Keluasan bilik memuaskan, tak kecil dan tak luas sangat. Muat bagi kita menunaikan solat dengan selesa. Ada almari, meja serba guna dan tv. Tapi tv tu tak boleh ditonton, tak ada siaran 😄
Satu katil queen dan satu katil single. Katil single tu kami buat letak barang
Bilik airnya kecil tapi bersih selesa. Cuma air di lantai lambat turun, bertakung sekejap setiap kali lepas mandi. Sabun mandi ada disediakan, syampu tak ada. Tapi bukan masalah bagi kami sebab sentiasa bawa peralatan mandian sendiri
Ada penyangkut baju dan sejadah dalam almari. Mudahlah kita nak sangkut baju tudung segala. Paling penting, almari ni tak ada lipas. Saya pernah dapat almari hotel yang ada lipas. Geli nak guna dan tak tenang nak tidur malam tau
Pemandangan luar dari tingkap bilik di tingkat 1, menghadap kawasan lapang, perbukitan dan deretan bangunan kedai pejabat. Pada waktu siang, petak parkir di bawah hampir kosong. Tapi menjelang lewat petang, kenderaan mula memenuhi ruang parkir. Banyak kenderaan pacuan empat roda. Mungkin hotel ini menjadi tumpuan penginapan orang dari luar yang ada urusan kerja di sini, sama seperti kami
Kadar harga bilik di Welcome Inn GM. Harga bilik kami RM120, tapi kami bayar RM108 saja pembelian menerusi Agoda|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |