Welcome July
Assalamualaikum wbt...Welcome the month of July... Bagaikan masa berjalan dengan terlalu pantas, kita dah pun memasuki pertengahan tahun dan minggu depan pula kita akan merayakan hari kebesaran untuk umat Islam..
Masihkah awak semua ingat pada entri saya yang ini..?
Ke mana menghilangnya Shikin Razali?
Alhamdulillah, setelah sebulan mendapat rawatan daripada pihak hospital, kini mata saya telah pulih sepenuhnya dan tak perlu lagi untuk menitik ubat mata.. Doktor sekali lagi mengesahkan bahawa ulser kornea yang saya alami baru-baru ini adalah disebabkan mata yang terlalu kering.. Jadi saya perlu menitik eyesdrop untuk mengelakkan berlakunya pengeringan pada permukaan mata...
Hari tue ada yang bertanya pada saya, tak buat cermin mata kah??
Sebelum ini, saya ada bercerita yang saya memakai contact lenses hampir 20 tahun dan tiada cermin mata sebagai back up.. Tapi pada hari 25hb Jun lepas, saya telah pun membuat cermin mata..
Tada...
Okey tak..?
Alhamdulillah, power untuk cermin mata nie sama dengan power contact lenses yang saya pakai selama nie, iaitu dalam kadar 375 untuk kedua-dua belah mata.. Tapi menurut eyes specialist, dia terpaksa menaikkan tahap power mata kanan saya iaitu dalam kadar 400 kerana untuk mendapat kestabilan power pada mata.. Tapi power untuk contact lenses dikekalkan.. Ini bermakna power mata saya kekal statik dalam kadar 375 untuk tempoh hampir 20 tahun, sampaikan eyes specialist memuji ketahanan power mata, katanya agak rare jugak power mata berkeadaan statik..
Sekarang nie saya berselang seli antara contact lenses dan cermin mata atas sebab mata nie belum membiasakan diri untuk pemakaian cermin mata, maklumlah dah lama takde benda yang tertonggok kat mata nie.. hihihi
Semoga mata nie terus sihat dan tak berlaku lagi ulangan penyakit tue...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shikinrazali.com/2022/07/welcome-july.html