Hakim Tolak Bantahan Umno Radzi Jidin Kekal Mp Putrajaya


agendaily.com19/06/2023
Keputusan mahkamah hari ini menetapkan Datuk Dr Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima bantahan awal terhadap cubaan mencabar keputusan PRU-15 bagi Parlimen Putrajaya sekali gus mengekalkan kedudukan penyandangnya, Datuk Dr Radzi Jidin.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman berkata rayuan terhadap keputusan mahkamah tiada merit kerana pempetisyen gagal memplidkan butir-butir yang mencukupi.

“Tiada merit dalam rayuan (terhadap keputusan sebelum ini) memandangkan kurang butiran dalam rayuan pempetisyen,” katanya yang turut disertai hakim Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.

Hakim turut memerintahkan Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim yang memfailkan petisyen itu membayar kos RM30,000 kepada Radzi.

Pada 10 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faizah Jamaludin mengarahkan Ahmad Faisal membayar kos RM20,000 kepada Radzi selepas membatalkan petisyen sama dikemukakan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Faizah membenarkan bantahan awal yang dibuat oleh Radzi dalam memetik petisyen yang difailkan Ahmad Faisal sebagai cacat kerana ia tidak mempunyai butiran tertentu berkaitan dakwaan rasuah yang berlaku dalam pilihan raya.

“Saya juga mendapati petisyen itu defektif (cacat) kerana gagal mematuhi Peraturan 4 (1) (b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya.

“Dengan itu, petisyen berkenaan dibatalkan dan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar (Ahmad Faisal) kepada responden (Radzi),” katanya.

Ahmad Faisal memfailkan petisyen itu pada 26 Januari lalu antara lain mendakwa ada bayaran RM150 diberikan pihak calon Perikatan Nasional (PN) itu sebagai balasan mengundi Radzi pada PRU-15.

Beliau mendakwa, bayaran itu diserahkan pekerja PN kepada seorang lelaki dan pengundi di kawasan Parlimen sama yang tersebar dalam kumpulan WhatsApp pada 4 Januari lalu memaklumkan pengundi luar menerima imbuhan.

Terdapat juga beberapa pengundi lain dikatakan diberikan wang demi untuk mendapatkan undi bagi pihak responden.

Pada PRU-15 lalu, Radzi yang juga bekas menteri pendidikan berdepan saingan enam penjuru, tetapi meraih 16,002 undi, berbanding saingan terdekat daripada Barisan Nasional (13,692 undi); Pakatan Harapan (5,988); Pejuang (878); serta dua calon Bebas masing-masing memperoleh 63 dan 20 undi.

Sementara itu, mahkamah sama hari ini memerintahkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU-15 Parlimen Gua Musang dibicarakan secara penuh apabila barisan hakim mendapati terdapat kekhilafan dalam keputusan lalu.

“Ada butiran lengkap dalam rayuan bagi petisyen untuk merit kes didengar,” katanya.

Beliau turut mengarahkan petisyen itu didengar oleh hakim baharu dan tarikh pengurusan kes ditetapkan 26 Jun 2023.

Pada 26 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen mencabar keputusan PRU-15 bagi kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenangi calon PN, Datuk Mohd Azizi Abu Naim.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Roslan Abu BakarM dalam keputusannya berkata mahkamah menolak ketiga-tiga alasan bagi petisyen yang difailkan Mohd Azmi Mahmood, seorang pengundi di kawasan itu bagi pihak calon Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah.

Roslan berkata petisyen yang difailkan pada 3 Januari lalu telah melepasi bilangan hari yang dibenarkan untuk petisyen difailkan, yang mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tidak boleh melebihi 28 hari.

Beliau berkata pelantikan peguam bagi pempetisyen juga tidak mengikut Seksyen 38 akta sama.

Pada PRU-15, Tengku Razaleigh gagal mempertahankan kerusi Gua Musang yang disandangnya selama 11 penggal apabila tewas kepada Mohd Azizi dengan majoriti tipis 163 undi.

Mohd Azizi yang mewakili PAS memperoleh 21,826 undi diikuti Tengku Razaleigh (21,663 undi); Asharun Uji (Pakatan Harapan – 4,517 undi) dan Dr Samsu Adabi (Pejuang – 371 undi).

Percubaan Tengku Razaleigh untuk pengiraan semula telah ditolak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/hakim-tolak-bantahan-umno-radzi-jidin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Pahang Tidak Tolak Kemungkinan Ada Warlord Umno Negeri Ini Lompat Parti

Pn Pahang Tidak Tolak Kemungkinan Ada Warlord Umno Negeri Ini Lompat Parti

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 128 hits
KUANTAN Perikatan Nasional Pahang tidak menolak desas desus kemungkinan terdapat warlord UMNO di negeri ini akan menyertai pihaknya sebelum Pilihan Raya Negeri Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini kerana rata rata mereka...
Nasib Umno Tak Seteruk Ini Jika Pihak Putrajaya Ikut Keputusan Bersama

Nasib Umno Tak Seteruk Ini Jika Pihak Putrajaya Ikut Keputusan Bersama

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 130 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 10 2023Masa yang tepat kata seorang pemimpin kanan Umno adalah faktor yang penting dalam politik bagi membolehkan parti itu mencapai kemenangan dalam pilihan raya Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Mas...
Gelombang Orang Melayu Tolak Umno

Gelombang Orang Melayu Tolak Umno

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 187 hits
harakahdaily netJune 16 2023KOTA BHARU Gelombang rakyat terutamanya anak anak muda dikesan berlaku di Negeri Sembilan dan Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi Ketua Pemuda PN Malaysia Ahmad Fadhli Shaari berkata suasana ya...
The Untold Story Of Umno S Stolen Assets

The Untold Story Of Umno S Stolen Assets

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 251 hits
For almost two decades from the 1980s to the 1990s Umno went on a rape and plunder of the nation s assets and built up an asset base of RM100 billion in just 20 years Then the cash and assets suddenly disappeared And today Umno is broke Whe...
Jika Umno Tewas Sekali Lagi Dalam Prn Kali Ini

Jika Umno Tewas Sekali Lagi Dalam Prn Kali Ini

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 152 hits
UMNO mungkin berdepan kesulitan pada Pilihan Raya Negeri nanti jika pucuk pimpinan gagal memanfaatkan Perhimpunan Agung UMNO 2023 bagi memberikan penjelasan terperinci mengenai pelbagai isu panas termasuklah soal bergabung dengan Pakatan Ha...
I D Be Stupid To Leave Umno Tajuddin

I D Be Stupid To Leave Umno Tajuddin

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 181 hits
Veteran politician Tajuddin Abdul Rahman said he will not leave Umno and will be the last person to do so Tajuddin is currently serving a six year suspension I am loyal to Umno Umno has contributed a lot to me and I have contributed a lot t...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu