Who S Tea Melaka





Hi semua! Siapa di sini penggemar minuman Milk Tea, dan Bubble Tea? Kini, minuman Bubble Tea sudah menjadi sinonim di Malaysia. Alang-alang hari ini I dijemput untuk review di sebuah restroran yang dikenali sebagai Who's Tea yang terletak di Melaka, yang juga menawarkan milk tea dan bubble tea! Tak sabar!

Seperti yang korang tahu, Melaka bukan sahaja terkenal dengan sejarah, namun Melaka juga mempunyai banyak kafe dan restoran yang menarik! Kini, kafe yang bernama Who’s Tea Malaysia semakin dikenali dan melonjak popularitinya! Untuk makluman anda, Who’s Tea Malaysia merupakan cawangan yang pertama dibuka di Malaysia. Sungguh bertuah Melaka kerana dipilih sebagai destinasi pertama pembukaan kafe ini!


Apakah itu Who's Tea?
Persoalan yang pasti anda akan tertanya ialah, kenapa ‘Who’s Tea’? Ianya berasal dari sebutan Cina ‘Hu’ zi Cha’, yang bermaksud misai. Apabila kita minum  sahaja Who’s tea, buih khas akan meninggalkan kesan seperti misai kecil dibibir anda. Maka terhasil nama tersebut! Menarik kan?  Who’s Tea adalah jenama yang berasal dari Taichung City Taiwan sejak 2011 lagi. Sudah 8 tahun berada dalam industri, Who’s Tea mempunyai lebih daripada 30 cawangan di Taiwan. Pihak yang bertanggung jawab memperkenalkan produk minuman ini masuk ke Malaysia dari Taiwan adalah Pro Specialist Advisory (Internatonal) Sdn. Bhd. Terima kasih kerana membawa masuk Who's Tea ke Malaysia!
Apa yang menarik dengan Who's Tea?
> Kafe pertama yang menawarkan game zone kepada pelanggan
Konsep ini amat menarik minat saya kerana buat masa ini, belum pernah lagi saya jumpa kafe yang menawarkan free game zone untuk pengunjungnya! A very good job Who's Tea. Game Zone ini terletak di tingkat atas, dan boleh dimasuki secara percuma! Anda boleh bermain dan meluangkan masa anda sepuas-puasnya di Who's Tea!

Jangan terkejut, ini merupakan 'snooker' yang bersaiz besar! Menarik!

Permainan yang ditawarkan boleh dimain beramai-ramai. 

Pelbagai permainan menarik yang boleh dicuba!




Dengan membeli minuman mahupun makanan (tanpa mengira harga), anda boleh mendapat 2 token untuk bermain di permainan arcade ini!


Anda boleh memilih pelbagai game arcade yang disediakan.

Ini pula merupakan chess! 
Info game zone :Dibuka dari jam 7 malam sehingga 1 pagi sahaja
> Pelbagai makanan dan minuman yang menarik

Ini merupakan menu yang ditawarkan di Who's Tea. Mereka lebih fokus kepada minuman, namun begitu, mereka turut menyediakan makanan ringan.
Antara minuman ada di Who’s Tea adalah :
Black Who’s Series (Chocolate Milk Foam)White Who’s Series (Rose Salt Foam)Cheese Who’s Series (Cheese Milk Foam)Fresh Fruit SeriesTasty Tea SeriesVinegar SeriesBubble Tea Series
Saya berpeluang untuk merasai semua series dan minuman yang dihidangkan memang sedap dan unik!


BLACK WHO'S MILK TEA
Minuman signature mereka ialah Black Who's Milk Tea dan anda wajib mencubanya! 


Harga : RM 11.50 saiz Medium (M)RM 12.50 saiz Besar (L)
Black Who's Milk Tea mengandungi milk tea, buih coklat, serbuk coklat yang ditaburkan di permukaan buih, serta oreo hancur yang turut ditaburkan di permukaan! Tidak dapat dinafikan, minuman ini sangat 'rich in flavour'! Apabila anda minum air ini, pasti akan terukir misai kecil di atas bibir anda yang dihasilkan oleh serbuk coklat serta serbuk oreo dan buih coklat! 
Memang sedap dan milky. Saya paling menyukai buih-buih yang terhasil. Terasa lembut sahaja apabila diminum!
BROWN SUGAR MILK TEA

Harga :  RM 12.50 saiz Medium (M)
Seperti mana yang anda tahu, saya merupakan penggemar brown suger bubble tea, dan apa yang boleh saya katakan ialah ini juga merupakan antara bubble tea yang sedap! Tidak terlalu manis, bubble / pearl / boba tidak terlalu liat dan tidak terlalu lembut, tehnya juga tidak pahit, jadi secara keseluruhannya, sedap!

FRESH AUTHENTIC FRUIT TEA 

Harga : RM 11.90 saiz Medium (M)RM 12.90 saiz Besar (L)
Minuman ini mengandungi ramuan buah sebenar seperti buah markisa, lemon, nenas, grapefruit, limau kasturi. Gabungan ramuan ini membantu untuk menyegarkan anda di kala hari yang panas! Sangat recommended!
CRANBERRY VINEGAR

Harga :RM 7.50 saiz Medium (M)RM 8.50 saiz Besar (L)
Minuman yang berasaskan cuka ini menjadi pilihan hati pengunjung cina yang ke sini. Hal ini kerana, minuman ini menyihatkan dan dapat membantu melancarkan serta membersihkan sistem penghadaman anda! Amat sesuai diminum ketika perut sedang memulas bagi melegakan ketidakselesaan di perut.

EMERALD GREEN TEA

Harga :RM 6.50 saiz Medium (M)RM 7.50 saiz Besar (L)
Rasa persis teh jasmin yang bantu melegakan tekak. Minuman ini juga seperti kita sedang menikmati bunga-bunga jasmin yang segar!
Selain minuman, mereka turut menyediakan makanan ringan untuk kudapan.
Antara Makanan Ringan yang ada ialah :
Black Panini Series (Chicken Ham Panini, Thick Chicken Panini, Omega egg Cheese Panini)American Potato (fried snack)Sweet Potato (fried snack)Potato Chips (fried snack)Taiwanese Fried Chicken
OMEGA EGG CHEESE PANINI

Harga : RM 9.90
Panini ini mengandungi roti arang (charcoal bread), telur, keju, sayur dan dilengkapi dengan strawberry jam! Menarik! Rasa yang dihasilkan amat menarik kerana mempunyai rasa yang manis, lemak berkeju. Sedap!
TAIWAN FRIED CHICKEN


Harga : RM 8.90
Ini merupakan antara makanan ringan yang perlu anda cuba juga kerana sedap dan rangup! Makanan ini terkenal di Taiwan, dan apabila saya sendiri dapat merasanya, tidak terkata betapa nikmatnya! Ayam yang digoreng sempurna bersama garam dan lada mampu mengiurkan sesiapa yang melihat!
> Kafe yang Instagrammable
Oleh kerana konsepnya yang moden dan minimilis, kafe ini amat insta-worthy! Saya secara peribadinya amat suka dengan gabungan warna yang ditawarkan. Kelihatan begitu harmoni dan sesuai untuk dimuat naik ke dalam instagram saya. :)





Kafe ini juga amat sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana suasananya yang tenang! Selain itu, mereka juga menawarkan Wifi dengan kelajuan yang tinggi! 

dan benarlah kata mereka, "Whoever comes, stays."
Rasa seperti tidak mahu pulang kerana saya amat menyukai kafe ini!
Info Lanjut Mengenai Who's Tea :
NO.8, JALAN KLJ 9, TAMAN KOTA LAKSAMANA JAYA, 75200 MELAKA. 
WAKTU OPERASI11 PAGI - 1 PAGI (SETIAP HARI) 

LAMAN FACEBOOK RASMI www.facebook.com/whosteamalaysia
LAMAN INSTAGRAM RASMI www.instagram.com/whosteamalaysia
******** 
Luaran kafe ini juga amat cantik dan sangat insta-worthy! Terletak di Kota Laksamana Jaya, Melaka. Cantik! Sekian sahaja perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat dan terima kasih Who's Tea!





DISCLAIMER : This is my honest review based on my personal experience at that moment. It might be different to your experiences in the future


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.missdae.com/2019/07/whos-tea-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Destinasi Menarik Masjid Terapung Selat Melaka Melaka

Destinasi Menarik Masjid Terapung Selat Melaka Melaka

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 659 hits
Masjid terapung selat melakaAda beberapa buah masjid terapung di Malaysia Antaranya di Pulau Pinang terengganu Sarawak Perlis Melaka juga termasuk dalam list negeri negeri yang ada MASJID TERAPUNG Masjid terapung ni bukanlah betul betul ter...
Cara Semak Dan Pembayaran Bil Air Melaka Secara Online 2018

Cara Semak Dan Pembayaran Bil Air Melaka Secara Online 2018

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 1318 hits
Masih punya masalah untuk semak dan pembayaran bil air melaka disini kami sediakan beberapa cara untuk menyemak atau membuat pembayaran bil air melaka kepada Syarikat Air Melaka Moga artikel ini dapat membantu anda untuk membuat semakan ata...
Mahkamah Tolak Ikat Jamin Exco Melaka Didakwa Sokongan Ltte

Mahkamah Tolak Ikat Jamin Exco Melaka Didakwa Sokongan Ltte

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 254 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan ikat jamin Exco Melaka V Suresh Kumar yang didakwa menyokong LTTE KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin Exco Melaka V Suresh Kumar yang didakwa memb...
Kisah Pulau Besar Melaka Pulau Hajat Tempat Amalan Khurafat Syirik

Kisah Pulau Besar Melaka Pulau Hajat Tempat Amalan Khurafat Syirik

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 1237 hits
Kisah Pulau Besar Melaka pulau hajat tempat amalan khurafat syirikDitulis oleh AausHallu sayang sayang sekalian Pernah tak korang dengar pasal Pulau Besar kat Melaka Ramai datang sini semata mata untuk buat benda khurafat syirik kisah pulau...
Makan Tengahari Sambil Minum Coconut Shake Di Warung Pak Enal Melaka

Makan Tengahari Sambil Minum Coconut Shake Di Warung Pak Enal Melaka

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 866 hits
Coconut Shake Warung Pak Enal MelakaKalau korang nak makan tengahari sambil minum coconut shake di Melaka aku rekomen korang boleh cuba di Warung Pak Enal yang terletak di Bukit Katil Melaka Nasi campur di Warung Pak Enal ni pun macam ok ga...
Makan Malam Asam Pedas Di Restoran Asam Pedas Claypot Taman Kota Laksamana Melaka

Makan Malam Asam Pedas Di Restoran Asam Pedas Claypot Taman Kota Laksamana Melaka

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 1384 hits
restoran Asam Pedas Claypotramainya orang makan di Asam Pedas ClaypotMelaka memang terkenal dengan masakan asam pedas Di merata rata tempat diseluruh Melaka kebanyakannya menyediakan masakan asam pedas Macam di Kedah la gulai tu memang maka...
Jawatan Kosong Zakat Melaka

Jawatan Kosong Zakat Melaka

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 790 hits
Jawatan Kosong Zakat Melaka Portal kerja kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Zakat Melaka yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti...
Menikmati Permandangan Di Atas Skydeck Hatten City Tempat Paling Tinggi Di Melaka

Menikmati Permandangan Di Atas Skydeck Hatten City Tempat Paling Tinggi Di Melaka

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 573 hits
Permandangan di atas Skydeck Hatten City MelakaSkydeck ni sebenarnya terletak di atas bangunan berkembar hotel Hatten City Beberapa tingkat yang pertama adalah pasaraya Tingkat seterusnya adalah hotel Kenapa dipanggil Skydeck Sebabnya kalau...
Catuan Air Di Melaka Bila Bekalan Air Tiada Di Hujung Minggu

Catuan Air Di Melaka Bila Bekalan Air Tiada Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 570 hits
assalamualaikum salam sejahtera jam di laptop ni now tepat 11 11 mlm anak anak dah tido mata saya lom ngantuk di tv takde plak yg menarik perhatian timbul la idea few minutes ago utk menaip di ruang blog kalau ada rezeki korang karang saya ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu