Jalan Simpang Pulai.Kami tiba di laluan tanah runtuh, lokasinya sebelum sampai di semi terowong (rockshed). Jalan asal yang runtuh kini di pasang pagar pelindung (hoarding), manakala jalan yang sedang kami lalui merupakan laluan sementara (dahulunya laluan ini terletak di belakang sebuah warung)
Jalan Gua Musang - Cameron Highlands.Pemandangan di tanah tinggi Lojing (Jalan Gua Musang - Cameron Highlands). Sana sini ladang sayur berbumbung plastik warna putih. Ada satu hal lagi yang kami perasan, di kawasan ini terdapat banyak paip-paip pecah. Setiap kali lalu, mesti ada ‘pancuran air’ di beberapa tempat. Tertanya jugak apa sebabnya
Jalan Gua MusangMasjid yang sedang dalam pembinaan. Kami lalu sebelum ni, belum naik cantik begini. Kalau tak silap saya, ada sebuah lagi masjid cantik di jalan yang sama
Jambatan besi Kampung Kerinting, Gua Musang.Kami ikut jalan pintas untuk ke bandar baru Gua Musang. Perlu melalui jambatan besi merentasi Sungai Ketil. Kecut perut saya setiap kali lalu jambatan ini. Mungkin sebab jambatan ini kecil muat satu kenderaan saja dan tiada tembok di sisinya
Aliran Sungai Ketil.Dalam pada kecut perut, mampu jugak saya memotret foto jambatan dan aliran Sungai Ketil. Itu pun setelah berkali-kali lalu di sini 😅. Kali pertama kami lalu jambatan ni pada waktu malam mengikut arahan aplikasi Google Maps. Agak terkejut jugak masa tu bila tiba-tiba ada sungai depan mata dan kena lalu jambatan besi
Bukit batu kapur dan menara Masjid Buluh berhampiran Muse Ecopark.Alhamdulillah selamat sampai kira-kira pukul 11.30 pagi. Tapi tak terus ke hotel penginapan, kami singgah makan di Muse Ecopark.
Warong Muse.Deretan pilihan nasi bungkus di Warong Muse. Nasi Lemak dan sup dijual selepas pukul 2 petang|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |