Welcome Gift From Althea Korea To Be Althea Angels
WELCOME GIFT From Althea Korea To Be Althea Angels Hai semua. Gembira sangat sebab dah di terima menjadi Althea Angles bersama angels-angels yang sangat hebat. Terima kasih kepada pihak Butterfly projek serta Tammy Lim yang telah memberi ruang untuk bersama-sama mereka dalam meneroka produk kecantikan dari Negera Korea khususnya Althea Korea untuk di ketengahkan kepada pembaca semua. Ternyata produk dari Althea Korea memang sangat tidak menghampakan, boleh cantik macam artis Korea tau.
Setelah menerima email dari pihak Althea Angles, setiap Angles akan di berikan Welcome Gift dari Althea Korea yang dangat comel dan cantik. Produk Althea Korea memang gempak dari segi bungkusan, jenama nya serta bahan-bahan yang digunakan sangat mesra dengan wajah.
Althea Korea's Petal Velvet Sunaway
Ok ini merupakan produk yang terbaru dari pihak Althea Korea untuk di cuba. Ini ibarat macam perisai dan pelindung kulit la kalau nak keluar di waktu siang hari. Ada jenis kulit yang tidak tahan terdedah dengan panas di mana cepat kelihatan kesan terbakar kan, boleh gunakan Althea Korea Petal Velvet Sunaway.
Sangat lembut dan mudah meresap ke dalam kulit. Serbuk mikro yang sangat halus akan memberi pelindungan yang baik terhadap kulit. Selain itu,ia juga mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit anda akan dilindungi sepanjang hari. Rumusan dari asid hyaluronik dan ekstrak Damask pula akan memastikan kelihatan tetap segar dan terhidrat sepanjang hari tanpa sebarang kotoran. Antara kebaikan Petel Velvet Sunway :-
Ekstrak Damask Rose untuk bantu lembutkan, lembabkan kulit dan mengurangkan iritasi kulitHyaluronic Acid bagi memberi kelembapan Geranium Oil mengurangkan jerawat dan mencerahkanPholypenols membantu melindungi kulit dari sinar UVSaponarin memulihkan kerosakan kulit, menjadikan kulit lebih elastikAlthea Korea's Milk Peel Cream Mask
Ini paling seronok sangat waktu guna. Bayangkan Milk Peel Cream Mask ini apabila dah di sapu ke wajah, ianya akan perlahan-lahan seperti ada sedikit tarikan. Cara guna senang sahaja. Pump sedikit ke jari anda dan sapu ke seluruh kulit wajah anda. Tunggu lebih kurang 5-10 minit untuk merasai kesannya.
Selepas tunggu seketika akan ada buih-buih halus yang mana akan membuatkan wajah terasa sangat ringan. Boleh bayang kan tak macam mana mask ada buih macam buih sabun. buih itu sedikit demi sedikit akan menjadi sangat gebu.Pertama kali teruja menggunakan mask yang sedemikian.
Diformulasikan dengan protein susu, AHA & BHA jadikan kulit cerah, halus, lembab. Kaolin pula membantu proses detox, menyingkirkan kotoran yang tersumbat dari pori. Rasai kesegarannya. Mana nak jumpa Mask yang mengeluarkan buih-buih comel kan.
Athea Korea's Petal Valvet Powder
Althea Korea's petal Velvet Powder ini sangat halus dan lembut tekstur nya. Pantas meresap ke dalam wajah dan mengurangkan minyak di wajah. Bau yang berlainan mengikut variasi. Khaty dah guna yang dan kesannya pada makeup sangat luar biasa. Dapat mengekalkan kesegaran wajah sehingga ke petang. Tidak melekat pada permukaan fabrik dan senang untuk di bersihkan. Althea Korea's Petal Velvet Powder in #0 Translucent
Althea Korea's Petal Velvet Powder in #23 Warm Beige
Althea Korea's Petal Velvet Powder in #Pink Lavender
Althea Angel's Pink Pouch
Cantik kan pouch bag pink tu. Memang sesuai untuk simpan semua keperluan barang makeup supaya mudah di dimpan di dalam beg atau pun rak almari.
Althea Angel's Beauty Mirror
Yang ini memang khaty suka sangat sebab comel dan mudah nak bawa ke mana sahaja. Wanita dan cermin macam gam tau, mesti ada di dalam hand bag untuk melihat mana tahu ada kotoran di celah gigi mahupun nak touch up makeup.
Info lanjut anda boleh melayari laman web dan sosial media Althea :-
Web : https://my.althea.kr/
FB : althea
IG : althea
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khatyaiman.com/2018/11/welcome-gift-from-althea-korea-to-be-althea-angels.html