.
Ketika mengulas berhubung sejauh mana ketulenan maklumat diperoleh daripada wire tapping atau phone bugging itu, Johan berkata, beban untuk menunjukkan bahawa ia tulen adalah pada pihak pendakwa raya sekiranya ia dibawa masuk ke mahkamah.
Katanya, pendakwa raya perlu menunjukkan rakaman tersebut adalah tulen dan suara-suara yang didengar ialah suara orang-orang yang disebut.
Secara tidak rela
Sementara itu, Pakar Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, secara amnya undang-undang keterangan Malaysia masih menerima keterangan walaupun ia didapati dengan cara salah seperti rakaman yang dibuat tanpa pengetahuan orang yang bercakap.
Beliau berkata, wire tapping dan bugging ialah contoh mendapatkan maklumat secara tidak rela. Menurutnya, untuk siasatan ia memang dibuat bagi mendapatkan maklumat untuk tangkapan dan sebagainya, selepas itu maklumat tersebut digunakan di mahkamah.
“Sebagai contoh katanya, di bawah SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), wire tapping dibenarkan oleh undang-undang.
“Macam rakaman yang tular itu (pendedahan SPRM), saya rasa bukan dalam konteks SOSMA. Jadi isunya, adakah rakaman tersebut akan digunakan untuk pendakwaan seseorang atau untuk siasatan seterusnya?
“Jika untuk pendakwaan, adakah ia boleh dijadikan sebagai bukti di mahkamah? Di sini kenalah rujuk Akta Keterangan dan jika ia boleh dijadikan bukti maka ia akan diterima di mahkamah,” katanya.
Katanya, pendedahan kes rakaman audio oleh SPRM itu juga perlu bergantung kepada apa yang hendak dibuktikan, relevan atau tidak dan adakah rakaman itu berkaitan dan akan digunakan dalam kes perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah sekarang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/01/09/wire-tapping-phone-bugging-dibenarkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Lagi Sokongan Whatsapp Untuk Windows Phone Selepas 31 Disember 2019

Tiada Lagi Sokongan Whatsapp Untuk Windows Phone Selepas 31 Disember 2019

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 451 hits
https ift tt eA8V8J WhatsApp sebelum ini telah pun beberapa kali mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan WhatsApp untuk beberapa platform lama Salah satunya adalah Windows Phone Bagi anda yang menggunakan peranti Windows Phone pihak Wha...
Xiaomi Mula Menyertakan Aplikasi Google Phone Dan Messages Sebagai Ganti Aplikasi Miui Sebelum Ini

Xiaomi Mula Menyertakan Aplikasi Google Phone Dan Messages Sebagai Ganti Aplikasi Miui Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 338 hits
Xiaomi sebelum ini sedia menyertakan pelbagai aplikasi terbina melalui MIUI yang menawarkan ciri ciri alternatif untuk penawaran pihak Google Antaranya adalah termasuk sokongan MIUI Dialer dan juga Messaging Bergerak kehadapan kini Xiaomi m...
Rosmah Chides Najib In Phone Call For Appearing Like A Villain

Rosmah Chides Najib In Phone Call For Appearing Like A Villain

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 828 hits
An irate Rosmah Mansor was not pleased with the manner former premier Najib Abdul Razak was handling matters In a telephone call to Najib on July 27 2016 she chided her husband for appearing like a villain as the latter remained calm throug...
Netizen Pelik Pelajar Sekolah Tidak Dibenarkan Minum Air Dalam Kelas

Netizen Pelik Pelajar Sekolah Tidak Dibenarkan Minum Air Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 913 hits
Tular dimedia sosial hari ini mengenai peraturan baru sekolah yang tidak membenarkan murid minum dan makan tanpa izin guru Murid yang ingin makan dan minum perlu meminta izin dari guru sebelum boleh minum dan makan Pelbagai pendapat dari ne...
Tak Perlu Permit Jualan Murah Dibenarkan Bila Bila Masa Kata Menteri

Tak Perlu Permit Jualan Murah Dibenarkan Bila Bila Masa Kata Menteri

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 306 hits
Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya akan menjalankan pemantauan berterusan terhadap jualan murah untuk mengelakkan peniaga membuat pernyataan palsu atau mengelirukan dalam iklan BUKIT MERTAJAM Bermula 2 Jan depan peniaga boleh ...
Penjawat Awam Tidak Dibenarkan Memegang Sebarang Jawatan Dalam Parti Politik

Penjawat Awam Tidak Dibenarkan Memegang Sebarang Jawatan Dalam Parti Politik

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 375 hits
SEREMBAN 3 Jan Penjawat awam di negara ini tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan dalam mana mana parti politik kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman Beliau berkata dasar ini adalah bertepatan de...
Ramkarpal Macc S Airing Of Phone Recordings Improper And Regrettable

Ramkarpal Macc S Airing Of Phone Recordings Improper And Regrettable

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 732 hits
The live broadcasting of recorded telephone conversations between parties claimed to be the former prime minister and others by the Malaysian Anti Corruption Commission is improper and regrettable says Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh He sa...
Yoursay Betrayal Of The People S Trust Laid Bare By Phone Transcripts

Yoursay Betrayal Of The People S Trust Laid Bare By Phone Transcripts

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 438 hits
YOURSAY What is more shocking is how the exchanges were so nonchalant matter of fact and TYT Former prime minister Najib Abdul Razak had earlier claimed he was not involved in the operations of the 1MDB entities After hearing the tapped aud...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keterasingan Integriti Dan Kuasa Pembeza

Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut