Wetland Studios Putrajaya
Awal bulan 6 hari tu kan ada cuti seminggu,Jadi apa lagi,Jomlah kita singgah melawat Wetland Studios yang terletak di Prsint 13, Putrajaya ni
Singgah sekejap aje pun
Ni gambar mula mula sampai di Taman Wetland tu
Ayahnya turun kami dulu,Kemudian pergi cari parking
Kami pun ambil kesempatan untuk bergambar
Si Sarah tu pakai baju kurung sebab sebelum tu kami pergi kenduri kahwin rumah sepupu suami
Tak pasal pasal jalan taman pakai baju kurung
Nasib baik bawa sport shoes dalam kereta
Dari kawasan parking ke studios adalah dalam 500 meter kena jalan kaki
Wetland Studios ni dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam
Harga tiket masuk ke sini pula ialah :
Dewasa MyKad RM25Warga Emas MyKad RM15MyKid RM15MyKad Kelainan Upaya RM12
untuk bukan warganegara :-Dewasa RM40Warga Emas RM20Kanak-kanak RM20Kelainan Upaya RM16
Jangan lupa tunjukkan kad pengenalan semasa membeli tiket sebagai bukti anda adalah warganegara yang sah
Takde apa lah nak cerita sangat sebab dalam FB page Wetland Studios lagi banyak info yang disalurkan
Share gambar aje
Dalamnya penuh lampu lampu beraneka warna
Memang cantik
Banyak juga replika replika dinosour,gajah, orang utan, harimau, rama rama dan lain lain lagi
Tapi masa MY datang kat sini, tengah cuti sekolah dan ia baru sahaja dibuka
pengunjung sangat ramai sampai penyaman udara pun dah tak rasa nyaman
Wetland studios ni bukan taman hiburan semata mata,Tapi taman pendidikan juga
Cuma kurang aktitviti interaksi dengan pengunjung
ada VR ride,kena bayar RM15 la pulak sorang
Orang beratur punya la ramai
Yang lain lebih kepada pameran. Kawasan pun agak sempit
Tak tahulah kalau waktu biasa lengang gila
tapi sebab baru buka,memang berhimpit himpit jadinya
Cakk!
jangan terkejut.
ambil gambar dengan kembar lain mak, lain bapak dan lain species
Setakat nak layan anak anak, boleh la.
Bagi kita yang dewasa ni..
Biasa biasa aje.
Sebabnya asyik berlari kawal anak-anak.
Takut yang kecik tu mengganas,rosak pulak lampu lampu dan patung yang KRU buat ni
Mama Yan tertinggal kamera360 dan handphone MY pula habis bateri
Guna handphone lama MY,kameranya dah biol sikit,Flash dan shutter macam tak seiring
tu yang tak banyak gambar boleh dimuatkan
gambar semua tak lawa
Okaylah..dah pergi sekali..
Semoga Wetland Studios lebih maju jaya dan lebih banyak aktiviti interaksi dengan pengunjung.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/06/wetland-studios-putrajaya.html