Western Australia Mengalu Alukan Pelancong Malaysia Untuk Pengembaraan Yang Mengujakan





Kini Western Australia (WA) (Australia Barat) menerima & menjemput pelancong dari seluruh dunia - termasuk Malaysia, yang mana menjadi pasaran ketiga terbesar dengan lebih 100,000 pelancong ke Australia Barat pada 2019

Western Australia yang merupakan negeri terbesar Australia yang mempunyai pantai terpanjang dan pelbagai aktiviti untuk pengembaraan yang hebat. Hanya 5 jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, kunjungan ke WA ini pastinya menjadi pengembaraan yang mengujakan semua orang


Sebagai pintu masuk barat ke Australia, Western Australia  adalah satu-satunya negeri yang berkongsi zon masa yang sama dengan Malaysia, bermakna tiada perbezaan masa dan lamban jet, membolehkan pengunjung terus memulakan penerokaan sebaik tiba di negeri tersebut

Ibu kotanya, "Perth" telah mendapat pengiktirafan sebagai ibu kota paling cerah di Australia. Western Australia mempunyai beberapa terumbu karang dan formasi batuan yang paling menarik – juga diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO – termasuk pantai yang terhampar sejauh 12,889 kilometer, iaitu pantai terpanjang di Australia. Bahkan, negeri itu juga berhampiran dengan laluan migrasi Ikan Paus Humpback, di mana pelancong boleh melihat sendiri gergasi yang gemalai ini di Sungai Margaret (Margaret River), Albany, Perth dan Coral Coast, dan bermain dengan Quokkas, yang turut dikenali sebagai haiwan paling gembira di dunia

Pelancong Malaysia mempunyai banyak aktiviti menarik untuk dipilih, daripada berjalan santai meneroka dan mengenali kota kepada mencuba sesuatu yang mencabar dan mengujakan di Australia Barat. Contohnya, meneroka Gurun Pinnacles sambil memandu menikmati keindahan alam, mengikuti lawatan mengenali makanan di Lembah Swan (Swan Valley) dan Sungai Margaret, melawati Lagun Hutt (Hutt Lagoon) merah jambu seluas 70 kilometer persegi yang terkenal, atau berjalan santai di celah-celah pokok kayu di Hutan Karri (Karri Forest)

Ini adalah antara aktiviti mengujakan untuk diterokai oleh pelancong Malaysia ketika berada di Australia Barat:
1. Pengalaman melonjakkan adrenalin di Matgarup Zip+Climb

Jambatan Matagarup di Perth – yang menghubungkan Perth Timur dengan presint Stadium Optus – menjadi pusat tarikan pelancongan pengembaraan baharu yang ikonik, Matagarup Bridge Zip+Climb. Pengunjung boleh menguji stamina masing-masing dengan mendaki 314 anak tangga untuk sampai ke platform Sky View setinggi 72 meter – yang menawarkan pemandangan indah 360 darjah kota Perth, Sungai Swan dan Stadium Optus. Bagi yang gemarkan cabaran, mereka boleh naik ke platform pelancaran di jambatan itu, dan duduk pada ketinggian 35 meter dari paras Sungai Swan, dan mencuba ‘zip line’ sejauh 400 meter merentasi sungai dan mendarat di platform di Burswood Park

2. Menikmati pemandangan indah The Ozone di Stadium Optus

The Ozone adalah destinasi untuk mengalami semua tawaran pelancongan yang unik di Stadium Optus Perth. Lawatan atas bumbung HALO yang baharu menyajikan pemandangan stadium yang mengagumkan, di mana pengunjung boleh menaiki 78 anak tangga untuk ke bumbung sebelum mengambil tempat duduk pada ketinggian 42 meter dari tanah bagi menikmati pemandangan yang saujana. Satu lagi pengalaman atas bumbung ialah VERTIGO, yang membuka peluang kepada pengunjung dan kumpulan pelancong berjalan di sepanjang platform baharu yang mengunjur lima meter melepasi tepi bumbung stadium. Pengalaman baharu ini juga membolehkan pengunjung yang lebih berani mencondongkan badan dari platform tanpa penghadang ke arah padang permainan. Platform baharu ini boleh diakses oleh semua peringkat umur dan keupayaan fizikal, bahkan akses lif juga tersedia untuk pengunjung yang memerlukannya

3. Melawat Muzium Boola Bardip WA (Perth)

Terletak di tengah-tengah Pusat Kebudayaan Perth, Muzium Boola Bardip merupakan bangunan mercu tanda yang melambangkan orang-orang yang hebat, tempat menarik, budaya dan kisah mengenai Australia Barat dalam fasiliti bertaraf dunia. Rekabentuk bangunannya yang dramatik mengadunkan warisan dan senibina kontemporari yang mengagumkan, mengambil inspirasi dari formasi tanah yang ikonik di negeri itu

Pameran di ini disajikan dengan memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung, menerusi teknologi yang inovatif dan kaedah paparan yang dinamik termasuklah tumpuan khusus pada kisah Orang Asli dan pelbagai budaya. Muzium seluas 6,000 meter persegi ini merangkumi ruang galeri baharu, termasuk 1,000 meter persegi ruang untuk mengadakan pameran istimewa yang berskala besar. Dalam lawatan ke studio pembelajaran, pengunjung boleh merasai sendiri kerja-kerja belakang tabir di Muzium, program, aktiviti dan acara yang disediakan untuk semua peringkat umur, dan pelbagai jenis makanan, minuman serta ruang jualan untuk semua memenuhi semua cita rasa. Sebagai tambahan kepada binaan yang canggih ini, rangka paus biru 24meter yang ikonik kini kembali dalam pameran baharu yang menakjubkan

4. Bersantai di bot BBQ Sea West

Andai mahukan pelayaran yang bergaya, bolehlah menyusuri Marina Lautan (Ocean Marina) dan Terusan Venetian (Venetian Canal) di Mandurah menaiki bot elektrik berbentuk donut yang hanya ada di Australia sambil berkelah atau memasak barbeku di atas bot. Anda boleh memandu bot istimewa ini melepasi kapal layar yang mengagumkan serta barisan bar dan restoran ke Dolphin Pool – serokan kecil berteluk cetek yang dilengkapi tempat tambatan. Belayar, memanggang dan berseronok sambil menikmati pemandangan yang indah. Jika kena pada masanya, pelancong boleh melihat ikan lumba-lumba bottlenose, serta burung swan dan undan

Dengan lima penerbangan terus seminggu dari Kuala Lumpur ke Perth, tunggu apa lagi. Mulalah berkemas dan tempahlah penerbangan ke Australia Barat yang menanti anda dengan pengembaraan yang mengujakan

Untuk maklumat lanjut mengenai Australia Barat, sila kunjungi www.westernaustralia.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2022/05/western-australia-mengalu-alukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naturally Nurtured Australia Introduces A Tasty Range Of Healthy Fresh Foods Direct From Aussie Farms To Malaysia

Naturally Nurtured Australia Introduces A Tasty Range Of Healthy Fresh Foods Direct From Aussie Farms To Malaysia

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 243 hits
A healthier nutritiously rich and free from chemicals and heavy metals range is available for purchase from Mercato in Penang Malaysia Naturally Nurtured Australia a new category of great quality fresh food that s both tasty and tested for ...
Nilai Ringgit Susut Bukti Dunia Hilang Keyakinan Terhadap Malaysia Kata Anwar

Nilai Ringgit Susut Bukti Dunia Hilang Keyakinan Terhadap Malaysia Kata Anwar

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 290 hits
May 22 2022 Anwar Ibrahim berkata perancangan bersesuaian bagi pemulihan sepatutnya memerlukan pemikiran kompleks selain kemampuan memahami kerumitan ekonomi semasa PETALING JAYA Nilai ringgit susut menunjukkan dunia sudah hilang keyakinan ...
Tak Perlu Tesla Ini 10 Syarikat Antarabangsa Lain Yang Melabur Di Malaysia

Tak Perlu Tesla Ini 10 Syarikat Antarabangsa Lain Yang Melabur Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 130 hits
Berita berkenaan pertemuan Jokowi dengan Elon Musk baru baru ini membuatkan sebilangan rakyat Malaysia berasa cemburu dengan minat syarikat syarikat teknologi antarabangsa untuk melabur di negara jiran Namun kadangkala kita perlu melayan si...
Pakatan Harapan Is Hurting Malaysia S Economy And The Ringgit

Pakatan Harapan Is Hurting Malaysia S Economy And The Ringgit

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 261 hits
Speculators and investors do not care whether a government is democratic or autocratic But they do care when a government is unstable even if it is democratic So the constant attacks by Pakatan Harapan and the non stop threats of toppling t...
Perjuangan Timnas Indonesia Raih Perunggu Usai Tekuk Malaysia Lewat Adu Penalti

Perjuangan Timnas Indonesia Raih Perunggu Usai Tekuk Malaysia Lewat Adu Penalti

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 140 hits
Perjuangan Timnas Indonesia Raih Perunggu Usai Tekuk Malaysia Lewat Adu Penalti Laga sepakbola SEA Games 2021 yang mempertemukan timnas Indonesia U 23 vs Malaysia berakhir dengan kemenangan untuk tim Garuda Dalam laga tersebut tim Garuda Mu...
Foresaking Malaysia For Indian Constitution

Foresaking Malaysia For Indian Constitution

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 183 hits
The posting received unexpected response from a former Chief Justice He questioned who is encroaching on whose jurisdiction A member of the bench called to share the concerns of judges in the High and Appellate Courts with the direction Ten...
Going Where The Talent Exists Us Firm Puts Spotlight On Malaysia

Going Where The Talent Exists Us Firm Puts Spotlight On Malaysia

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 273 hits
Accion Labs CEO Kinesh Doshi says his company can draw talent to Malaysia PETALING JAYA With over a decade of experience in the digital technology sector US based Accion Labs now seeks to draw the global business community s attention to Ma...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda