Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram




KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penerokaan tanah secara haram di negeri ini.
Pasukan khas di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu disertai 20 anggota berusia di bawah 35 tahun.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui pasukan itu, aktiviti penguatkuasaan ke atas kawasan yang diteroka haram di negeri ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.
Menurutnya, usaha membendung kegiatan penerokaan tanah secara haram negeri ini agak sukar dan ia terus berlaku hingga mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri.
"Kegiatan itu terus berlaku dan memberikan gambaran seolah-olah kerajaan negeri gagal membendungnya.
"Melalui pasukan khas yang terlatih ini, kami berharap kes penerokaan tanah secara haram dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Galing di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak; Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner, Hassan Basri Ahmad Safar.
Wan Rosdy berkata, anggaran implikasi kewangan bagi penubuhan pasukan itu mencecah RM2.9 juta setahun termasuk bayaran emolumen, keperluan pejabat, aset dan kelengkapan diri anggota.
"Peruntukan ini agak tinggi namun ia bukti komitmen tinggi kerajaan negeri dalam menangani kes penerokaan tanah secara haram di negeri ini," katanya.
Mengulas berhubung pasukan tersebut, beliau berkata, 20 anggota pasukan yang terpilih itu bukan bekas anggota mana-mana pasukan keselamatan, namun mereka diberikan latihan intensif menerusi kursus selama sebulan.
"Pemegang diploma ini perlu melepasi saringan kecergasan, ujian fizikal, tapisan keselamatan, tapisan insolvensi dan ujian personaliti sebelum dipilih menjalani latihan.
"Mereka juga wajib melepasi latihan asas kepolisan merangkumi latihan fizikal, latihan penggunaan senjata api dan latihan lain yang diperlukan," katanya.
Wan Rosdy berkata, pasukan itu diumpamakan sebagai 'pasukan komando' dan peranannya tidak bertindih dengan UPNP," katanya.
Tambah beliau, anggota pasukan itu juga diberi kuasa memegang dan menggunakan senjata api. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/kerajaan-negeri-pahang-tubuhkan-pasukan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri

Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 270 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang meluluskan cadangan inisiatif Sempadan Hijau Negeri membabitkan sempadan Pahang dengan negeri berjiran iaitu Terengganu Kelantan Perak Selangor Negeri Sembilan dan Johor Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mes...
Kerajaan Negeri Pahang Kesan Anak Syarikat Glc Mengalami Kerugian Terlibat Salah Laku

Kerajaan Negeri Pahang Kesan Anak Syarikat Glc Mengalami Kerugian Terlibat Salah Laku

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 612 hits
KUANTAN Sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan di Pahang dikesan terlibat dalam salah laku membabitkan tadbir urus sehingga mengalami kerugian puluhan juta ringgit Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata salah laku itu dikesa...
Sedikit Pandangan Bagi Menteri Besar Pahang Dan Mb Lain Tanah Itu Kurang Penting

Sedikit Pandangan Bagi Menteri Besar Pahang Dan Mb Lain Tanah Itu Kurang Penting

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 282 hits
Berita hari ini laporkan nasihat Menteri Besar Pahang kepada orang Melayu jangan menjual tanah Ini berita nya Jangan jual tanah MBKUANTAN Penerima tanah kekal tidak digalakkan menjual tanah mereka disaran membangunkan tanah tersebut dengan ...
Kerajaan Negeri Ganda Usaha Bantu Usahawan Johor Hasni Johor

Kerajaan Negeri Ganda Usaha Bantu Usahawan Johor Hasni Johor

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 405 hits
KERAJAAN NEGERI GANDA USAHA BANTU USAHAWAN JOHOR HASNI JOHOR PONTIAN 16 Oktober Kerajaan Negeri akan terus menggandakan usaha membantu golongan usahawan di negeri ini yang terkesan akibat pandemik COVID 19 Menteri Besar YAB Dato Haji Hasni ...
Tidak Perlu Kelulusan Kerajaan Negeri Pdrm Masuk Ke Sabah Mulai Isnin

Tidak Perlu Kelulusan Kerajaan Negeri Pdrm Masuk Ke Sabah Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 288 hits
Patuhi syarat lengkap terima vaksin keputusan ujian RTK negatif KOTA KINABALU Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID 19 Sabah hari ini memutuskan tiada lagi keperluan mendapatkan kelulusan kemasukan daripada kerajaan negeri Sabah dan Polis D...
Laporan Khas Sindiket Lombong Emas Haram Curi Hasil Negara

Laporan Khas Sindiket Lombong Emas Haram Curi Hasil Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 338 hits
Selepas berpuluh tahun menjarah hasil negara akhirnya kegiatan sindiket melombong emas secara haram di Lahad Datu terbongkar Dipercayai aktif sejak 1990 an lagi sindiket itu menjalankan kegiatan berkenaan di kawasan hulu Sungai Bole yang te...
Ketika Ph Ambil Alih Melaka Wang Kerajaan Negeri Hanya Ada Rm18 Juta Tapi

Ketika Ph Ambil Alih Melaka Wang Kerajaan Negeri Hanya Ada Rm18 Juta Tapi

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 374 hits
Saya masih ingat ketika kita ambil alih kerajaan Melaka dahulu lebihan wang kerajaan negeri hanya RM18 juta Lepas setahun kita urus Melaka lebihan wang kerajaan negeri meningkat jadi RM60 juta Untuk bantu orang Melayu dan Bumiputra saya tub...
Program Rumah Rakyat Pahang Di Perluaskan Ke Tanah Hak Milik Di Dalam Kawasan Felda

Program Rumah Rakyat Pahang Di Perluaskan Ke Tanah Hak Milik Di Dalam Kawasan Felda

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 334 hits
KUANTAN Kerajaan negeri meluaskan pelaksanaan program Rumah Rakyat Pahang kepada golongan memerlukan meliputi tanah hak milik dalam kawasan FELDA di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu bagi membant...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Kesan Seramai 1 286 Remaja Tercicir Terima Vaksin

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Kesan Seramai 1 286 Remaja Tercicir Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 332 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengesan terdapat seramai 1 286 remaja di negeri ini yang tercicir menerima vaksin COVID 19 Mereka terdiri daripada gelandangan dan orang kurang upaya serta mereka yang tidak bersekolah Pengarahnya Da...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan Jurutera Dan Teman Wanitanya Selamat

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Faro168 Faro168 World 12 July 25 168 Casino Faro168 Top 90 By Prince

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks