Weeyyy Jangan La Bagi Pak Long Mail Pening Kepala Sabar Sabar La Nak Jawatan Pun


 
Mesyuarat MKT ditangguh lagi, ahli MKT bimbang Ismail umum Kabinet tanpa bincang dengan pimpinan parti, kata sumber

FMT Reporters -August 23, 2021 2:51 PMMenurut sumber, sebelum ini Ismail Sabri Yaakob meminta mesyuarat MKT yang dijadualkan Sabtu lalu turut ditangguhkan.PETALING JAYA: Kalangan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dikatakan “resah” dengan tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meminta mesyuarat MKT malam ini ditangguhkan sekali lagi dan bimbang beliau akan mengikut telunjuk Bersatu dalam menamakan barisan Kabinetnya.
Sumber dalaman Umno berkata, Ismail dikatakan mahu mesyuarat MKT ditangguhkan pada Khamis, iaitu sehari selepas beliau dijangka mengumumkan Jemaah Menteri pentadbirannya.
Menurut beliau, sebelum ini Ismail meminta mesyuarat MKT yang dijadualkan Sabtu lalu turut ditangguhkan.
Menurut sumber itu, kalangan MKT “amat bimbang” Ismail akan mengikut kehendak Bersatu dengan menamakan Azmin Ali sebagai timbalan perdana menteri.
“Kebimbangan besar Umno ialah Azmin disebut-sebut calon yang dipersetujui oleh Bersatu sebagai timbalan perdana menteri,” kata sumber itu.
Beliau berkata, kalangan MKT tidak akan bersetuju jika Ismail memilih Azmin, sebaliknya mahu jawatan nombor dua itu dikosongkan seperti mana dibuat oleh Muhyiddin Yassin apabila beliau membentuk kerajaan tahun lalu.
Hanya pada Julai lalu, Muhyiddin melantik Ismail sebagai timbalan perdana menteri.
Sumber itu berkata, jika Ismail bertindak mengikut kehendak Bersatu dan melantik Azmin sebagai timbalannya, MKT bimbang Ismail menjadi perdana menteri boneka “seperti lembu dicucuk hidung” parti pimpinan Muhyiddin itu.
“Jika Azmin dilantik TPM ia akan membawa imej buruk kepada kerajaan baharu bawah Ismail…dan Umno sekali lagi akan terpalit seperti mana dengan imej ‘Kerajaan Gagal’ bawah Muhyiddin,” katanya.
“Lagi pun dalam mesyuarat MKT sebelum ini sudah diputuskan dengan jelas bahawa kerajaan baru ini mestilah tidak dilihat sebagai kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0. Ini tugas berat kepada Ismail (iaitu) sama ada dia ikut pandangan parti atau ikut telunjuk Muhyiddin,” katanya.
Menurut sumber itu, kalangan MKT dan ketua bahagian Umno juga tidak mahu Ismail melantik beberapa pemimpin parti yang disifatkan “kontrovesi” dengan pendirian tertentu yang diambil mereka sebelum ini dalam hubungan antara Umno dan Bersatu.
Antara lain, beliau menamakan Annuar Musa, Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Mahadzir Khalid, Hishammuddin Hussein, Tajuddin Abdul Rahman dan Ismail Mohamed Said.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/weeyyy-jangan-la-bagi-pak-long-mail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bossku Singai Buloh Sedang Menanti Kalau Pak Long Mail Naklepaskan Dia Tak Lama La

Bossku Singai Buloh Sedang Menanti Kalau Pak Long Mail Naklepaskan Dia Tak Lama La

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 117 hits
Pelik Dulu kutuk Muhyiddin sekarang Najib pertahan kabinet Ismail Sabri walaupun kitar semulaAugust 28 2021 Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kabinet baharu yang dibentuk oleh Perdana Menteri Kesembilan Datuk Ser...
Agong Dah Pangge Dah Letak Jawatan Nak Juga Lagi Jadi Pm Jangan Ikut Atok Saka Tu Rakyat Meluat

Agong Dah Pangge Dah Letak Jawatan Nak Juga Lagi Jadi Pm Jangan Ikut Atok Saka Tu Rakyat Meluat

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 186 hits
Panas Muhyiddin kata mungkin kembali jadi PMAugust 17 2021 Meski telah meletak jawatan sebagai perdana menteri Muhyiddin Yassin masih jauh dari merancang persaraan politiknya Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak sepenuhnya pasrah dengan nasib...
Mampoih La Pak Mail Semua Nak Jadi Tpm Pas Tak Mau Try Ka

Mampoih La Pak Mail Semua Nak Jadi Tpm Pas Tak Mau Try Ka

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 322 hits
W FAUDZDINSemua orang letak syarat kat pak mail sebab mereka tahu PM baru ni hanya berkuat dengan 4 orang MP je Cuma parti lebai je malu malu nak letak syarat sebab takut tak dapat menteri Patutnya sebagai parti yang kononnya Hebat dengan k...
Moga Pak Long Mail Tak Makan Ugut Atau Tekanan Sesiapa

Moga Pak Long Mail Tak Makan Ugut Atau Tekanan Sesiapa

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 152 hits
NORMAN RADZUANBiar gambar berbicara 24 jam yang penuh dengan pelbagai drama dan cerita Saya berharap PM baru tidak menjadi puppet kpd mana2 pihak Saya berharap Ismail tidak mendengar atau ugutan dari sesiapa Jagalah negara ini utk rakyat da...
Dia Cadang Itu Dia Cadang Ini Jaga Jaga Pak Long Mail Masuk Lobang Kalau Ikut Orang Nyanyuk

Dia Cadang Itu Dia Cadang Ini Jaga Jaga Pak Long Mail Masuk Lobang Kalau Ikut Orang Nyanyuk

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 152 hits
Tun M kata tak perlu uji keabsahan PM di Parlimen menerusi undi percayaAugust 25 2021 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa gesaan sesetengah pihak bagi melaksanakan undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri...
Jangan La Kutuk Dia Pak Lebai Solat Sunat Boh No Akaun Ok Ja Bagi La Dia Nak Glamour Untuk Calon Pru 15

Jangan La Kutuk Dia Pak Lebai Solat Sunat Boh No Akaun Ok Ja Bagi La Dia Nak Glamour Untuk Calon Pru 15

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 225 hits
Pemuda Pas tayang kerja amal dikritik selepas sindir LawanOleh FAZLI RADZI August 23 2021Khairul NadzirKetua Pemuda Pas Kawasan Bangi Khairul Nadzir Helmi Azhar dihujani kritikan warganet selepas dilihat sempat menyindir Lawan ketika menaya...
Ulama Pas Beri Amaran Jangan Sesiapa Jadi Abang Long

Ulama Pas Beri Amaran Jangan Sesiapa Jadi Abang Long

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 260 hits
FAZLI RADZIAhli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Mokhtar Senik mengingatkan parti parti dalam kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah menghancurkan mereka Tegasnya hanya orang yang bodoh tidak mampu mempelajari apa apa daripada pe...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang