Windows 10 Lebih Laju Dengan Ssd
Sambungan dari cerita beli casing hard disk drive (HDD) tu, masalah windows 10 tak berakhir disitu. Guna HDD daripada PC Desktop yang lain dah okay tak keluar screen biru tu lagi tapi masalah lain pula yang datang. Dia punya performance tu sumpah slow yang amat! Kadang tu bukan slow je tapi lagging. Cursor pun kadang freeze tak pasal-pasal. Entahlah..bab komputer ni memang Fiza surrender lah nak faham segala term
Syukur juga husband lebih arif bab komputer ni. Tak perlu nak hantar kedai. Sekarang ni kalau hantar kedai untuk format pun dah MYR50 kot! Itu baru format, belum masuk kalau rosak yang lain dan ganti apa yang rosak. Fuhh, beratus juga lah duit nak kena membayarnya. Kalau pandai buat sendiri cuma beli barang je. At least dapat juga jimat mana yang patut.
Seperti yang disarankan dari hasil pembacaan husband dalam forum. Maka, dengan itu husband beli lah SDD menggantikan SSD. Bila dah bertukar kena reformat lah PC Desktop Fiza lagi. Nasib baiklah segala kerja-kerja Fiza semua dalam external hard disk dan ada backup lain. Memang tak tinggal dalam PC sebab kes sebelum ni komputer buat hal hilang segala kerja.
Katanya kalau performance windows 10 slow, tukar HDD kepada SSD. SSD lebih laju nak read and write berbanding HDD tu. sebab tu lebih laju. HDD menggunakan disk manakala SSD seperti pendrive. Jadi, bayangkan lah perbezaan speed keduanya. Selari dengan peredaran teknologi dan windows 10 adalah paling latest, memang sangat compatible lah menggunakan SSD gitu.
Kalau kau orang tak faham, kau orang boleh baca ringkasn tentang HDD vs SSD dibawah ni yang Fiza baca dari blog wanaja. Terima kasih kongsikan maklumat ringkas ni untuk mudah faham
SSD (Solid State Drive)1. Tiada bahagian mekanikal, penggunaan mikrocip tidak menghasilkan bunyi. 2. Kelajuan read write lebih pantas (200-250mb/s). 3. Tahan gegaran, tidak risau mekanikal rosak dan menyebabkan kehilangan data yang banyak. 4. Kedap udara, tidak membenarkan udara masuk. 5. Kecil dan ringan. 6. Penggunaan tenaga yang kurang. (Lebih kurang 2 Watt) 7. Tidak perlu defrag sebab tiada read/write head untuk mencari data. 8. Data tidak boleh tindih, (overwrite), data kena dipadam dahulu 9. Terus boleh read/write selepas switch on, boot windows laju. 10. Harga yang lebih mahal.
HDD (Hard Disk Drive)1. Menggunakan bahagian mekanikal,(disk)menghasilkan bunyi. 2. Kelajuan read write perlahan (50-70mb/s) bergantung kepada defragmentation. 3. Tidak tahan gegaran, boleh menyebabkan kehilangan data yang banyak. 4. Tidak kedap udara, perlukan pengudaraan untuk menyejukkan disk. 5. Besar dan lebih berat berbanding SSD. 6. Penggunaan tenaga yang banyak. (Lebih kurang 7 Watt) 7. Defrag perlu bagi mengekalkan kelajuan read and write. 8. Data boleh terus di tindih. (Overwrite) 9. Perlukan masa sehingga 2 saat untuk HDD mula read/write. 10. Harga mampu beli
Jadi, kalau kau orang ada problem dengan windows 10 yang sangat slow. Bertukar lah HDD kepada SSD. Setakat tempoh yang Fiza tukar sampai sekarang performance windows10 lebih laju dan tiada masalah lain. Cuma ada masalah kecil dengan google chrome tak boleh update. Kenapa ye? Ada siapa tahu? SSD husband beli paling murah di ALL IT Store , IOI city Mall Putrajaya dengan harga RM129 untuk 120GB. Tempat lain mostly agak costly dan over bajet
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/01/windows-10-lebih-laju-dengan-ssd.html